Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Ini Analisa POWER Najib Tentang Sokongan Orang Melayu Ketika PRU14

| August 23, 2018 | 0 Comments

Ini Analisa POWER Najib Tentang Sokongan Orang Melayu Ketika PRU14 | Bila ada banyak masa lapang ni, terkini bekas PM buat analisa power tentang hakikat sokongan orang Melayu ketika PRU14 ari tu. Mengejutkan jugak.

NAJIB – KALAH BUKAN SEBAB TSUNAMI MELAYU

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menolak dakwaan bahawa perubahan sokongan orang Melayu atau disebut sebagai “tsunami Melayu” menjadi punca BN tumbang pada pilihan raya umum ke-14, baru-baru ini.

Sebaliknya, beliau berkata BN kalah kerana orang Melayu berpecah.

“Bukan sangat tsunami pengundi Melayu,… tetapi kerana undi orang Melayu pecah dan itu menyebabkan sebuah parti kecil berjaya menguasai kerajaan,” katanya kepada portal Free Malaysia Today dalam temu bual yang disiarkan hari ini.

Malaysia menyaksikan perubahan dalam kerajaan persekutuan buat kali pertama pada pilihan raya 9 Mei lalu. BN tumbang apabila hanya menguasai 79 kerusi parlimen berbanding 133 sebelum ini.

Susulan kejayaan itu, pentadbiran baru Pakatan Harapan melantik Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri walaupun partinya, BERSATU hanya memenangi 10 peratus daripada kerusi Parlimen.

Umno menguasai kira-kira 21 peratus daripada jumlah undi dan memperoleh 24.32 peratus jumlah kerusi manakala PAS menguasai 16.6 undi popular dan memperoleh 8.11 peratus kerusi.

Mengenai keputusannya untuk mendekati PAS, Najib berkata tindakan itu adalah taktik politik yang mengambil kira peningkatan konservatisme dalam kalangan orang Melayu di negara ini.

“Umno sebagai parti orang Melayu perlu bertindak sesuai dengan sifat spektrum politik yang dihadapinya,” katanya.

Walau bagaimanapun, katanya Umno semasa di bawah kepimpinannya kekal sederhana maka mereka boleh memilih bila parti itu mahu mendekati PAS.

“Saya memimpin dan memandu Umno sebagai sebuah parti pertengahan, moderat dan progresif dengan dasar yang inovatif dan berani.

“Walau bagaimanapun, hubungan lebih rapat dengan PAS tidak akan mengubah jati diri Umno sebagai sebuah parti moderat dan progresif,” katanya.

Walaupun pemimpin Umno dan PAS sering muncul di pentas yang sama sebelum PRU14, namun kedua-dua parti bertanding melawan satu sama lain semasa pilihan raya lalu. Keputusan banyak memihak kepada Umno kecuali di Terengganu dan Kelantan. (Sumber: Malaysiakini)

DR MAZA – AWAS PENCURI DAGING KORBAN

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengingatkan umat Islam yang melaksanakan ibadat korban supaya berlaku amanah dan jujur dalam melakukan ibadat itu bertepatan dengan syariat Islam sebenar.

Menulis di Facebook, katanya, sikap umat zaman ini yang tidak jujur dalam kehidupan seharian mereka sehingga terbawa ke dalam perkara ibadat.

“Antara dosa yang sering berlaku semasa pengurusan korban ialah mencuri daging korban ataupun bahagian korban. Ini berlaku apabila ada pihak yang mengambil daging korban atau bahagian dari binatang korban tanpa terlebih dahulu meminta izin dari empunya korban.

“Biasanya hal ini dilakukan oleh penyembelih, pelapah dan mereka yang terlibat dengan proses pengurusan penyembelihan.

“Tanpa terlebih dahulu meminta izin dari individu yang melakukan ibadah korban itu, mereka mengambil bahagian korban yang mereka sukai. Ini terutama bahagian-bahagian yang menarik untuk mereka,” katanya.

Mohd Asri berkata, umat kini dilihat turut melanggar beberapa syariat lain apabila turut memberikan daging korban kepada tukang sembelihan binatang korban.

“Larangan memberikan daging atau selainnya sebagai upah kerja kepada penyembelih adalah termaktub dalam hadis-hadis yang sahih.

“Mereka wajib tahu bahawa tidak boleh untuk mereka mengambil daging korban atas dasar upah kerja mereka. Mereka hanya boleh menerima upah berbentuk wang atau apa sahaja selain bahagian korban yang mereka terlibat,” katanya.

Namun kata mufti Perlis itu, pemberian kepada penyembelih dan pelapah dari bahagian korban dibolehkan sekiranya ia diberikan bukan di atas dasar upah.

“Perkara ini dapat diukur dengan diandaikan sekiranya penyembelih atau pelapah tidak melakukan kerja-kerja tersebut pun sememangnya bahagian tersebut ingin diberikan kepadanya.

“Hendaklah diingatkan bahawa mereka seperti mana orang lain, hanya boleh perolehinya jika diberikan oleh tuan empunya korban dengan hati yang redha, bukan dengan mereka pandai-pandai mengambilnya,” katanya. (Sumber: Malaysiakini)

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , ,

Category: Berita Semasa

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *