Resdung teruk.Bau busuk seperti ‘tahi hidup’ dalam hidung. Bila sedut kayu manis bakar,ini yang jadi….
Nampak jijik kan bila dgr? Tu tula yg akak alami..bau busuk dalam hidung mcm bau tahi hidup tu..xboleh nak cerita tau..sampai mula² akak marah laki akak..bau tahi apa dalam rumah ni? Dia duk terkebil² kepelikan tgk prgai bini² ku gangster ni..lama² baru akak sedar sebenarnya bau dari dalam hidung..
.
Resdung akak teruk ke tak?? Tak usah cerita la babe..bangun tido mcm nak pecah kerongkong duk bersin..hidung ni kalau boleh cabut pastu akak bawak pergi spa cuci kejap, sental² mesti syok..nak dijadikan cerita, hari tu akak jumpa dgn seorang doktor & dia pon merupakan pakar herba..amik peluang la tanya oiii..sebab xtahan dah hidung ni gatal mcm apa..sampai sakit kepala akak..
.
Doktor tu sendiri ckp..kalau pergi hospital dia just bagi antibiotics untuk matikan kuman..tapi yela weh..sampai bila nak makan ubat hspital kan??doktor tu pon ajar akak..
.
amik sebatang kayu manis bakar dia then sedut asap tu..sedut guna lubang hidung korang tu..fuhhh mencabarr..sbb kayu manis ni boleh bertindak sbgai antiseptic semulajadi yg boleh membunuh kuman..si manis ni boleh mengeringkan lendir & bengkak resdung kita ni..mmg pedih tapi serious akak ckap lega sgt hidung..rasa kosong..nak bernafas pon senang..dah 4 hari akak amal buat ni..percaya x?? Bangun tido dah tak bersin.
Hidung ni rasa bersih & tak gatal weh..impress giler dgn kayu manis ni..
.
Kalau yg muka ada parut korang try parut kulit kayu manis ni..sapu dkt muka..mmg pedih tapi hasil dia wow weh..parut pudar..so ni lah rahsia resdung akak sekarang..dah tak de bau tahik..bau kayu manis pulak dlm lubang hidung
kredit: suzyhoney via PenMerah dot com
Satu Rumah Berbau Bangkai, Rupanya ‘Batu’ Resdung Dalam Hidung
Saya dah kena selesema selama tiga bulan. Itu petanda awal yang saya dapat. Dua minggu sebelum bersalin ketika berada di pejabat, sewaktu saya menghembus hingus, terasa ada seketul objek seakan batu keras terjatuh dari mata ke lubang hidung.
Saya terus pergi ke Hospital Selayang, terus dirujuk ke bahagian kecemasan. Doktor periksa, tak boleh tarik. Jadi doktor pakar terus buat pembedahan kecil.
Sudahlah dibedah hidup-hidup. Orang keliling dengar saja saya menjerit-jerit. Sampai terkucil saya dibuatnya semasa dia seluk batang besi kamera kecik itu ke bawah hidung sampai tekak.
Selepas itu, saya terus ditahan di wad sehari dan dipantau 24 jam kerana hidung berdarah tanpa henti. Dengan pakaian, spender apa semua pun tak bawa.
Kereta yang saya letak di tepi jalan pun kena saman. Dan masa itulah suami berpeluang tidur lena di rumah. Dia kata bau bangkai dah tak ada, Selepas sembuh, seminggu itu juga saya dibahan oleh suami sebab saya bau bangkai. Hahaha!
Keesokan harinya discharge dan bayar RM5 saja. Sekarang dah tak ada selesema lagi. Hidung saya bebas dari sinus, selesema dan pendarahan 100%.
Semasa saya taip ini pun masih terasa sakitnya. Tetapi serius cakap selepas menjalani pembedahan kecil itu, hidung saya dah pulih dan terasa lapang sangat sampai rasa macam,
“Wauuu! Macam ini ke orang lain bernafas secara normal?!”
Memang nak sujud syukurlah pada masa itu.
Inilah batu tersebut yang tersangkut semasa aku berada di office. Masa ini terasa macam ada benda terjatuh dari mata ke lubang hidung. Maaf, gambar agak menggelikan.
Inilah rupa batu tersebut selepas keluar, lembut saja sebenarnya
Selepas sehari disimpan, dia menjadi keras seperti konkrit. Sampaikan doktor nak buat eksperimen. Dia ambil batu besar, ketuk batu ini.
Bila pecah, guess what? Bau dia macam bangkai. Serius satu wad boleh bau, pengsan nurse. Hahaha! Kalau korang nampak bahagian atas itu ada bulat kecil, itu tengah nak membesar, ibarat fungus.
Sinus atau resdung berpunca dari apa yang kita hidu, pemakanan dan cara mencuci hidung. Pemakanan 90% mempengaruhi kita. Contohnya, kalau ada resdung tak boleh makan benda terlalu panas atau terlalu sejuk.
Jadi kena makan makanan biasa-biasa sahaja. Tak boleh makan benda berlada atau pedas, elakkan makanan yang gatal. Itu asasnya.
Selain itu persekitaran. Jangan hidu asap terlalu banyak. Pakai topeng pernafasan semasa menunggang motosikal. Elak berada di tempat berdebu dan yang paling penting untuk lelaki, jangan cabut bulu hidung kecuali bulu itu dah terkeluar dari lubang. Ini bukan lucah, sebab bulu hidung andalah pintu untuk lubang hidung anda.
Deria rasa juga akan hilang atau berkurangan. Makanan yang masin pun saya tetap tak rasa masin. Sampai satu tahap bila saya masak, suami muntah sebab lauk terlampau masin macam air laut. Itu perkara biasa bila sinus.
Kerap bersin, itu tanda nak ke sinus. Tapi tak tentu sama ada sudah teruk atau belum. Kadang-kadang resung ini tak semua orang sama. Ada yang ada batu seperti saya, ada yang hanya berdarah hidung, ada yang gatal-gatal atau hidung berair sahaja.
Tanda-tanda sinus:
1. Kerap selesema
2. Bersin
3. Batuk
4. Hidung berair
5. Mata berair
6. Kerap gagal hidung
7. Gatal seluruh muka
8. Kurang penderangan
9. Kurang deria bau
10.Kurang deria rasa
11.Bau busuk di mulut atau hidung sendiri
12.Hidung berdarah
Setiap orang boleh buat pemeriksaan percuma di hospital berdekatan dan doktor akan mengajar kita cara mencuci hidung dengan betul.
Asalkan kita ikut cara yang betul memang resdung akan berkurangan. Tetapi resdung tidak akan hilang sebab kita tak kawal pemakanan.
Cara membersihkan hidung
Bagaimana cara mencuci hidung? Saya cuci hidung menggunakan air garam. Tetapi air garam yang saya buat sendiri agak pedih sedikit.
Lebih baik beli kit khas yang ada dijual di farmasi. Jangan gunakan air paip. Kalau nak guna, boleh tetapi kalau tersedak jangan menangis.
Cuci hidung di waktu pagi sekali, dan di waktu malam sekali.
Jika mengikut cara saya, ambil air garam, penuhkan picagari. Masukkan ke dalam hidung sambil picagari hadap ke tepi. Contoh, lubang hidung kanan, tapi picagari ke sebelah kiri.
Bagi saya, tiada guna ubat tradisional. Pergi dapatkan rawatan terus di hospital. Kalau wanita yang belum hamil, pihak hospital boleh buat x-ray, laser treatment dan sebagainya.
Buatlah pemeriksaan di hospital. Doktor akan masukkan batang besi kamera dalam lubang hidung. Sudah semestinya akan terasa sakit sedikit sebab berlaga dengan dinding hidung. Tetapi jika kita duduk diam, tak terkena pun.
Jadi, jagalah hidung anda. Buat pemeriksaan di hospital dan dapatkan rawatan segera sebelum ia menjadi lebih teruk.
Kredit: aliffchannel.com
Category: kisah viral

