Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Bilik Radioterapi SERAM. Apa Yang Pesakit Bagitau Kat Doktor Buat Bulu Roma Terus MEREMANG

| August 28, 2018 | 0 Comments

Bilik Radioterapi SERAM. Apa Yang Pesakit Bagitau Kat Doktor Buat Bulu Roma Terus MEREMANG | Ketika rawatan radioterapi diberikan, hanya pesakit sahaja yang berada dalam bilik tersebut. Tetapi pesakit bagitau ada “doktor” berbual dengan dia ketika rawatan. Bila buat siasatan, alangkah terkejutnya staf hospital bila tau rupa-rupanya.. Jom baca dan kongsikan kisah Mohd Faizi Jailani (LINK).

BUAT RAWATAN RADIOTERAPI PESAKIT

Kisah berlaku sekitar tahun 2013. Saya dan rakan JXRT merawat seorang pesakit barah payudara. Seorang wanita berusia 50-an. Rawatan susulan entah kali ke berapa.

Tapi yang pasti, bukan kali pertama.

Aksesori diletak di atas meja rawatan. Pesakit yang telah siap memakai gaun hospital, dipanggil masuk dan berbaring. Lampu ditutup. Gelap.

Laser dan lampu bidang rawatan mesin dibuka.

Kami pun mula memposisikan pesakit. Setelah memastikan kedudukan pesakit betul dan selesa, kami memeriksa kawasan rawatan.

“Cantik! Semua tepat.” Kata rakan JXRT yang bertugas bersama saya waktu itu. Lampu bilik dibuka. Terang.

PESAKIT DIBIAR KESEORANGAN DALAM BILIK

“Baiklah makcik. Kami akan mulakan rawatan. Makcik jangan bergerak ya. Kalau ada apa-apa masalah, makcik boleh angkat tangan. Kami akan tengok makcik dari CCTV.”

Saya berpesan kepada pesakit. Kami pun mula berjalan keluar dari bilik rawatan.

Hanya pesakit yang akan berada di dalam bilik rawatan semasa radioterapi diberikan.

JXRT akan keluar dan menekan butang “Beam On”. Pesakit akan dimonitor di kamera litar tertutup.

SIAPAKAH “TEMAN” MAKCIK TU?

“Eh, anak!” Jerit pesakit.

“Kenapa tinggalkan makcik sorang-sorang? Selama ni elok je teman makcik berbual.” Beliau menyambung kata-kata.

Kami memandang muka sesama sendiri. Kelu tak terkata.

Tidak pernah ada protokol menyatakan bahawa ada peneman sewaktu rawatan diberi.

“Kami sudah tidak boleh teman makcik lagi. Kami tidak cukup staf dekat kaunter.” Saya cuba memberi alasan yang paling munasabah yang terlintas ketika itu.

Kami keluar dari bilik dan mulakan proses rawatan seperti biasa. Sepanjang hari kami berfikir. Siapa yang jadi teman pendamping pesakit dalam bilik rawatan?

Adakah ‘teman’ kami itu memang sentiasa menemani kami?

Sumber : Mohd Faizi Jailani (LINK)
Juru X-ray Radioterapi, bukan pendamping

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Seram

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *