Fenomena PELIK Tornado Ikan Ni Buat Ramai Terkedu. SUBHANALLAH
Fenomena PELIK Tornado Ikan Ni Buat Ramai Terkedu. SUBHANALLAH | Seorang penyelam terkejut apabila bertemu dengan fenomena pelik tornado ikan yang selama ini hanya jadi buah mulut lagenda orang tempatan Mexico. Video penuh dan gambar-gambar ada dalam artikel. Subhanallah.
FENOMENA TORNADO IKAN
Video penuh ada di penghujung artikel. Seorang penyelam yang suka cabaran telah membuat selaman di sebuah tempat yang bernama Cabo Pulmo.
Buah mulut orang tempatan menyatakan kawasan temburu karang tersebut mempunyai lagenda pelik iaitu fenomena tornado ikan, namun sebab lama tidak orang nampak, maka ianya mungkin hanya rekaan semata.
Rezeki seorang penyelam, dia akhirnya berjaya temui fenomena tersebut dan paling best, sempat merakam fenomena tornado ikan di Cabo Pulmo ini. Allahu subhanallah.
Bayangkan, sekumpulan ribuan ekor ikan telah menghasilkan tornado versi ikan di Cabo Pulmo National Park, Mexico. Sungguh ohsemmm….!!!!
Fakta Taman Negara Cabo Pulmo
Taman Negara Cabo Pulmo adalah taman negara marin yang terletak di timur Semenanjung Mexico, meliputi kawasan antara Pulmo Point dan Los Frailes Cape, yang mempunyai panjang 100 kilometer.
Bahio Pulmo, tempat terkenal di Taman Negara tersebut merupakan antara tiga pusat utama kepada limbungan batu karang terbesar di pantai barat Benua Amerika dan usia batu karang dikatakan 20,000 tahun. Subhanallah.
Pada tahun 1995, tempat ini digazet sebagai taman negara marin Mexico dan pada tahun 2005 dinobatkan pulak sebagai UNESCO World Heritage Site dan terkini mendapat sijil Ramsar Wetland of International Importance pada tahun 2008.
Semoga kejadian unik ini menambah iman kita kepada Allah. Jangan lupa untuk SHARE artikel menarik ni ye. Terima kasih.
Video Penuh Fenomena Tornado Ikan Yang Menakjubkan. Subhanallah.
Sumber: Malaysiakubaru
Category: Pelancongan, Pelik

