VIRAL Dakwa RELA Halang Kempen Tutup Aurat. Netizen Tampil DEDAH Cerita SEBENAR !!!

| November 29, 2016 | 0 Comments

VIRAL Dakwa RELA Halang Kempen Tutup Aurat. Netizen Tampil DEDAH Cerita SEBENAR !!! | Seorang individu yang bernama Diana Iman Heart pada 2 hari yang lalu telah menviralkan di facebook dimana dia dihalang untuk menjalankan “kempen tutup aurat” oleh anggota RELA di tapak Karnival Sale anjuran KPDNKK di Dataran Angsana. Individu tersebut dihalang kerana telah lewat sejam untuk membuat persiapan digerainya yang menjual tudung muslimah.

dkwh

Berikut luahan hatinya:-

Assalammualaikum wbt….

Hari ini benar2 saya sedih yang AMAT sedih,ketika coretan ini ditulis tidak henti air mata saya jatuh berderai, hiba ,sayu, x terungkap kata2 saya hanya air mata yg menjadi peneman ketika ini.

Saya ingin kongsikan apa yg berlaku pagi tadi pada diri saya..Atas sebab kelewatan 1 jam saya spi di Angsana utk setup BOOTH utk Program Dakwah saya ,di karnival mega sale anjuran kpdnkk, seorang Rela bernama Rosli tidak benarkan saya masuk dan suruh saya paking luar dan angkat barang dari jauh spi ke khemah,saya hanya bersama 2 org anak saya berumur 7 tahun dan 11 tahun serta 1 pembantu lelaki berusia 60 tahun, barang saya bnyk dan semua berat2.

Biasanya kami loading dekat dgn khemah. Saya faham dia jlnkan tugas dan ikut arahan pihak penganjur. Puas saya terangkan keadaan saya dan saya ulang berkali2 sy nk buat dakwah , kempen menutup aurat..penganjur dah confirm bg saya tapak..lalu rela itu berkeras dan suruh saya hubungi pihak penganjur, saya akur dgn arahan rela itu..saya hubungi dan bg rela tu bercakap dgn penganjur , dengan nada keras rela tu suruh penganjur keluar tunjuk muka dulu. Mungkin dia tidak percaya pada saya..ialah mungkin dia fikir sy blh guna kawan saya..kemudian penganjur wanita itu keluar tunjuk muka dan explain semua, Rela itu terus berkeras mmg x blh masuk nnt pegawai saya marah katanya, saya bgtau dia..tadi en rosli suruh kol penganjur, kemudian suruh penganjur keluar, skrg ni pegawai marah pula..saya merayu spi keluar air mata..saya sebut saya masuk Event ni utk buat Dakwah saya , penganjur dah bg saya tapak..kerana Allah t’a ala, sya cakap xpelah panggil pegawai keluar pula ..biar sya explain. Dia xnk panggil pegawai dia.2x saya ulang mana pegawai biar sy explain..tp en rosli alihkan pandangan ayat saya itu ..ttp x bg saya masuk, sbnrnya security angsana dh lpskn saya masuk utk para peniaga..mereka npk saya bawa barang2 Hijrah Hijab saya.. semua produk muslimah dan pakain syariat serta sunnah..tp utk masuk pintu ke 2 tpt loading barang , Rela mula halang saya..jadi sy terhenti di tgh2.sedangkan saya dh lps masuk pintu utk peniaga.

Bila saya mula ambil gambar en rosli , dia mula mengugut penganjur tu..jika dia diviralkan hingga spi kene buang keje .

.”saya akan cari awak spi dapat ok..awak ingat..akk ni ambil gambar saya dan video..klu viral saya cari awak”

sehingga penganjur kpdnkk tu mengeluarkan air mata, mungkin sb takut dgn ugutan rela itu. Saya sempat pegang bahu penganjur tu cuba tenangkan dia dalam masa yg sama air mata saya mengalir x henti2…”

“adik awak jgn takut dgn dia. Sepatutnya takut dgn Allah. Xpelah akk x jadi masuk. Akk balik” ini ujian akk. Tp akk nangis bukan sebab akk x dpt masuk atau kene patah balik..sbnrnya akk sedih dgn sikap org Islam yg mengaku islam tidak ada peri kemanusiaan sehingga buat 2 wanita menangis.😭😭😭😭😭sehingga tidak blh ada sikap lebih kurang..tolak ansur sesama Mahluk lagi2 saudara islam. Sepanjang perjalanan pulang saya nangis, satu perkataan sblm saya tinggalkan kawasan itu..saya sempat bgtau rela itu..

“En Rosli saya mohon Allah beri Hidayah buat en rosli”

“Ambil dari dunia sesuatu yang akan jadi bekal untuk akhirat nanti dan jangan mengambil dari dunia sesuatu yang akan menghalangi anda di akhirat nanti “

Sumber : Diana Iman Heart

Semalam seorang individu telah tampil menceritakan kejadian “Versinya” pula. yelakan tak adil jika kita tak dengar dari pelbagai sumber. Ceritanya begini:-

“Terbaca kisah viral pasal Rela dan penjual pakaian islamik.Bukan Rela je…Nurse,Guru pun pernah kena.Dajjal belum keluar dah sibuk viral cerita fitnah (cuba baca gambar di komen dan cuba call KPDNK Johor).

Point yang saya nak sampaikan.

  1. Manusia memaki hamun kerja RELA hanya cerita disebelah pihak sahaja. Kalau nak marah settel di pejabat bukan di viral.

Tiada sudah sifat tabbayun.Jangan cetus rasa tak hormat pada kerja begitu.Hanya sebab seorang RELA kita nafikan kebaikan RELA yang banyak tolong jadi penjaga.Hanya sebab nurse tertidur..nurse lain kena maki.Hanya sebab seorang guru bermasalah,hilang adab dengan guru yang lain.Pernah tanya masalah orang yang dituduh?yang dimalukan dengan viral?

Logiknya sesiapa pun kalau dia dipihaknya mesti ceritanya akan memihak diri dia,dia di aniaya,dia di zalimi.Pernah tanya pihak RELA tadi apa sebenarnya terjadi?Penzina mengaku berzina pun Nabi tak terus hukum.

Memaki lebih mudah dari lafaz zikir.Tapi takpa lepas viral,tutup kes.Di padang mahsyar boleh cari semula utk minta maaf.

Asalkan puas hati boleh meluahkan perasaan.Perasaan keluarga orang tak fikir sebab bukan keluarga kita.Orang hilang pekerjaan tak mengapa asalkan bukan kerja kita.

Kalau pun realitinya RELA itu salah tapi anda dapat apa dengan menghina orang?menghina pekerjaan orang?

Nak tunjuk pada dunia yang beginilah akhlak muslim?Nak tunjuk pada Jepun yang mereka lebih tepati masa dari muslim?Kalau nak buat kisah teladan tutup muka orang.Ini kes memang nak lampiaskan amarah.

Dalam penceritaan RELA itu memang salah sebab nampak macam tiada budi bicara,budak2 yg cerita mmglah.Tapi dia tegas dengan kerjanya,dia ada intergriti.Kes budi bicara nilah yg banyak bagi lepas orang asing masuk kawasan.Kemudian banyak jenayah berlaku dan akhirnya yang disalahkan pegawai keselamatan.Buat kerja salah,tak buat salah.Salah sikit kena maki hamun…viral.Padahal memang tak salah pun.Jadi kambing hitam nak marketingkan page.

Apa yang saya nampak.

1. Manusia yang tiada disiplin.Lewat sejam bukan seminit.Sebelum nak dakwah orang…kita dakwah diri kita dengan surah Al Asr’.Sumpah atas masa…

2. Guna simpati agama untuk menjual.

Kalau betul kita berdakwah,anggaplah ianya cabaran.Banyak lagi tempat kita boleh menjual.Banyak lagi tempat kita boleh berdakwah….manusia menyokong guna sentimen agama dalam masa sama memaki,perlekeh kerja orang dan ambil cerita sebelah pihak sahaja.Kemudian nak jual2 nama Allah…sebab tu kes penipuan guna agama ni berleluasa siap boleh jadi jutawan dan kebal undang2.

Biasalah sebenarnya kalau ikut event kadang kita lambat,semua orang pernah lalui.Kena halau balik pun ada.Burn duit booth.Tapi isu ini kenapa sampai nak malukan orang hanya sebab tak puas hati?kalau nak viralkan sebagai tauladan tutuplah muka orang.Tapi kalau kita memang nak malukan orang…dah berjaya dah.Siap page sampah buat modal cerita nk tarik trafik yang akhirnya bagi ancaman kepada kerja orang yang kesian anak bini dan keluarga.Memalukan…

Banyaknya kezaliman yang maslahat kepada umum kisah peribadi juga yang kena viral.Tiadakah istilah dalam hidup kita memberi harapan pintu rahmat pada orang lain?

Sudah2lah jual nama Allah dan agama untuk keuntungan dunia.Banyak lagi teknik marketing lain boleh cuba.

Trip bisnes untuk MAS lambat sepuluh minit dia tutup gate walaupun dah bayar beribu harga tiket.Kalau logiknya boleh lagi budi bicara.10minit bukan sejam.

Jangan amalkan sangat suka memaki dan viralkan aib individu.Lagi2 yang terikat dengan etika kerja.Bukan senang nak dapat kerja.Fikir juga periuk nasi anak yang sekolah.

Sekuriti dipejabat sini kalau tak tegas kena buang terus,sebab banyak kes orang luar masuk dan kawtim.Sekuriti kah salah?Kalau tak puas hati pergi jumpa ketua atau buat report polis.

Susah tuhan nak berikan kita kepimpinan yang berintegriti.Sebab kita sebagai rakyat tak pentingkan disiplin,tak kisah intergriti dan lebih suka jadikan kisah viral sebagai hujah kebenaran. Siapa kuasai media dialah benar. Sumber:- Mas Mazratul Humairah

P.S. 1 – ALLAH Sayangkan Aku. Baru Aku Tahu Kenapa Pakwe Beria Suruh Aku Pakai Baju Kurung Ke Bukit Tu !!!
P.S. 2 – Ramai Salah Faham Bila Bayi Anda Hisap Ibu Jari Kakinya, Inilah SEBAB Bayi Hisap Ibu Jari Kaki Yang Ramai TAK TAHU !!!
P.S. 3 – Ramai TERPANA Melihat Gadis Cantik Ini…Namun, Anda Pasti TERKEJUT Lihat Dimana Dia Tinggal !!!
P.S. 4 – TERLOPONG Mamak Tu Bila Aku Cakap “Tolong Buang Botol Yang Kat Atas Tu Dan Perempuan Tu Sekali” !!!
P.S. 5 – 4 Tahun Suami Tak Bekerja. Namun Boleh Sara Keluarga Dan Rumah Mewah, Rupa-Rupanya Ini KERJA Suami !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Informasi

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *