Tuduhan Lelaki Ini Yg Mengatakan Nabi Ismail Anak LUAR NIKAH Buat Ramai BENGANG !!!

| September 11, 2017 | 0 Comments

Tuduhan Lelaki Ini Yg Mengatakan Nabi Ismail Anak LUAR NIKAH Buat Ramai BENGANG !!! | KOTA KINABALU: Seorang pemimpin politik pembangkang Sabah(non-Muslim) baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan berbaur penghinaan terhadap agama dengan  mengakui bahawa terdapat kebenaran pada dakwaan kontroversi Siti Kasim dalam ucapan hari rayanya, Beberapa hari sebelum itu, Dia juga telah membuat kenyataan bahawa Nabi Ismail merupakan anak luar nikah Nabi Ibrahim.

 

Menurut laporan Menara.My, dia mendakwa umat Islam hanyalah terikut-ikut melakukan upacara korban Nabi Ibrahim tanpa memahami konteks dan pengajaran yang terdapat disebalik peristiwa tersebut sepertimana yang dihayati oleh bangsa Israel dan penganut-penganut agama Kristian. Beliau berkata, “Ada juga kebenarannya apa yang dikatakan oleh Siti Kasim ini. Upacara korban itu cuma dilakukan oleh Agama Yahudi bagi “melambangkan” apa yang bakal Tuhan lakukan nanti bagi memberikan “syafaat” (keselamatan) kepada bangsa Israel kelak.”

Beliau meneruskan, “Bagi penganut agama Kristian pula, mereka tidak sudah melakukan upacara korban binatang sepertimana yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim tersebut. Ini kerana mesej yang Tuhan mahu sampaikan melalui kisah peristiwa korban oleh Nabi Ibrahim dan anaknya itu, cuma “melambangkan” apa yang akan Tuhan lakukan melalui “pengorbanan Yesus” demi menebus terhadap “hukuman” Allah bagi dosa warisan yang semua manusia warisi dari Nabi Adam dan Hawa, isterinya.”

“Bagi umat Islam pula, disebabkan yang mereka mengaku keturunan Nabi Ibrahim melalui Nabi Ismail, maka mereka mahu juga mewarisi upacara korban tersebut dengan merayakan upacara korban itu tadi sekadar merayakannya saja tanpa mengetahui apa maksud dan tujuannya.” “Di dalam Al-Qur’an sendiri pada Surah Al-Haji, ayat 37 menyatakan bahawa daging-daging korban itu tidak pun mendapat apa-apa keredaan dari Allah,” katanya lagi. Beliau kemudian memetik beberapa ayat yang didakwa terdapat di dalam al-Qur’an yang menurutnya membawa maksud bahawa al-Qur’an turut bersetuju dengan akidah Kristian — Nabi Isa menjadi korban agar dosa warisan dapat diampunkan.

“Bukan setakat ayat-ayat pada surah di atas yang merujuk kepada upacara korban tadi, tetapi juga pada Qur’an Surah Al-Maa’idah, ayat ke 32, juga menerangkan lebih terperinci akan pertalian korban yang dibuat oleh Nabi Ibrahim dan korban yang disempurnakan oleh Yesus,” tegas beliau.

Beliau juga menuduh Nabi Ismail tidak layak untuk dibinkan dengan Nabi Ibrahim kerana menurutnya, Nabi Ismail hanyalah merupakan anak luar nikah hasil perhubungan di antara Nabi Ibrahim dan hamba abdi isterinya.

Beliau berkata, “Ibu Ismail adalah Hagar iaitu seorang wanita hamba abdi (budak) yang dimiliki oleh Sara yang merupakan isteri sah kepada Abraham. Abraham meniduri Hagar yang bukan isterinya yang sah, lalu Hagar melahirkan Ismail.” “Di sini bermaksud Ismail itu anak luar nikah dan tidak layak di binkan dengan Abraham,” tegasnya lagi. Tidak berapa lama dahulu, David Orok pernah didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu atas dakwaan menyiarkan kenyataan menghina Islam dan Nabi Muhammad di laman Facebooknya pada Julai 2014.”

 

P/s: Untuk menjawab kenyataan kurang bijak ini marilah kita merujuk kepada al-Quran surah al-mukminun ayat 6 yang bermaksud: “Kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki” ayat ini menerangkan tentang sifat orang mukmin yang berjaya iaitu salah satunya ialah menjaga kemaluan kecuali kepada isteri dan hamba sahaya yang mereka miliki. Dan dalam Islam, anak yang lahir dari pergaulan antara tuan dan hamba sahaya diiktiraf sebagai anak kepada tuannya.

malahan Allah dan nabi ibrahim sendiri mengiktiraf nabi Ismail sebagai anak dan disifatkan kelahiran nabi Ismail sebagai suatu berita gembira, kerana disebut didalam alquran:-

” Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!”

Lalu Kami berikan kepadanya berita yang mengembirakan, bahawa ia akan beroleh seorang anak yang penyabar.

Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: “Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?”. Anaknya menjawab: “Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar”.

maka dari mana buktinya yang nabi Ismail seorang anak luar nikah.

Sumber: Menara.My

 

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Agama

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *