Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Ribut Petir Telah Temukan Dengan Sungai Panas Menggelegak Ni. SUBHANALLAH.

| August 11, 2018 | 0 Comments

Subhanallah Siapa Sangka Wujudnya Sungai Panas Yang Menggelegak Macam Air Panas Mengalir. Tak Terfikir Dek Akal. Maha Suci Allah.

Ribut Petir Telah Temukan Dengan Sungai Panas Menggelegak Ni. SUBHANALLAH. | Ribut petir pelik menemukan seorang ahli geologi kepada sebuah sungai lagenda di tengah hutan yang dikatakan mengalirkan air panas menggelegak dan hasil kajiannya ada “sesuatu” lebih mengejutkan. Allahu tak sangka. Subhanallah.

MISTERI SUNGAI SHANYA TIMPISHKA YANG PELIK

Video Penuh Ada Di Penghujung Artikel. Akibat muncul ribut petir yang pelik, seorang ahli geologi yang menyelamatkan diri tergamam bila menemukan sebuah sungai lagenda pelik.

Di sungai Amazon, wujud sebatang sungai misteri yang diberi nama ‘Shanay-Timpishka’ oleh penduduk tempatan mengalir melalui hutan di Mayantuyacu, Peru, yang sangat berbeza berbanding sungai-sungai lain di dunia.

Sungai Shanay-Timpishka memiliki suhu antara 50 sehingga 90 darjah selsius dan pada sesetengah kawasan, suhu air sungai ini mampu mencapai takat didih 100 darjah!

Berdasarkan legenda kuno, kewujudan air panas itu disebabkan oleh seekor ular raksasa bernama Yacumama (ibu air).

Legenda itu dikukuhkan lagi dengan kewujudan sebongkah batu besar berbentuk seperti kepala ular yang terletak dibahagian hulu sungai.

Sebelum penemuan unik ini, ramai ahli geologi berpendapat perkara ini sangat mustahil bagi mendidihkan air sungai pada takat 100 darjah selsius, apatah lagi lokasi kedudukan sungai terletak sejauh 645 kilometer dari gunung berapi aktif yang paling dekat.

Bagaimana Sungai Shanay-Timpishka Ditemui?

Pada tahun 2011, seorang ahli geologi muda, Andres Ruzo, telah membuka mata dunia luar tentang kewujudan sungai Shanay-Timpishka.

Minat Andres untuk menjejaki sungai Shanay-Timpishka bermula sejak zaman kanak-kanak lagi.

Dia tertarik dengan kisah yang diceritakan oleh datuknya dahulu, tentang perjalanan penjajah Sepanyol yang ingin mencari emas di kawasan hutan Amazon.

Sejak itu, Andres mula mengumpul maklumat mengenai sungai misteri yang pelik Shanay-Timpishka, namun masih tidak memadai kerana tiada maklumat yang benar-benar lengkap untuk menjejak sungai tersebut.

Bagaimanapun, satu perbincangan secara tidak sengaja telah memecahkan misteri kewujudan sungai Shanay-Timpishka melalui seorang ibu saudaranya yang mengaku pernah ke sungai itu suatu ketika dahulu.

Melalui cerita lisan ibu saudaranya itu, Andres akhirnya berjaya menjejakkan kaki ke tempat yang selama ini ingin dikunjunginya.

Selepas menjalankan penyelidikan dan kajian, Andres telah menulis sebuah buku berjudul The Boiling River: Adventure and Disovery In The Amazon, untuk berkongsi pengalaman sepanjang berada di sungai Shanay-Timpishka.

Menurut Andres, ia satu pengalaman baru yang tidak boleh dilupakan sampai bila-bila.

Secara berseloroh, Andres membayangkan dia seperti berada di sauna atau ketuhar dan ketika menguji tahap kepanasan air, sungai Shanay-Timpishka berada pada takat suhu panas.

Hasil Kajian Saintis Punca Air Sungai Mendidih?

Air sungai Shanay-Timpishka yang bersuhu tinggi ini juga bebas daripada sebarang unsur berbahaya.

Malah, penduduk ditepi sungai Shanay-Timpishka menggunakan air sungai ini untuk memasak, membancuh teh dan sebagai perubatan.

Tentunya ramai yang tertanya-tanya apakah punca yang menyebabkan air sungai ini bersuhu tinggi?

Fakta yang ditemui menunjukkan faktor penyebab mengapa sungai ini panas masih belum diketahui.

Teori yang dibuat menyatakan, keadaan ini mungkin terjadi disebabkan oleh aktiviti sesar atau zon rekahan pada batuan yang telah mengalami pergeseran pada kerak bumi.

Sebagai contoh, konsep aliran darah yang mengalir ke bahagian pembuluh darah. Sama juga seperti Bumi yang mempunyai air panas mengalir di elah-celah kerak bumi.

Apabila aliran air panas ini muncul ke permukaan bumi, ia akan menghasilkan mata air panas yang jika terhasil dengan banyak, akan membentuk sebatang sungai seperti yang kita boleh lihat hari ini.

Selain untuk menjalankan kajian, Andres mengakui ini juga sebagai usaha untuk melindungi khazanah berharga sungai Shanay-Timpishka dari industri pelancongan yang akan memusnahkan.

Jika tidak dihebahkan, tidak mustahil suatu masa nanti kawasan ini akan terancam akibat pembalakan dan aktiviti pembangunan yang boleh menyebabkan misteri sungai Shanay-Timpishka lenyap selamanya.

Subhanallah siapa sangka ada banyak fenomena pelik yang ada di seluruh dunia bukti kekuasaan Allah. Semoga pembacaan ini dapat menambahkan iman kita insyaAllah. Jangan lupa tekan SHARE artikel menarik ni ye. Terima kasih.

Video PENUH Sungai Panas Mengelegak Mengalir Di Tengah Hutan. Subhanallah.

Sumber : Malaysiakubaru

Loading...

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , , , ,

Category: Pelancongan, Pelik

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *