Seorang Wanita PANIK Apabila Terjumpa “Mayat” Yang Tiba-Tiba BANGUN Di Bintulu !!!

| November 16, 2015 | 0 Comments

Seorang Wanita PANIK Apabila Terjumpa “Mayat” Yang Tiba-Tiba BANGUN Di Bintulu !!! | Bintulu: Seorang wanita yang sedang berjongging di trek ‘jungle trekking’ Tanjung Batu di sini terkejut besar apabila terjumpa sekujur ‘mayat’ yang berbungkus kain kapan di atas trek berkenaan.

Beliau yang menyedari kejadian berkenaan kira-kira jam 7 pagi terus membuat panggilan kecemasan. Pihak bomba yang sampai ke lokasi berkenaan kira-kira jam 7.17 pagi mengesahkan ‘mayat’ berkenaan rupanya seorang lelaki kurang siuman sedang tidur nyenyak.


Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Bintulu berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada polis pada jam 7.17 pagi berhubung kejadian itu bagi menurunkan mangsa dari pusat rekreasi berkenaan.

“Bagaimanapun, ketika polis dan bomba mahu melakukan pemeriksaan, lelaki berkenaan tiba-tiba bangun dan beredar,” katanya. Menurutnya, lelaki berkenaan dipercayai kurang siuman dan sering tidur di beberapa kawasan di Bintulu dengan berbalut kain putih sebelum ini. Menurut laporan page Kamek Miak Sarawak, lelaki berkenaan telah dipujuk oleh pasukan bomba dengan mengajaknya makan.

Selepas makan, dia dilihat berjalan di sekitar Bandar Bintulu sambil memakai kain kapan berkenaan. Apapun yang terjadi, itu bukan kehendaknya, kita sebagai orang awam tidaklah harus menghina sebaliknya berdoa semoga beliau kembali pulih seperti insan lain. - Siakapkeli.my


P.S. 1 - Kereta Alphard Ini Melanggar Seekor Lembu Di Melaka… Akibatnya Bakal MENGEJUTKAN Anda !!!
P.S. 2 - Jangan TERKEJUT Lihat Apa Yang Wanita Ini MAKAN Di Sebuah Restoran Mewah Di ‪‎ICELAND‬ !!!
P.S. 3 - Rahsia Mengejutkan Di Sebalik Kemegahan Masjid Hagia Sophia Di Istanbul.
P.S. 4 - Inilah Taman Neraka Yang Menginsafkan Pengunjungnya.
P.S. 5 - PERNAH TENGOK 5 GAMBAR PROTON JEBAT INI ? MEMANG MENGANCAM !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , ,

Category: Tempatan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *