Nabi Adam Pun Buat DOSA, Tapi Nabi Kan Maksum? Ini Jawapan Yang Buat Ramai TERPANA !!!

| September 5, 2017 | 0 Comments

Nabi Adam Pun Buat DOSA, Tapi Nabi Kan Maksum? Ini Jawapan Yang Buat Ramai TERPANA !!!  | Kisah yang paling mengingatkan kita tentang syurga ialah kisah nabi Adam a.s dan isterinya Hawwa. Kisah mereka memberi pengajaran kepada kita semua tentang kewajipan mentaati perintah Allah dan setiap manusia wajib berwaspada dengan musuh utama manusia iaitu syaitan, kerana syaitan tidak akan leka membuat perancangan untuk menyesatkan kita.

Nabi Adam dikeluarkan dari syurga selepas tergoda dengan pujukan syaitan yang menghasut untuk mereka memakan buah dari pohon khuldi. Syaitan yang menyamar sebagai seorang tua telah menghasut Nabi Adam a.s dan Hawwa untuk memakan buah kuldi dengan alasan Allah melarang mereka mendekatinya kerana tidak mahu mereka hidup selama-lamanya.

Berdasarkan peristiwa ini, pasti ramai yang menyangka, Nabi Adam a.s dan Hawwa telah melakukan dosa. sedangkan kita selalunya diajar bahawa para nabi tepelihara daripada melakukan dosa? Adakah  berlakunya kontradik? Ini jawapanya.

Dalam al-quran terdapat tiga ayat yang menceritakan tentang kisah nabi Adam memakan buah khuldi ini, antaranya:

“Dan demi sesungguhnya, Kami telah berpesan kepada Adam pada masa yang lalu, tetapi ia lupa” (Surah Taha Ayat 115)

Setelah itu maka Syaitan membisikkan (hasutan) kepada mereka berdua supaya (dapatlah) ia menampakkan kepada mereka akan aurat mereka yang (sekian lama) tertutup dari (pandangan) mereka, sambil ia berkata: “Tidaklah Tuhan kamu melarang kamu daripada (menghampiri) pokok ini, melainkan (kerana Ia tidak suka) kamu berdua menjadi malaikat atau menjadi dari orang-orang yang kekal (selama-lamanya di dalam Syurga)”. (Surah Al-Araaf Ayat 20)

Kemudian mereka berdua memakan dari pohon itu, lalu terdedahlah kepada mereka aurat masing-masing, dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun dari Syurga; dan dengan itu derhakalah Adam kepada Tuhannya, lalu tersalah jalan (dari mencapai hajatnya). (Surah Taha Ayat 121)

Disini terdapat 3 ayat dengan cerita yang sama. Dan walaupun nabi adam disebut oleh Allah sebagai “Aso” (derhaka) tetapi ia tidaklah menunjukkan yang nabi Adam berdosa kerana perkataan “fanasia” nabi Adam “terlupa” dalam ayat yang lain menunjukkan perbuatan nabi Adam itu tidaklah berdosa kerana nabi Adam “terlupa”. Dalam Islam orang yang melakukan sesuatu atau meninggalkan sesuatu kerana terlupa tidaklah berdosa.

Sumber:- Khalifah Media Networks

 

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , ,

Category: Agama

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *