Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Isu Guru Wanita Tahfiz. Ini Komen Ayah Mangsa Buat Ramai Terkedu

| September 3, 2018 | 0 Comments

Isu Guru Wanita Tahfiz. Ini Komen Ayah Mangsa Buat Ramai Terkedu | Baru ni Malaysia gempar dengan tindakan guru wanita tahfiz terhadap anak muridnya. Dan terkini komen ayah mangsa buat ramai terkedu. Tak sangka.

BAPA MANGSA TAHU SEBELUM KLIP VIDEO TULAR

Bapa murid tahfiz yang dicucuh api serta diugut dipotong kemaluannya oleh seorang guru tahfiz wanita mengakui dimaklumkan mengenai insiden itu oleh pengusaha tahfiz tersebut sebelum klip video mengenainya tular.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang Zulkhari Zainol Abidin berkata perkara tersebut didedahkan dalam temu bual di antara Pegawai Pelindung JKM dan bapa kandung serta kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun terbabit.

“Dalam pertemuan itu, bapa kepada kanak-kanak terbabit memaklumkan telah menghantar anaknya ke pusat tahfiz berkenaan bermula Julai lalu.

“Beliau juga ada dimaklumkan oleh pengusaha tahfiz yang mesra dengan panggilan ummi dan walid berkaitan cubaan untuk menggunting kemaluan, menyalakan api serta merotan kanak-kanak di tapak tangan dan kaki,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zulkhairi berkata bapa kanak-kanak itu bagaimanapun tidak marah dengan tindakan pengusaha terbabit sekiranya niat hanya untuk mendidik selagi tidak mencederakan atau memudaratkan kanak-kanak tersebut.

Katanya, bapa kanak-kanak itu juga berpuas hati dengan ilmu yang diajar oleh pusat tahfiz tersebut yang dilihat telah membantu anaknya bersolat sendiri, mengambil wuduk dengan cara yang betul selain sihat tubuh badan.

Menurutnya, JKM akan membuat seliaan dan pemantauan kes berkenaan selain turut memantau kanak-kanak lain yang berada di pusat tahfiz tersebut.

Sabtu lepas, polis telah menahan dua guru tahfiz pusat berkenaan selepas menerima laporan daripada bapa kanak-kanak terbabit selepas tular di media sosial mengenai tindakan mencucuh api dan mengugut untuk memotong kemaluan anak lelakinya yang berusia lapan tahun.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Noor Yusof Ali berkata kedua-duanya yang berusia 43 dan 42 tahun serta dipanggil ummi dan walid tersebut ditahan 10 malam Sabtu di Kampung Selamat di sini.

Menurut Mohd Noor, klip video berdurasi satu minit 19 saat itu memaparkan guru tersebut menarik kemaluan anak pengadu sebelum diancam untuk dipotong dengan sebilah gunting pemotong rumput serta dicucuh pemetik api.

Malah, dua lagi klip video masing-masing berdurasi 25 saat dan 56 saat, turut memaparkan mangsa dipukul dengan rotan oleh guru wanita dan lelaki tersebut kerana didakwa mencuri makanan. (Sumber: Malaysiakini)

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , ,

Category: Berita Semasa

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *