Mungkin Masuk PENJARA.. Inilah KATA-KATA Anwar Ibrahim Yang Buat Tun Mahathir TERHARU !!!
Mungkin Masuk PENJARA.. Inilah KATA-KATA Anwar Ibrahim Yang Buat Tun Mahathir TERHARU !!! | Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengenai isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan isu-isu korupsi yang lain berkenaan Perdana Menteri, lapor Astro Awani.
Dalam satu perutusan melalui peguamnya semalam, Anwar menyuarkan kebimbangannya setelah mendapat tahu Tun Dr Mahathir disoal siasat serta diambil keterangan oleh polis dan berkemungkinan besar bakal masuk ke dalam penjara.
“Saya sangat bimbang apabila mendapat tahu Dr Mahathir telah disiasat polis baru-baru ini. Beliau tidak melakukan sebarang jenayah apabila bertanyakan soalan dan menyuarakan kritikannya terhadap Najib mengenai krisis 1MDB dan isu-isu lain.
“Jika beginilah caranya layanan terhadap Dr Mahathir, hak demokrasi rakyat Malaysia dalam mempersoal dan mengkritik kerajaan berada di tahap yang sangat terancam,” katanya dalam kenyataan itu.
Tun Dr Mahathir semalam diambil keterangan oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman yang mana dari 30 soalan yang ditanya, hanya beberapa sahaja yang Tun Mahathir jawab, selebihnya Tun Mahathir berjanji akan jawab dalam mahkamah.
Anwar juga turut menyeru agar gangguan terhadap Dr Mahathir dan individu lain dihentikan kerana mereka hanya melakukan tugas mereka untuk menyuarakan kesilapan dan salah laku yang dilakukan oleh pemimpin kerajaan.
“Kerajaan seharusnya menjawab soalan yang diajukan yang turut menjadi tanda tanya oleh rakyat berbanding menyiasat Dr Mahathir,” katanya. Kredit Malaysiakini.
P.S. 1 - Kereta Alphard Ini Melanggar Seekor Lembu Di Melaka… Akibatnya Bakal MENGEJUTKAN Anda !!!
P.S. 2 - Jangan TERKEJUT Lihat Apa Yang Wanita Ini MAKAN Di Sebuah Restoran Mewah Di ICELAND !!!
P.S. 3 - Rahsia Mengejutkan Di Sebalik Kemegahan Masjid Hagia Sophia Di Istanbul.
P.S. 4 - Inilah Taman Neraka Yang Menginsafkan Pengunjungnya.
P.S. 5 - PERNAH TENGOK 5 GAMBAR PROTON JEBAT INI ? MEMANG MENGANCAM !!!
Category: Politik

