Ini Cara MUDAH Nak Buat Tauhu ‘Homemade’. Guna 3 Bahan Je Dah Boleh Dapat Sehingga 64 Biji !!!

| August 10, 2017 | 0 Comments

Ini Cara MUDAH Nak Buat Tauhu ‘Homemade’. Guna 3 Bahan Je Dah Boleh Dapat Sehingga 64 Biji !!! | Tauhu merupakan makanan yang diperbuat daripada kacang soya. Selalunya kita akan beli tauhu ni di pasaraya. Tetapi ramai yang tak tahu cara pembuatannya. Dari beli lebih baik kita buat sendiri kalau mudah kan. Mana tahu boleh menjana pendapatan.

Bagi sesiapa yang berniat untuk berniaga tauhu sumbat atau tauhu bakar ke. Resepi dan cara telah pun dikongsikan oleh Azlia Al Hayahuddin, apa yang tinggal nak buat saja. Jom kita tengok sikit macam mana nak buatnya.

Cara Buat Tauhu Homemade

Alhamdulillah.. jadi juga tauhu keras kali ini. Buat sebelum ini tak jadi.. hahaha.. gembiranya hari ni!..

BAHAN-BAHAN:

a. 3kg kacang soya

b. 18 liter air

c. 45gm GDL ( Glucono Delta Lactone) – serbuk ini untuk mengeraskan tauhu

CARA MEMASAK:

1. Pilih kacang soya, cuci dan rendam selama 4-5 jam.

2. Toskan dan kisar dengan air yang disukat. Tapis susu soya.

3. Masak susu soya hingga mendidih.

4. Dalam bekas berasingan, bancuh GDL dengan air.

5. Tuang susu soya yang telah mendidih tadi ke dalam bekas berisi bancuhan GDL. Kacau dan biar beku selama 15 minit.

6. Sediakan pencetak tauhu dan alas dengan kain. 1 ni dapat 64 biji. Guna 3 kg kacang soya untuk 1 pencetak ni. Ukuran 8 petak × 8 petak

7. Tuang tauhu ke dalam pencetak dan ratakan.

8. Tutup kain dan tekan dengan pemberat.

9. Selepas 1 jam, keluarkan tauhu dan potong. Rendam dalam air bersih.

Tip Tambahan

Rendam kacang soya ialah tidak boleh lebih 5 jam. Kacang soya yang direndam lama akan cepat basi. Paras air untuk rendaman kena 2x daripada kacang soya.

Kalau ngam-ngam paras kacang soya, kacang tersebut tak akan mengembang dan susu soya pun takkan dapat banyk bila diperah.

Selamat mencuba !!!

Sumber:- SiakapKeli

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Informasi

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *