Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

MCA Kata Lawatan China Tun Mahathir GAGAL Kerana…

| August 22, 2018 | 0 Comments

MCA Kata Lawatan China Tun Mahathir GAGAL Kerana… | Wee Ka Siong dari MCA kata lawatan China Tun Mahathir baru ni gagal kerana…. Korang baca la sendiri. Mengejutkan.

GAGAL KERANA TIDAK TERUSKAN ECRL DAN TSGP?

MCA percaya lawatan rasmi Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ke China telah gagal, menurut Timbalan Presiden parti itu, Datuk Seri Wee Ka Siong.

Wee mendakwa Dr Mahathir gagal mencapai matlamat kunjungan itu, termasuklah merundingkan untuk menurunkan kos projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) dan dua projek saluran paip gas (TSGP) di Sabah.

Menurut Wee berdasarkan laporan media, China kelihatan tegas mengenai kos tiga projek berkenaan.

“Saya terkejut dan kecewa dengan keputusan Mahathir membatalkan ECRL dan dua projek saluran paip gas serta mengumumkannya ketika masih berada di Beijing.

“Ia tidak bagi untuk hubungan kita di China, memandangkan projek ini melibatkan inisiatif Satu Jalur Satu Jalan (OBOR) yang menjadi keutamaan China,” katanya dalam hantaran di media sosial hari ini.

Pada sidang akhbar perdana menteri sebelum kembali ke Malaysia, beliau memberitahu pemberita di Beijing Malaysia akan mencari jalan untuk menarik diri daripada projek tersebut dengan kos paling rendah yang mungkin tetapi mengeluh kerana masih terpaksa membayar pampasan.

“Tapi ini kebodohan orang kita sendiri. Kami tidak boleh menyalahkan China atas hal ini,” katanya.

Rundingan Mesra

Jurucakap Kementerian Luar China berkata Lu Kang berkata masalah memang tidak dapat dielakkan dalam sebarang bentuk kerja sama.

“Apabila masalah timbul ia patut diselesaikan melalui rundingan mesra dengan melihat usaha menumbuhkan hubungan dan kerjasama dua hala yang hangat.

“Saya boleh katakan inilah persetujuan yang dicapai kedua belah pihak ketika lawatan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad,” katanya.

Manakala itu, Timbalan Pemuda AMANAH Faiz Fadzil berkata sayap pemuda parti itu menyokong pembatalan projek berkenaan, menyebut kosnya yang terlalu tinggi.

Faiz juga mendesak bekas perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak disiasat berkaitan projek yang dibatalkan itu.

“Projek-projek ini melibatkan kos yang begitu tinggi iaitu RM55 bilion bagi ECRL dan RM9.4 bilion bagi projek saluran paip MPP dan TSGP.

“Ini adalah kerana projek ECRL didakwa melebihi kos asal yang dianggarkan sekitar RM30 billion.

“Projek saluran paip MPP dan TSGP pula melibatkan terma kontrak yang luar biasa di mana bayaran dibayar mengikut tempoh dan bukannya kemajuan kerja di mana 88 peratus bayaran telah dibuat walaupun kemajuan kerja baru mencapai 13 peratus,” katanya dalam suatu kenyataan berasingan malam ini. (Sumber: Malaysiakini)

MUSA AMAN AKHIRNYA BALIK RAYA

Bekas ketua menteri Sabah Tan Sri Musa Aman akhirnya kembali ke Malaysia. Musa tiba dari London dan mendarat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang sekitar jam 6.45 petang tadi.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali dalam suatu kenyataan mengesahkan perkara itu.

Menurut Mustafar, rombongan Musa tiba dari Seletar, Singapura dan pemeriksaan imigresen telah diberikan kepada beliau dan penumpang yang menaiki pesawat tersebut.

Namun, katanya Musa tidak dapat hadir ke kaunter pemeriksaan imigresen atas sebab kesihatan.

“Dokumen penumpang telah diperiksa dan direkodkan ke dalam Sistem Komputer Jabatan Imigresen”, kata Mustafar yang menjelaskan pemeriksaan dokumen Musa dan penumpang lain selesai pada pukul 7 petang.

Menurut Mustafar jabatan imigresen telah memaklumkan ketibaan Musa itu kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tindakan lanjut.

“Tidak ada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku dan penumpang memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pegawai bertugas”, katanya.

Rawatan Susulan Di Hospital Mpunt Elizabeth

Awal hari ini, Bernama melaporkan bekas setiausaha politiknya, Mohd Joh Wid berkata Musa Aman akan pulang.

Menurut Mohd Joh Wid, bekas ketua menteri itu sudah membuat keputusan untuk kembali ke tanah air walaupun tindakan itu bertentangan dengan nasihat pakar yang merawatnya di Hospital Clementine Chirchill, London.

Mohd Joh dipetik berkata, sebelum pulang Musa perlu dirujuk ke Hospital Mount Elizabeth di Singapura untuk menerima rawatan susulan.

Musa merangkap ADUN Sungai Sibuga, dilaporkan melarikan diri ke London pada 17 Mei selepas krisis pemilihan ketua menteri Sabah yang baru selepas PRU14.

Beliau juga dikehendaki polis berhubung dakwaan ugutan jenayah terhadap Yang Dipertua Negeri Sabah pada majlis angkat sumpah 10 Mei lepas, selain disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung dakwaan menyogok anggota dewan undangan negeri. (Sumber: Malaysiakini)

Loading...

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , ,

Category: Berita Semasa

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *