Bertubi² kepalaku ditumbuk,perut boyot 8 bulan ditindih.Semuanya gara² aku jumpa…..
Bertubi² kepalaku ditumbuk,perut boyot 8 bulan ditindih.Semuanya gara² aku jumpa…..
Assalamualaikum. Aku taknak tanya banyak lah, cuma nak tahu macam mana ya boleh ada isteri2 yang tahan caci maki suami, boleh tahan dengan suami yang naik kaki tangan pukul bini semua ni? Boleh bagi peluang bertahan sebab apa ya sis2 semua???
Aku bakal ibu usia 25 tahun. Mengandung sekarang 8 bulan. Usia rumahtangga pun muda sangat baru setahun lebih, tapi aku dah tak boleh nak teruskan lagi dah, kena torture mental inshaallah aku sabar lagi, sampai 1 tahap kesabaran aku hilang terus haritu.
Bayangkan sebab dadah yg aku jumpa tu, aku sorok kan sebab aku tak tahan dah tengok dia bergantung dengan sampah tu, dengan alasan amik sampah tu untuk bekerja, cari nafkah konon nya lah, tak masuk akal betul! Bayangkan aku yang 8 bulan pregnant ni di tampar muka dipukul berkali2 kat kepala ditumbuk nya hidung aku di cekik leher aku tekup muka aku smpai aku hilang nafas tumbuk perut aku tindih perut boyot aku ngandung ni sampai senak then halau aku keluar rumah hujan2 masa tu dgn duitnya berapa sen je ada dlm tangan.
Terus aku call grab, pergi balai polis, sampai balai perut plak mengeras, aku tak rasa dah anak aku kicking, tak sempat buat report, polis terus call ambulans emergency pergi hospital dulu. Tu nasib baik alhamdulillah Allah lindungi lagi aku dengan anak, kandungan aku selamat cuma aku je yg lebam2 badan bengkak muka bibir segala. Doctor nak admit aku ward 1 malam pun aku taknak, minta izin utk aku selesai kan semua urusan report malam tu jugak!
Alhamdulillah Allah permudahkan semua, aku nekad report polis utk tangkap suami aku n cas dia atas kes pukul aku. Dan dah kena tangkap dah pun dia, kena tahan reman semua. Mak bapak dia a.k.a mertua aku punya lah marah dengan aku sebab report polis semua tu. Lantak kan lah, memang aku takkan tarik report ni balik. Banyak peluang aku bagi dulu, banyak kali aku maafkan, mak bapak kau fikir kau anak yg baik, suami yg bertanggungjawab, hakikatnya aku yg tanggung semua, simpan semua pendam sendiri. Sekarang rasa kesian sikit pun takde dah utk kau suamiku, rasa sayang aku?? Lagi lah dah takde. Aku tak dendam, cuma ni je jalan supaya ada pengajaran utk kau, supaya mak bapak kau celik mata yg selama ni back up anak jantan dia.
Daripada aku jd bini derhaka terus, lebih baik cukup aku stop sampai sini! Aku redha jodoh aku tak panjang. Moga Allah permudahkan urusan aku lepas ni dgn anak yg bakal lahir. Suamiku, kau bukan tak baik, cuma aku rasa kau tertidur agaknya masa dlm kelas kursus kawen. Ni bukan perkahwinan pertama kau, ni perkahwinan kedua kau, n perkahwinan kedua dgn aku yg ni pun kau GAGAL jaga dgn baik. Minta maaf, aku undur diri. Terima kasihh!
Bolehkah pukul isteri?
“Isteri bukan ‘punching bag’ dan tempat meluah kemarahan. Ketika marah dinasihatkan dalam Islam pertamanya mengubah keadaan posisi diri dulu. Iaitu jika berdiri hendaklah duduk, jika duduk hendaklah berbaring”
Katanya lagi marah itu datang dari syaitan dan hawa nafsu, seorang Islam haruslah beristighfar, ambil wuduk, bersolat dan banyakkan bercakap untuk meredakan kemarahan.
Manakala menurut pendakwah bebas Dr. Fathul Bari Mat Jahya, hukum memukul isteri adalah Harus namun ada cara dan syaratnya.
“Islam membenarkan seorang suami memukul isterinya dengan bersyarat iaitu memukul bertujuan untuk mengajar, pukulan yang tidak meninggalkan kesan dan tidak memukul di muka” kata Fathul.
Fathul turut mengecam tindakan lelaki yang memukul isteri di dalam lif tersebut yang disifatkan kebinatangan.
“Memukul isteri sedemikian sehingga terdedah aurat isteri, hukumnya Haram. Jelas sekali si suami terlalu mengikut emosi dan bersifat kebinatangan.”
Fathul juga memberi nasihat kepada suami isteri agar sentiasa berkomunikasi dan berbincang dengan baik dalam apa jua masalah yang mereka hadapi.
“Seorang suami perlu bijak dalam menyelesaikan masalah rumah tangga dan jika tidak ada penyelesaian, berjumpalah dengan orang tengah seperti pakar kaunseling agar permasalahan dapat diselesaikan dengan baik” katanya lagi.
Dalam Islam isteri adalah tanggungjawab seorang suami dan Islam juga mengajar kepada umatnya agar berlemah lembut dan bertimbang rasa di dalam segala hal, terutama sekali di dalam perkara- perkara berhubung dengan rumahtangga.
Beliau turut memetik sabda Rasulullah dalam hadis yang bermaksud :
“Sesempurna iman orang-orang mukmin ialah yang paling baik kelakuannya, dan yang paling lembut terhadap isterinya” Riwayat Imam Al Bukhari dan Muslim.
- Kredit 1: kisahrumahtangga.my
- Kredit 2: astroawani.com
Category: Kisah Rumah Tangga

