1MDB. Wartawan Dedah Surat RAHSIA Putera Arab Saudi Kepada PM Najib Yang Buat Ramai TERPANA !!!

| March 30, 2016 | 0 Comments

1MDB. Wartawan Dedah Surat RAHSIA Putera Arab Saudi Kepada PM Najib Yang Buat Ramai TERPANA !!! | Seorang putera Arab Saudi memberikan AS$375 juta (atau RM1.5 Billion) kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk dibelanjakan mengikut pertimbangannya sendiri, menurut surat dikatakan daripada Puteri Saud Abdulaziz Majid.

Surat bertarikh 1 November 2011 itu menyebut “hadiah” itu diberikan sebagai penghargaan terhadap kerja-kerja dilakukannya dalam “mentadbir Malaysia berdasarkan prinsip-prinsip Islam”.

Surat itu juga membangkitkan cadangan Najib membentuk Pergerakan Kesederhanaan Global bagi menangani isu keganasan antarabangsa.

“Kamu diberikan budi bicara penuh untuk menentukan bagaimana hadiah ini patut digunakan dan saya yakin tindakan kamu akan terus mempromosikan Islam supaya terus berkembang,” menurut surat itu.

Surat itu juga menyebut pemberian itu sebagai cara putera itu menyumbang ke arah perkembangan Islam di seluruh dunia.

Surat dikatakan daripada Puteri Saud Abdul Aziz Majid itu disiarkan semula oleh Australian Broadcasting Corporation (ABC).

Malaysiakini sedang cuba menghubungi Pejabat Perdana Menteri dan kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur bagi mendapatkan ulasan mereka. KREDIT MALAYSIAKINI.

UPDATE. LAGI PENDEDAHAN OLEH WARTAWAN ABC DARI AUSTRALIA.

Jutaan ringgit dari akaun Ambank yang kononnya dimiliki oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dibelanjakan untuk pembelian barangan kemas, percutian, kereta mewah dan kempen politik.

Demikian menurut Australian Broadcasting Corporation (ABC) dalam laporannya yang memperincikan transaksi akaun di Ambank di bawah kod nama “Mr X” yang dakwanya milik perdana menteri.

Rekod perbankan itu diperolehi oleh wartawan Four Corners, ABC tetapi laporan berkenaan tidak mendedahkan sumber rekod berkenaan.

Perbelanjaan termasuk:

Barangan kemas - RM3.2 juta (dibayar menggunakan kad kredit Platinum Mastercard dan Visa)
Kempen politik - RM24 juta untuk Shine Solar Sdn Bhd, sebuah syarikat yang dikaitkan dengan NGO 1Malaysia bagi mengadakan kempen untuk BN
Bayaran bagi media dan pengiklanan - jumlah tidak didedahkan
Bayaran untuk Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Demokratik Liberal (LDP) - jumlah tidak didedahkan
Yayasan Rahah - RM7.5 juta (Yayasan itu dan Najib pernah sekali mendermakan lembu untuk dikorbankan kepada polis Selangor sempena Aidiladha)
Penginapan Hotel - RM395,782.40 di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur
Beli-belah - RM360,000 dengan peruncit kain Jakel Trading
Percutian - RM178,000 kepada agensi pelancongan Two One Holidays Malaysia
Kereta mewah - RM167, 959,50 untuk kereta mewah daripada Signature Exotic Cars
Ahli perniagaan, akademik dan peguam - jumlah tidak ditentukan

Malaysiakini sudah menghubungi Pejabat Perdana Menteri dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk mendapatkan reaksi mereka. KREDIT MALAYSIAKINI.

P.S. 1 - TERKINI… Ustaz Terkenal Tanahair KANTOI Menyumpah Orang Ramai !!!
P.S. 2 - Jangan TERKEJUT Lihat Apa Yang Wanita Ini MAKAN Di Sebuah Restoran Mewah Di ‪‎ICELAND‬ !!!‬
P.S. 3 - Rahsia Mengejutkan Di Sebalik Kemegahan Masjid Hagia Sophia Di Istanbul.
P.S. 4 - Inilah Taman Neraka Yang Menginsafkan Pengunjungnya.
P.S. 5 - PERNAH TENGOK 5 GAMBAR PROTON JEBAT INI ? MEMANG MENGANCAM !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , ,

Category: Politik

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *