“PANAS”…’Melayu Dengki Diberi Susu Dibalas Tuba’ !!!

| January 16, 2016 | 0 Comments

“PANAS”…’Melayu Dengki Diberi Susu Dibalas Tuba’ !!! Zaman saya pelajar dulu, saya ada buat bisnes kecik-kecik. Simple saja bisnesnya. Jual VCD. Bukan. Bukan VCD haram tapi VCD yang rakam sendiri. Bila ada program universiti, saya rakam guna camcorder pastu jual. Banyak juga duit masuk. VCD beli borong kat Low Yat, satu kos 60 sen. Jual pulak satu RM5. 100 member order, dapatlah RM440 sekali jual. Masuk juga beberapa ribu ringgit satu semester.

Member bertanya. Dia ni orang Melayu, agama Islam. Dia tanya untung ke buat bisnes tu, saya kata untung juga. Pasal universiti ni besar, banyak peluang lagi. Saya pun turunkan ilmu dekat dia, Percuma saja. Saya tak lihat dia sebagai pesaing, tapi sebagai kawan. Benda baik eloklah kongsi. Tak kisahpun kalau dia buat bisnes benda yang sama.

Lepas tu, ramai member datang jumpa. Mereka kata dia buat bisnes yang sama. Saya gembira juga pasal memang saya harap kebaikan untuk dia. Tapi member ramai-ramai cerita yang dia kempen dekat orang ramai jangan beli yang saya punya, sebab editing tak cantik tuduhnya. Belilah yang dia punya, dia berkempen. Gamak dia buat camtu. Inilah sikap buruk sebahagian Melayu. Dengki. Diberi susu dibalas tuba.

Saya dulu pernah bisnes handphone. Saya jual handphone ori yang ambik daripada kilang. Saya tak tukar apa-apa komponen. Bateri dan accessory, semua saya bagi yang original. Pembeli yang Melayu kempen jangan beli dekat saya, pasal boleh dapat sedikit lebih murah dari satu kedai Cina ni. Saya dah check. Kedai tu tukar bateri dan charger kepada yang fake. Pasal tu lebih murah. Tapi dia masih kempen beli dekat kedai lain. Itulah contoh dengki sesama bangsa.

Ada pelajar ni, dia minta tips buat duit waktu belajar. Saya pun turunkan ilmu. Saya cerita juga kaedah macammana waktu belajar dulu, saya berjaya dapat 3-4 biasiswa antarabangsa daripada pelbagai sponsor berbeza. Lepas tu dia cerita dekat orang kata saya sombong dan nak menunjuk-nunjuk.

Akhirnya, orang Melayu macam saya jadi macam malas nak kongsi ilmu dan tolong orang Melayu. Usahlah begitu.

Sikap dengki ni akan merosakkan bangsa. Hidup ni terlalu singkat untuk kita jadi tamak dan dengki. Tambahan lagi, kita semua kan kawan…

P.S. 1 - NGERI….Sekeluarga MAUT Selepas TERBABAS Dan TERPEROSOK Di Bawah Treler Yang Berhenti Di Lorong Kecemasan !!!
P.S. 2 - Ngeri….Tiga Individu Maut Ditimpa Papan Tanda Lebuhraya Yang Dilanggar Sebuah Treler !!!
P.S. 3 - ‘Tunggu Kami Di Kejiranan Syurga Abang’ Catatan SAYU Yang Buat Ramai TERSENTUH !!!
P.S. 4 - Seorang PENSYARAH Maut Terlibat KEMALANGAN Dalam Perjalanan Ke Persiapan Majlis Penyerahan Rumah Kepada Mangsa Banjir.
P.S. 5 - Akibat Tindakan MELULU Pemandu Kereta Ini Menyebabkan Dia Terbabit Kemalangan Yang NGERI!!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , ,

Category: Informasi

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *