Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Pemain Perancis Dembele Derma Duit Menang Piala Dunia Bina Masjid. Subhanallah.

| September 1, 2018 | 0 Comments

Pemain Perancis Dembele Derma Duit Menang Piala Dunia Bina Masjid. Subhanallah. | Pemain Perancis yang lincah, Ousmane Dembele mengejutkan dunia apabila derma semua duit dan elaun kemenangan yang diperolehinya menang Piala Dunia untuk bina masjid. Subhanallah. MasyaAllah. Umat Islam Perlukan Ramai Orang Jutawan Dan Kaya Seperti Pemain Bola Hebat Ini. Alhamdulillah.

BINA MASJID DI MAURITANIA

Selepas bersama-sama rakan sepasukannya memastikan kejuaraan Piala Dunia 2018 milik Perancis, pemain tengah Ousmane Dembele mendermakan pendapatan yang diperoleh dari persembahannya di Rusia untuk membina masjid.

Masjid berkenaan akan dibina di tanah kelahiran ibunya di Mauritania. Mauritania yang juga dikenali sebagai Rebublik Islam Mauritania mempunyai populasi 4 juta warga dan mendapat kemerdekaan daripada Perancis pada 1960.

Dalam saingan Piala Dunia di Rusia, pemain berumur 21 tahun yang juga mempunyai kacukan Afrika dari ayahnya itu beraksi untuk Perancis ketika menentang Australia, Peru dan Denmark.

Dembele memulakan aksi di peringkat profesional dengan bermain untuk Rennes. Pada 2016, kelab Jerman Borussia Dortmund menghidu bakatnya dan seterusnya menarik Dembele mewakili pasukan itu.

Hanya setahun selepas itu, Dembele menyertai bintang bola sepak lain untuk bermain bagi kelab gergasi Sepanyol, Barcelona.

Dembele merupakan salah seorang daripada 15 pemain Perancis yang mempunyai kacukan Afrika.

Selain Dembele, rakan sepasukannya Kylian Mbappe turut mendapat pujian ramai pihak apabila mendermakan pendapatannya dalam Piala Dunia kepada organisasi kebajikan yang menjaga kanak-kanak kurang upaya.

Skill Bola Dembele 1

Perancis meraih semula kejuaraan Piala Dunia selepas menewaskan Croatia 4-2. Kemenangan itu hadir 20 tahun sejak kali terakhir memenanginya pada 1998.

Selain membawa pulang trofi seberat 6,175 kg yang diperbuat dari emas 18 karat yang dianggarkan bernilai AS$20 juta, Perancis juga akan menerima AS$38 juta daripada FIFA.

Presiden Federasi Perancis, Noël Le Graët, berkata anak buahnya akan meneril 30 peratus daripada jumlah kerseluruhan yang mereka dapat.

Setiap pemain pula akan mendapat bonus AS$330,000 kerana berjaya ke peringkat akhir. Jumlah itu belum termasuk bayaran yang diterima untuk setiap perlawanan. (Sumber: Malaysiakini)

Skill Bola Dembele 2

SPRM TAHAN PEGAWAI KANAN BTN BUAT TUNTUTAN PALSU RM600,000

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri Sarawak telah menahan lima individu, termasuk dua pegawai kanan Biro Tatanegara (BTN) kerana disyaki membuat tuntutan palsu melibatkan wang berjumlah kira-kira RM600,000, hari ini.

Kesemua suspek, tiga lelaki dan dua wanita berusia antara 34 hingga 55 tahun, ditahan kira-kira 4.30 petang di pejabat SPRM Sarawak ketika hadir untuk memberi keterangan.

Tiga daripada individu terbabit pernah berkhidmat di BTN Sarawak namun kini berpindah ke jabatan lain serta bersara.

Menurut sumber, mereka dipercayai bersubahat dengan 43 buah syarikat di seluruh Sarawak dengan mengemukakan dokumen yang mengandungi butiran palsu untuk membuat tuntutan pembayaran kerja.

Katanya, jumlah tuntutan bagi satu-satu kerja bernilai antara RM2,000 hingga RM6,000.

Tambah sumber, kesemua pembayaran dibuat ke beberapa akaun pemilik syarikat pada tahun 2016 dan kelima-lima suspek dipercayai mengambil keuntungan daripada setiap syarikat yang pilih oleh mereka.

“Siasatan juga mendapati kira-kira 70 peratus perkhidmatan atau pembekalan yang telah dilakukan oleh syarikat-syarikat terbabit kepada pihak BTN adalah tidak wujud atau tidak dilaksanakan dalam tempoh tersebut,” ujarnya.

Difahamkan, kelima-lima suspek yang mempunyai kawalan ke atas akaun BTN telah menggunakan wang tersebut untuk kegunaan peribadi.

Pengarah SPRM Sarawak Razim Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata pihak SPRM Sarawak kini dalam proses mendapatkan dokumen-dokumen berhubung pembayaran yang dibuat itu.

Katanya, kelima-lima suspek ditangkap bagi membantu siasatan awal mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Kesemua suspek dijangka direman di Mahkamah Majistret Kuching esok. (Sumber: Malaysiakini)

Loading...

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Dunia, Sukan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *