Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

SERAM. Ibu Dah Meninggal Dunia 10 Hari Tiba-Tiba Lahirkan Bayi. Pakar Dedah Punca.

| August 25, 2018 | 0 Comments

SERAM. Ibu Dah Meninggal Dunia 10 Hari Tiba-Tiba Lahirkan Bayi. Pakar Dedah Punca. | Sedang penduduk hendak kebumikan jenazah seorang ibu yang dah meninggal dunia 10 hari, tiba-tiba terkeluar seorang bayi. Peristiwa tersebut buat ramai seram bila pakar dedah punca yang lebih mengejutkan. Allahu.

BAYI TERKELUAR DARI MAYAT IBU

Ngeri ketika membaca berita ini. Seorang bayi lahir mati (still birth) telah keluar dari jasad ibunya yang sudah meninggal dunia 10 hari lalu dan sedang menunggu di rumah urus mayat untuk dikebumikan!

Ibu yang meninggal dunia dengan tiba-tiba selepas mengadu kesesakan nafas itu, bernama Nomveliso Nomasonto Mdoyi dan berumur 33 tahun. Dia berasal dari sebuah kampung bernama Mthayisi di Africa selatan.

Jenazah ibu kepada 5 orang anak itu telah dihantar ke rumah urus mayat. Tapi pada hari sebelum perkebumiannya, kakitangan bertugas mendapati ada bayi yang sudah maut dalam kandungan terkeluar di antara kedua-dua kaki jenazah ibu itu.

Menurut pakar, kelonggaran otot selepas seseorang itu meninggal serta pengumpulan bakteria dan gas dalam jenazah adalah sebab yang paling logik mengapa bayi dalam kandungan itu “dilahirkan” semula dan terkeluar.

Pengarah rumah urus mayat Lindokuhle Makalana berkata:

“Pada masa itu kami baru mahu mengalih jenazah dari peti mayat ke dalam keranda. Tiba-tiba, kami mendapati ada bayi baru lahir di antara kaki wanita itu!

Bayi itu juga sudah mati. Kami semua sangat terkejut dan takut sehingga tidak melihat jika bayi itu bayi lelaki atau bayi perempuan.

Saya telah mengurus mayat lebih dari 2o tahun dan saya tidak pernah dengar kisah wanita mati yang melahirkan anak.“

Keluarga Nomveliso Nomasonto Mdoyi menerima tamparan baru

Keluarga Nomveliso terpaksa menerima kesedihan baru terutamanya ibu Nomveliso apabila mendapat berita tentang bayi lahir mati tersebut.

Mereka juga telah dikutuk melibatkan ilmu sihir akibat peristiwa ini.

“Saya sangat sedih selepas kematian anak perempuan saya dan sekarang saya terpaksa menerima berita dia telah melahirkan anak selepas dia telah meninggal pula,” kata ibu Nomveliso.

Mereka kemudian telah mengadakan upacara pengebumian dan pembakaran mayat ibu dan anak seperti yang dirancang.

Kita kurang pasti sama ada doktor itu tahu Nomveliso sedang hamil dan jika bayi lahir mati itu dapat diselamatkan jika doktor telah memberikan rawatan yang berbeza ketika ibu itu jatuh sakit.

Kami cuma boleh mengucapkan takziah kepada keluarga Nomveliso yang terpaksa kehilangan isteri, anak perempuan dan cucu pada masa yang sama.

Sumber: Malaysiakubaru via Dailymail via Asian Parent

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Pelik

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *