Suamiku Seorang Yang Amat Baik Tapi Disebabkan Satu SEBAB, Aku TERLANJUR Dengan Rakan Sekerja !!!

| September 28, 2016 | 23 Comments

Suamiku Seorang Yang Amat Baik Tapi Disebabkan Satu SEBAB, Aku TERLANJUR Dengan Rakan Sekerja !!! | Saya punya anak tiga. Jodoh saya dan suami diaturkan oleh keluarga namun sebagai anak sulung yang jarang membantah apa yang mak ayah utarakan, saya mengikut saja kehendak mereka. Lagi pun ketika itu, saya tidak punya siapa-siapa kerana pernah putus tunang sebelum ini.

cur

Sekalipun sudah berusia awal 30-an, dengan tubuh badan yang kecil, sekalipun punya anak tiga orang, ramai rakan-rakan khususnya golongan lelaki yang tidak mempercayai saya sudah ada anak di sekolah rendah. Mungkin itulah kelebihan saya selain saya akui punya raut wajah menarik.

Apa yang ingin saya kongsikan ini mungkin berat untuk diluahkan. Seolah-olah membuka pekung sendiri ditambah rasa malu dengan segala perbuatan yang telah saya lakukan. Demi Allah, sebagai hamba Allah bersifat lemah, saya mungkin tersalah langkah namun saya tidak pernah berniat untuk terus menjadi seorang hamba yang berdosa. Dek kerana itulah saya memohon pandangan kerana saya mahu mencari kekuatan diri.

Untuk makluman, suami seorang yang baik. Tiada cacat celanya bahkan hubungannya dengan masyarakat juga bagus. Dia disayangi oleh ahli keluarga saya kerana dia ringan tangan bahkan bermulut ramah. Pendek kata dia disenangi semua orang. Sebagai isteri, ada kurang dan ada lebihnya suami di mata saya. Dia memang baik dan saya akui itu tetapi kurangnya kerana suami tidak pernah memuaskan saya di tempat tidur.

Sukar untuk saya kongsikan hal ini kerana kata orang, berdosa saya sebagai isteri kerana membocorkannya kepada khalayak ramai. Namun saya minta Allah ampunkan dosa saya kerana saya sekadar inginkan penjelasan.

Sepanjang perkahwinan, saya tidak pernah tahu apa itu klimaks dan bagaimana rasanya. Hubungan kami berlangsung sangat sekejap kerana suami akan melepaskan begitu sahaja. Pernah saya berbincang dengan suami dan dia juga sudah berusaha tetapi malangnya keadaan tetap saya. Lama kelamaan saya menjadi bosan dan kalau dia mengkehendaki, saya akan menerimanya dan tidak pernah berkata apa-apa lagi. Dia selalu memuji saya cantik, bentuk badan saya menarik namun dia hanya menyentuh bahagian ‘bawah’ saya tanpa melakukan pemanasan.

Dosa saya bermula apabila saya mengenali rakan dari pejabat sebelah. Kebetulan bila keluar makan dengan kawan, kami selalu terserempak dengannya. Mula-mula hanya senyuman dan akhirnya bertegur sapa. Lama-kelamaan saya dan dia berkawan baik dan kawan sekerja saya tidak tahu pun hal ini. Dia seorang lelaki bujang namun keluarganya agak berada. Dia tinggal di sebuah kondominium seorang diri. Banyak kali dia bertanyakan, adakah benar saya isteri orang dan punya anak tiga kerana katanya wajah saya masih comel dan tidak menunjukkan saya sudah punya anak di sekolah rendah.

Jujurnya dia memang pandai mengambil hati dan saya sering tertawan dengan pujiannya. Dia juga banyak memberikan saya hadiah, katanya kalau saya bujang, dia sudah menghantar rombongan meminang. Katanya dia tak mampu lupakan saya bahkan katanya kalau saya diceraikan suami, dia akan ambil saya jadi isterinya yang sah selepas habis eddah.

Pernah sekali saya menipu suami memberitahu yang saya kerja lebih masa tetapi sebenarnya saya mengikut teman lelaki balik ke kondominiumnya. Memang tampak gaya mewahnya dan petang itu, berlaku hubungan intim antara saya dan dirinya. Demi Allah, buat pertama kali, barulah saya tahu apa itu erti klimaks dan apa itu kepuasan yang sebenarnya yang selama ini tidak pernah saya rasai.

Sungguh saya tidak menyangka, sekalipun dia orang bujang tetapi dari caranya melayan saya, dia seolah pakar. Saya memang tewas dengan nafsu dunia dan setiap kali suami mengajak tidur, saya turutkan sahaja biarpun tidak pernah merasai nikmatnya.

Saya pernah bertanya suami, andai suatu hari nanti kami berpisah, adakah dia redha. Jawapan suami, dia sayangkan saya dunia akhirat dan hanya maut akan pisahkan kami. Dia tak sanggup kehilangan saya dan katanya kalau boleh biarlah dia yang mati dahulu dari saya mati! Jawapan suami buat saya terkedu kerana saya tidak menyangka sebegitu sekali dia menyayangi saya.

Apa yang harus saya buat? Dengan teman lelaki, adakalanya saya ada bergaduh kerana semasa kami keluar berdua, mulutnya tak putus menyebut tentang wanita yang lalu lalang di hadapannya. Adakalanya saya terfikir, kalau benar kami berkahwin, adakah dia seorang lelaki yang setia? Adakah dia tidak mata keranjang? Dan adakah dia mahu menerima saya sebagai janda anak tiga? Banyak saya fikirkan dan dilema ini buat saya benar-benar terkeliru! Antara suami dan teman lelaki, apa pilihan yang terbaik untuk saya, bantulah saya! Sumber: Mingguan Wanita

P.S. 1 – NGERI….Sekeluarga MAUT Selepas TERBABAS Dan TERPEROSOK Di Bawah Treler Yang Berhenti Di Lorong Kecemasan !!!
P.S. 2 – Ngeri….Tiga Individu Maut Ditimpa Papan Tanda Lebuhraya Yang Dilanggar Sebuah Treler !!!
P.S. 3 – ‘Tunggu Kami Di Kejiranan Syurga Abang’ Catatan SAYU Yang Buat Ramai TERSENTUH !!!
P.S. 4 – Seorang PENSYARAH Maut Terlibat KEMALANGAN Dalam Perjalanan Ke Persiapan Majlis Penyerahan Rumah Kepada Mangsa Banjir.
P.S. 5 – Akibat Tindakan MELULU Pemandu Kereta Ini Menyebabkan Dia Terbabit Kemalangan Yang NGERI!!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Wanita

About the Author ()

Comments (23)

Trackback URL | Comments RSS Feed

Sites That Link to this Post

  1. Imam Masjid BONGKAR Kejadian PELIK Jenazah Jutawan Shah Alam Bertukar Jadi Babi !!! - EKSIDENZ : EKSIDENZ | March 5, 2017
  2. Viral.Video Anjing Pertama LULUS Ambil Ujian Lesen Kereta.Apa Yang Bakal Dilihat Buat Ramai TERKEJUT !!! - OHBUIAN : OHBUIAN | April 21, 2017
  3. Gadis Kongsi Pengalaman Diraba & Nyaris Jadi Mangsa R0g0l Pemandu Grab Yang Buat Ramai BENGANG !!! - EKSIDENZ : EKSIDENZ | April 21, 2017
  4. Selalu Mengadu Masalah Rumah Tangga Kepada Kawan Baik. Suatu Hari Aku Dapat SMS Dari Suaminya Nak Berborak Rupa²nya.... - EKSIDENZ : EKSIDENZ | April 21, 2017
  5. Keluarga Baik & Warak.Satu Hari Perbuatan Adik-Beradik Ini Buat Ramai TERGAMAM !!! - OHBUIAN : OHBUIAN | May 2, 2017
  6. 2 Bulan Lepas Kawan Baik Mati. Apa Yg Diminta Buat Aku TERCENGGANG. Rupa2nya.. - ERA BARUS : ERA BARUS | May 7, 2017
  7. Bapa Tak Muncul Jemput Anak Ini Di Tadika. Bila Guru Periksa Beg Anak Ini, Apa Yang Dia Jumpa Amat MENCURIGAKAN !!! - EKSIDENZ : EKSIDENZ | May 24, 2017
  8. Inilah LUAHAN Hati Salah Seorang Suspek Dalam Kes Bunuh Zulfarhan Yang Menarik Perhatian Netizen !!! - AMANZINGNARA : AMANZINGNARA | June 19, 2017
  9. Rakaman Pelajar Lelaki Dipukul Dan Dipaksa Makan NAJIS Bangkitkan Kemarahan Pengguna Media Siosial !!! - EKSIDENZ : EKSIDENZ | June 29, 2017
  10. Kematian Wanita Diratapi. Demi Pulih MARUAH. Puncanya Buat Ramai TERPANA !!! - OHBUIAN : OHBUIAN | July 11, 2017
  11. Israel CUBA Isytihar Baitulmaqdis Sebagai Ibu Negara Yahudi Buat Ramai TERPANA !!! - OHBUIAN : OHBUIAN | July 27, 2017
  12. Wanita Umur 58 Tahun Guna Cara PELIK Elak Bayar HUTANG. Puncanya Buat Ramai TERKESIMA !!! - MY BERITA TULAR : MY BERITA TULAR | July 30, 2017
  13. Astaghfirullah : BAYI Yang MATI Jadi Santapan Makanan Di TAIWAN Buat Netizen TERGAMAM !!! - ERA BARUS : ERA BARUS | August 2, 2017
  14. Makam Ulama Indonesia Di Gali Di Kota Makkah. Saat Di Gali Apa Yg Terjadi Buat Ramai TAKJUB !!! - ERA BARUS : ERA BARUS | August 9, 2017
  1. hamba says:

    pilih suami la..itu yg kau cari kepuasan hafsu sggup melakukan dosa terhadap suami..tggal kan lelaki itu..cube yg trbaik demi tebus kesilapan..tp pengakuan kepada suami ada lah sgt2 penting dan trima segala keputusan

  2. Penasihat Peribadi says:

    Suami tu salah sbb xkuat. Tu je. Kau LAGI salah sbb main laki lain. Bodoh kau ni. Perbuatan tu HARAM. Laki tu xlayak jd suami kau kalau jenis nk kat kau sbb cntik pastu tgk pulak pmpn lain. Ayat dia je tu ckp pasal eddah ke ape ke. Jgn jd bodoh. Lepas kau kwin dgn dia dia buat dgn pmpn lain pulak. Bongok.

  3. NICK says:

    tak da manusia yang x pernah melakukan kesilapan.tebus la kesilapan itu.dan setia la kepada suami.jangan termakan pujuk rayu lelaki tu.kerana semua tu hanya la drama semata2.i gerenti 100%.keindahan x seperti yg kamu bayangkan seandainya km memilih lelaki tu.sal hubung seranjang dgn suami boleh di bincangkan sebaik2 nya.atau ajar suami bagimana caranya berhubung.yg lebih penting pertahankan la rumah tannga tu.lebih baik kita dicintai daripada mencintai.

  4. I Am Muslim says:

    Assalamualaikum Puan, syurga puan di bawah kaki suami puan… Dan igtlah, seandainya apa yg suami puan kata yg dia mahu mati dulu sblm puan, dan Allah mnjadikan itu kenyataan, suami mninggalkan puan tanpa kemaafan… Adakah puan sanggup melalui semua itu, pasti puan akan merana seumur hidup wlaupn llaki itu bersedia menerima puan… Igtlah puan, Allah itu Maha Adil, sekali puan menzalimi org, Allah akan membalas nye berkali kali, dan sebelum terlewat, puan kembali lah ke pangkal jalan… Setiap yg berharga itu, masenye sgt terhad sebelum ia pergi dari kita…. Hargailah suami puan, klu betul puan mmg xmampu mnjadi isteri nya, bercerailah dgn cara yg baik, bkn menduakan suami… Semoga puan de berikan hidayah dan kekuatan… Salam Muslim dari saya

  5. Lelaki says:

    Itu bermakna kamu memang menempah neraka jahanam. Selagi xdpt keampunan suamimu walau bersuami baru masih dikira derhaka dan tidak cium bau syurga. Wallahualam

  6. lelaki setia says:

    taubatlah puan…itu ujian utk kamu dgn suami…sya pun mcm puan jugak isteri curng dgn saya tapi saya sbr dgn dia..x kanlah puan atas duninie dh nk tempah neraka jahanam disana..x bau syurga curang dgn suami…

  7. Wanita mujahadah says:

    Sesungguhnya dosa yg kau lakukan tu sgt besar spt apa yg dsebut dlm Quran. Perempuan yg sdh bkahwin pastu bzina hukuman nya rejam sampai mati tau x? Tgk betapa berat nya hukuman tu. Baru hukuman dunia belum azab akhirat. Betapa pendek nya akal kau bila sanggup percaya dgn lelaki yg sanggup main bini org. bila kau bkahwin sma lelaki yg pandai ‘klimaks’ kan kau tu, harap Allah mbuka mata mu dgn balasan yg dasyat.

  8. oyentitan says:

    Sapa pn suami itu sbagai isteri ttp taat pdnya…krn syurga sorg istri dibwh tpk kaki suami. Ingt! Istri blh tuntut fasakh andai si suami hilang tnpa berita selama ditetapkn.tiada nafkah zahir dn batin.andai suami dipenjarakn melebihi tahap2 trtentu.suami memaksa untuk melcurkan diri.suami brsubahat dlm kemaksiatan yg istri lakukan tnpa menegur atau melarang malah bersama.suami mengajak istri keluar agama yakni murtad. Hny ini yg diketahui.samaada bnr atau salah (wallahuw’lam)lebihnya rujuklah kpd yg berkenaan…

  9. pening says:

    Suami dia pun penting diri. Kadang-kadang silap suami juga kenapa isteri jadi curang. Tetapi pilihlah suami dan kemudian belikan buku-buku yang boleh mengajar suami cara melayan isteri dengan betul.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *