Inilah 10 Berita Sensasi Sepanjang 2015, Berita Pilihan Paling Utama Tahun Ini Bakal Buat Anda TERKEJUT !!!

| December 28, 2015 | 0 Comments

Inilah 10 Berita Sensasi Sepanjang 2015, Berita Pilihan Paling Utama Tahun Ini Bakal Buat Anda TERKEJUT !!! Akhir tahun sudah menjelang dan Malaysiakini sekali lagi menyerahkan kepada pembaca untuk memutuskan apa yang mereka fikir berita yang paling penting dalam tahun 2015.

Sejumlah 1,140 pembaca mengambil bahagian dalam kajian tujuh hari itu, yang hanya dibuka kepada pelanggan berbayar.

Mereka mengundi memilih di antara 18 bahan berita yang disenaraikan oleh Malaysiakini dengan keutamaan pilihan 1 (paling rendah) hingga 10 (paling tinggi).

Tidak menghairankan, skandal ‘derma’ RM2.6 bilion yang dikaitkan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terpilih sebagai berita paling utama bagi tahun ini.

Menariknya, terpilih menduduki No 2 dan No 3 dalam senarai itu adalah berita mengenai masalah ekonomi negara - kejatuhan ringgit, dan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) (dan kenaikan seterusnya dalam kos sara hidup).

Berita mengenai kenaikan harga menduduki No 2 pada tahun lepas dan No 1 pada tahun 2013, yang menunjukkan bahawa isu ini telah menjadi satu kebimbangan yang tidak berkesudahan di kalangan rakyat Malaysia.

Perkara lain dalam senarai itu termasuk ‘kudeta’ Najib terhadap Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, dan BERSIH 4 serta perhimpunan baju merah pada 16 September.

Berikut adalah 10 berita utama dalam 2015 pilihan pembaca Malaysiakini.

  1. ‘Derma’ RM2.6 bilion dan dakwaan RM42 juta dari SRC dalam akaun bank PM

- 9,441 undi

  1. Kejatuhan nilai Ringgit ke paras terendah dalam tempoh 17 tahun.

- 8,356 undi

  1. GST dilaksanakan, kenaikan kos sara hidup

- 8,286 undi

  1. ‘Kudeta’ Najib terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tan Sri A Gani Patail

- 8,229 undi

  1. BERSIH 4 dan perhimpunan 16 September

- 8,153 undi

  1. Serbuan ke atas SPRM, cubaan untuk pindahkan pegawai penyiasat dalam siasatan terhadap 1MDB/SRC

- 8,105 undi

  1. Anwar dihukum penjara, buat kali kedua

- 7,618 undi

  1. Pembunuhan Kevin Morais, adik beradiknya bertelagah dan misteri pen drive.

- 7,434 undi

  1. Akta Majlis Keselamatan Negara dan Akta Pencegahan Keganasan (Pota)

- 7,324 undi

  1. Skandal hartanah MARA di Australia

- 6,954 undi

Manakala lapan lagi bahan berita yang turut disenaraikan untuk pilihan pembaca ialah:

  1. Pergaduhan di Plaza Low Yat

- 6,499 undi

  1. Perpecahan dalam PAS dan kemunculan AMANAH

- 6,204 undi

  1. Gempa bumi Sabah, 18 maut di Gunung Kinabalu

- 6,017 undi

  1. Pakatan Rakyat ‘berkubur’

- 5,947 undi

  1. Jerebu kembali, kali ini lebih lama daripada biasa

- 5,786 undi

  1. Rayuan terhadap kes pengunaan kalimah ‘Allah’ ditolak, protes terhadap salib di gereja di Taman Medan.

- 5,459 undi

  1. Tujuh kanak-kanak Orang Asli hilang, 5 ditemui mati

- 4,691 undi

  1. G Palanivel digulingkan dalam MIC

- 3,105 undi

Sumber : MalaysiaKini

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Informasi

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *