Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Mak Ayah TERDUDUK. Bayi Mati 7 Tahun Dahulu Tiba-Tiba Dikatakan Masih HIDUP

| August 26, 2018 | 0 Comments

Mak Ayah TERDUDUK. Bayi Mati 7 Tahun Dahulu Tiba-Tiba Dikatakan Masih HIDUP | Sepasang mak ayah jatuh terduduk dalam kejutan bila diberitahu hospital bayi mereka yang meninggal dunia 7 tahun dahulu sebenarnya masih hidup. Mengejutkan lagi bila tau kisah hidup anak tersebut selama 7 tahun “yatim piatu”. Allahu.

TERKEJUT BAYI MENINGGAL 7 TAHUN DAHULU SEBENARNYA MASIH HIDUP

Sepasang suami isteri terkejut besar selepas menerima berita bahawa anak mereka yang disahkan meninggal dunia tujuh tahun lalu sebenarnya masih hidup.

Pada 2011, doktor memberi tempoh sehingga seminggu untuk hidup kepada bayi yang baru lahir itu ekoran sakit tenat.

Pasangan dari Volgograd, Rusia itu kemudian dimaklumkan anak mereka telah meninggal dunia.

Namun, tujuh tahun kemudian, mereka dikejutkan dengan penemuan bahawa, anak mereka sebenarnya masih hidup gara-gara kekeliruan pentadbiran di pihak hospital.

Namun pasangan itu hanya dapat tahu tentang berita berkenaan selepas pegawai mahkamah menuntut bayaran £3,000 (RM14,408) untuk kos penjagaan kanak-kanak itu bagi pihak rumah anak yatim.

Apabila pegawai berkenaan menunjukkan dokumen mengesahkan anak itu masih hidup dan tinggal di rumah anak yatim, si ibu terus pengsan.

Kanak-kanak itu dilaporkan secara sah bersatu semula dengan ibu bapanya awal tahun ini.

Namun tidak diketahui sama ada pasangan itu merancang mengambil tindakan undang-undang terhadap hospital berkenaan atas kesilapan dilakukan. (Sumber: Astro Awani)

BAYI TAK BERHENTI MENANGIS DICUBIT PENGASUH SAMPAI LEBAM

Gara-gara geram bayi asuhannya tidak berhenti menangis, seorang pengasuh bertindak mencubit bayi berusia 10 bulan dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Seri Serdang, Kepala Batas, Pulau Pinang semalam.

Ketika kejadian, anak lelaki wanita itu yang berusia empat tahun dipercayai melihat perbuatan dera ibunya itu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor memaklumkan pihaknya menerima laporan pada pukul 2.30 petang daripada ibu mangsa yang mendapati tubuh kesan lebam dipercayai didera pengasuh pada tubuh anaknya.

Noorzainy berkata, menurut ibu bayi itu, dia menghantar anaknya ke rumah pengasuh berkenaan pada jam 7 pagi dalam keadaan baik sebelum pergi bekerja.

Bagaimamapun kira -kira jam 10 pagi dia telah menerima pesanan Whatsapp dari pengasuh yang memaklumkan terdapat kesan lebam ditubuh anaknya.

“Berikutan itu, ibu bayi berkenaan telah membawa anaknya ke Hospital Kepala Batas untuk pemeriksaan lanjut.

“Hasil pemeriksaan oleh Pegawai Kesihatan mengesahkan banyak kesan lebam kemerahan di dada dan kebiruan di perut bayi berkenaan dipercayai dicubit,” katanya.

Tambah Noorzainy, pihaknya kemudian menahan suspek di rumahnya petang semalam.

“Siasatan awal mendapati pengasuh wanita berusia 33 tahun itu mengaku mencubit bayi berkenaan kerana geram apabila bayi malang tersebut tidak berhenti menangis,” katanya.

Suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001. (Sumber: Astro Awani)

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , ,

Category: Pelik

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *