Lelaki Ini Dibelasah Dan Dibakar Hidup-Hidup Kerana CURI Amplifier. Ini Cerita SEBENAR…

| August 3, 2017 | 0 Comments

Lelaki Ini Dibelasah Dan Dibakar Hidup-Hidup Kerana CURI Amplifier. Ini Cerita SEBENAR… | JAWA BARAT, INDONESIA – Kerana salahsangka seorang lelaki berusia awal 30-an mati dibelasah sebelum dibakar hidup-hidup oleh orang ramai kerana disangka sedang mencuri amplifier masjid. Kejadian menyedihkan itu berlaku pada petang Selasa di Masjid Desa Muara Bakti, Jawa Barat itu, difahamkan, mangsa seorang juruteknik barangan elektronik dibelasah dan dipukul menggunakan batu sehingga kepalanya terkoyak.

Sangat menyedihkan apabila mangsa yang tidak diberi peluang untuk membela diri, terus dibakar hidup-hidup oleh orang ramai.

Hasil siasatan mendapati, mangsa sebenarnya bukan pencuri seperti yang didakwa orang ramai. Malah, barangan yang kononnya dicuri oleh mangsa itu adalah miliknya sendiri.

Menurut laporan the reporter, lelaki itu singgah di Masjid Desa Muara Bakti untuk solat. Bimbang amplifier yang diletakkan di motosikalnya hilang, lelaki itu kemudian membawa barangan elektronik itu masuk ke dalam masjid.

Malangnya, beberapa individu yang berada di masjid itu menyangka lelaki berkenaan mencuri amplifier masjid tersebut, lalu terus mengejarnya sehingga ke Kampung Desa Bakti.

Tanpa soal selidik, lelaki itu terus dibelasah orang ramai sebelum dicurah dengan minyak tanah dan dibakar sehingga mati.

Berdasarkan rakaman video itu, mangsa yang terbaring di atas jalan mengalami cedera teruk di bahagian kepala walaubagaimanapun dipercayai masih hidup. Namun beberapa individu mencadangkan supaya mangsa dibakar hidup-hidup, tak lama kemudian, seorang lelaki datang mencurah minyak tanah ke badan mangsa dan membakarnya. Orang ramai yang melihat kejadian itu dilihat bersorak gembira.

Hasil siasatan polis, amplifier di Masjid Desa Muara Bakti tidak hilang seperti yang didakwa beberapa individu yang membelasah mangsa.

Polis sedang menyiasat kes tersebut dan telah menahan beberapa individu yang terlibat untuk membantu siasatan.

Sementara itu, ahli keluarga mangsa yang merupakan orang miskin, pasrah menerima berita kematian ahli keluarga mereka yang dibunuh kejam itu.

Lihat video:-

Sumber:- Thereporter

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Berita Semasa, kisah viral

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *