Hanya Kerana Anugerah Datuk Paduka Mahkota Melaka Diterimanya, Abdul Rani Kulup ‘DIANGKUT’ Ke Balai !!!
Hanya Kerana Anugerah Datuk Paduka Mahkota Melaka Diterimanya, Abdul Rani Kulup ‘DIANGKUT’ Ke Balai !!! GOMBAK - Raja Repot, Abdul Rani Kulup Abdullah ternyata tidak kebal daripada tindakan undang-undang apabila beliau sendiri ‘diangkut’ pihak polis kerana anugerah Datuk Paduka Mahkota Melaka yang diterimanya, baru-baru ini.
Abdul Rani atau lebih dikenali sebagai ‘ayahanda’ pada mulanya mahu memberi keterangan kepada Polis Melaka Tengah di sebuah restoran mamak di sini, bagaimanapun dibawa ke Balai Polis Gombak.
Beliau yang dibawa menaiki sebuah kenderaan polis jenis Proton Preve berwarna perak diiringi sebuah lagi kenderaan sama dari Polis Melaka Tengah ke balai polis terbabit.
Sebelum ini, Abdul Rani menerima anugerah membawa gelaran Datuk Paduka Mahkota Melaka daripada Raja Noor Jan Shah Tuah yang mengakui dirinya Sultan Melaka.
Bagaimanapun, majlis penganugerahan pingat itu dianggap tidak diiktiraf dan kini disiasat di bawah Akta Hasutan kerana ia didakwa diberikan oleh pewaris takhta negeri itu.
Isu Noor Jan kembali hangat apabila majlis penganugerahan itu melibatkan beberapa individu yang kerap mendapat perhatian dan menjadi viral di media sosial termasuk Abdul Rani.
Noor Jan pernah ditahan polis bagi membantu siasatan bawah akta sama, selepas mengadakan majlis penganugerahan pingat, bintang dan darjah kebesaran yang tidak diiktiraf.
Sumber : SinarHarian
P.S. 1 - “PANAS” Nukilan ‘Berani Mati’ Datin Ini Buat Najib Dan Pak Menteri PANAS TELINGA !!!
P.S. 2 - Inilah Rumah Mewah Bernilai RM20 Juta Serta Koleksi Kereta Milik Datuk Seri Vida Buat Anda TERUJA !!!
P.S. 3 - Luahan Wanita Ini Selepas Gajinya Dipotong PTPTN, Sangat MELAMPAU !!!
P.S. 4 - Sultan JOHOR Menyokong Tun Mahathir Secara Terbuka, Johor dikecualikan GST. Daulat Tuanku !!!
P.S. 5 - Inilah Punca Sebenar Anak Penjual Pisang “NAIK MINYAK” Yang Ramai Tak Tahu !!!
Category: Informasi

