Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Peraturan PELIK Di Zimbabwe Ni Buat Ramai Wanita Meninggal. Puncanya Sangat Menyedihkan

| August 26, 2018 | 0 Comments

Peraturan PELIK Di Zimbabwe Ni Buat Ramai Wanita Meninggal. Puncanya Sangat Menyedihkan | Siapa sangka peraturan pelik di Zimbabwe ni buat ramai wanita meninggal dunia. Puncanya sangat menyedihkan. Allahu tak sangka. Syukur kita lahir di Malaysia.

IBU BERSALIN DIKENA DENDA USD5 JIKA JERIT SEKALI

Jika dibandingkan dengan negara Zimbabwe, ibu-ibu yang melahirkan anak di di sini amatlah beruntung.

Di salah satu negara termiskin di Afrika itu, ibu yang melahirkan anak di hospital akan didenda US $5 (RM20) setiap kali menjerit.

Di negara ini, korupsi yang terjadi sudah menjadi begitu sistemik.

Sebuah laporan yang ditulis Transparency International menyatakan bahawa 62 peratus penduduk Zimbabwe mengaku sudah membayar rasuah dalam waktu 1 tahun terakhir.

Di Zimbabwe, pendapatan tahunan rata-rata setiap orang adalah sekitar US $ 150 . Jika hospital mengenakan bayaran bersalinan sebanyak US $ 50, ertinya ibu yang menjerit beberapa kali selama ketika hendah bersalin akan berhutang separuh daripada pendapatan tahunannya setelah melahirkan bayinya.

Ironinya, sebanyak 95 peratus penduduk negara ini adalah penganggur dan kemiskinan berleluasa. Menurut Transparency International, ibu yang melahirkan anak tidak mampu membayar terkadang ditahan di hospital dan dikenakan bayaran sehingga boleh ditebus oleh keluarganya.

Akibatnya, banyak ibu-ibu di Zimbabwe memilih melahirkan anak di rumah kerana tidak mampu membayar kos. Laporan PBB menjelaskan bahawa rata-rata, ada 8 ibu meninggal ketika melahirkan anak setiap hari di Zimbabwe.

Allahu. Syukur sangat-sangat yang kita lahir di Malaysia, negara aman dan harmoni. Alhamdulillah. Jangan lupa SHARE untuk rasa syukur kita.

Sumber: Dairishare

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , ,

Category: Dunia

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *