“VIDEO”..Aksi Pesilat Yang TERTIKAM Keris Hingga Maut Semasa Persembahan Depan Pengantin !!!
“VIDEO”..Aksi Pesilat Yang TERTIKAM Keris Hingga Maut Semasa Persembahan Depan Pengantin !!! LABUAN - Seorang remaja lelaki maut akibat tertikam dengan keris semasa membuat persembahan di rumah pengantin, petang semalam, lapor laman Facebook Kelab Info Malaysia.
Mangsa (kiri)
Dalam kejadian yang berlaku di Kampung Patau itu, Mohd Amil Zulkarnain bin Jafar, yang juga ahli Silat Gayong Malaysia Cawangan Labuan (Gayong Serantau) maut setelah tertikam dengan keris.
“Saya dimaklumkan dan disahkan oleh gurulatihnya, Cikgu Rosni, bahawa seorang murid Gayong Labuan meninggal dunia ketika membuat persembahan di kenduri kahwin petang tadi. Mangsa tertikam keris di rusuk pada buah terakhir,” kata Makngah Perak.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu,mangsa Mohd Amil Zulkarnain,17, mengalami luka di bahagian dada dan dihantar ke Hospital Nukleus Labuan untuk rawatan.
Beliau disahkan meninggal dunia akibat kecederaan di jantung yang menyebabkan pendarahan yang banyak.Pemangku Ketua Polis Labuan, Deputi Superintenden Mohd Ibrahim Mohd Ghani,berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian itu daripada pihak hospital jam 1.23 tengah hari semalam.
Katanya, siasatan awal mendapati mangsa tertikam oleh sepupunya sendiri berumur 17 tahun. Mangsa dan suspek berada di majlis perkahwinan dan membuat pertunjukan silat menggunakan keris.
Ketika melakukan aksi silat,suspek dipercayai tertikam mangsa menyebabkan mangsa mengalami luka.
Mangsa kemudian dihantar ke hospital untuk rawatan,bagaimanapun tidak dapat menyelamatkannya. Suspek sudah ditangkap dan ditahan untuk siasatan lanjut,katanya.
Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian dengan cuai.
Takziah buat keluarga arwah dan marilah kita beramai-ramai sedekahkan Al-fatihah untuk arwah Amil. - THEHYPEMEDIA.COM
P.S. 1 - Inilah 5 MESEJ RAHSIA Dalam Filem 3 ABDUL Karya P Ramlee Yang Ramai Tak Tahu !!!
P.S. 2 - 1001 Kebenaran Kes Memali Dan Kisah Hitam Tun Mahathir Yang Ramai Tidak Tahu !!!
P.S. 3 - MENGEJUTKAN… Murid Darjah 4 BERSALIN Di Klinik Swasta !!!
P.S. 4 - Inilah 5 Orang Paling PELIK Yang DIHUKUM MATI Tetapi TAK MATI !!!
P.S. 5 - PUNCA UTAMA Kenapa Wanita Mengandung Anak Luar Nikah SENANG BERSALIN !!!
Category: Informasi

