Kaabah Pasti Dihancurkan ! Akhirnya Terbongkar Identiti Golongan Yg Bakal MENGHANCURKAN Kaabah !!!

| September 8, 2017 | 0 Comments

Kaabah Pasti Dihancurkan ! Akhirnya Terbongkar Identiti Golongan Yg Bakal MENGHANCURKAN Kaabah !!! | Kaabah merupakan tempat tumpuan jutaan umat Islam, tak kira dari mana mereka berada pasti setahun sekali jutaan umat Islam akan berkunjung ke sana. Namun tahukah kita kaabah juga akan hancur disebabkan perancangan jahat manusia? Artikel yang dipetik dari menara.my ini menjelaskannya.

“Jutaan umat Islam dari zaman ke zaman, tidak mengira bangsa, umur mahupun taraf kedudukan dalam masyarakat membanjiri tanah suci Mekah bagi melaksanakan ibadah Haji, rukun Islam yang kelima. Ibadah yang dilakukan saban tahun ini menyatukan umat Islam seluruh dunia melalui ritual-ritual yang kekal sama seperti yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w., ibadah berhikmah yang penuh dengan pengajaran yang menginsafkan serta menyucikan rohani.

Perhimpunan tahunan terbesar di dunia yang diwajibkan kepada setiap umat Islam itu menumbuhkan pucuk kesatuan sebuah keluarga universal dari kalangan seluruh umat dari segala pelosok dunia sehingga mampu menimbulkan dukacita di lubuk hati musuh-musuh Islam terutamanya para syaitan. Ini dapat dilihat daripada maksud sabda Rasulullah s.a.w. yang telah dinukilkan oleh Imam Malik dalam kitabnya al-Muwatta’, “Tiada hari syaitan tidak dilihat dirinya paling kerdil, paling jauh, paling hina dan paling marah pada mana-mana hari melainkan pada hari Arafah.

Itu hanya kerana ia melihat turunnya rahmat dan Allah mengampunkan segala dosa besar.” Bayangkan betapa gentarnya hati musuh-musuh Islam melihatkan jutaan umat Islam berkumpul dan melepaskan pakaian-pakaian yang menunjukkan status dan identiti kenegaraan mereka yang membezakan satu sama lain, lalu kesemuanya mengenakan hanya satu jenis pakaian yang sama – pakaian ihram.

Bukan sahaja dari segi berpakaian, mereka juga tidak lagi dibezakan dengan bahasa-bahasa yang mereka banggakan. Bergemalah lontaran suara puji-pujian dan alunan tanda ketundukan mereka pada Yang Esa dalam bahasa yang sama dengan bahasa yang diturunkan al-Quran dengannya. Umat Islam akan terus-menerus menunaikan rukun Islam kelima ini setiap tahun, meskipun selepas zaman keluarnya Yakjuj dan Makjuj sepertimana yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w., “Akan didatangi Baitullah untuk mengerjakan haji dan umrah setelah keluarnya Yakjuj dan Makjuj” (Hadis Riwayat Bukhari).

Namun, hayat Baitullah itu tidaklah kekal. Kelak sebelum datangnya hari kiamat, umat Islam yang beriman akan pupus dan diganti dengan manusia yang tidak beriman. Baitullah akan sepi tidak lagi akan dikunjungi oleh mereka yang mahu beribadat, dan ini merupakan salah satu tanda kedatangan hari kiamat sepertimana yang dimaksudkan oleh sebuah hadis, “Tidak akan terjadi hari kiamat sehingga tidak didatangi Baitullah untuk mengerjakan haji” (Hadis Riwayat Bukhari).

Memandangkan tiada lagi manusia yang mahu mengunjungi Baitullah pada waktu itu, maka tidak ada faedahnya lagi bagi rumah Allah untuk kekal berada di situ, maka ditakdirkan oleh Allah bahawa Kaabah akan hancur di tangan seorang kafir berkulit hitam dari Habsyah. Rasulullah s.a.w. bersabda, “Kaabah ini akan dirobohkan oleh Zussuwaqatain dari Habasyah. Dia merampas perhiasannya dan melepaskan kiswahnya. Aku seakan-akan melihatnya, orangnya kecil botak dengan tulang-tulang sendinya bengkok, sedang memukul Kaabah dengan penyodok dan kapaknya” (Hadis Riwayat Ahmad).”

Sumber:- Menara.My

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Agama

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *