Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Wartawan Dedah Identiti Sebenar Wanita Sebelah Tun Mahathir Yang Ramai Tak Sangka

| August 21, 2018 | 0 Comments

Wartawan Dedah Identiti Sebenar Wanita Sebelah Tun Mahathir Yang Ramai Tak Sangka | Baru ni viral PM test Proton terbaru di China dan yang mencuri perhatian adalah wanita di sebelahnya. Wartawan akhirnya berjaya dedah identiti sebenar wanita tersebut yang mengejutkan ramai. Tak sangka.

WANITA TERSEBUT PELAJAR MALAYSIA UMUR 21 TAHUN

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendapati dirinya duduk di sebelah seorang gadis di dalam kereta model baru Proton semasa lawatan rasmi beliau ke China.

Sebuah video yang dimuatnaik di YouTube menunjukkan gadis berkenaan memberi arahan terhadap unit sistem perintah kenderaan itu bagi menjalankan beberapa fungsi yang mengujakan perdana menteri.

Menurut laporan Sin Chew Daily, Tan Shu Rin ialah siswi tahun kedua bidang penyiaran di Fudan University, Shanghai.

Pelajar berusia 21 tahun itu berasal dari Kluang dan sedang mengikuti latihan amali dengan Nuance Communications.

Nuance bekerjasama dengan Zhejiang Geely Holding Group bagi membangunkan sistem perintah suara yang akan digunakan bagi pasaran Malaysia.

Laporan itu memetik Tan berkata yang beliau telah banyak kali berlatih dengan sistem perintah suara itu sebelum ketibaan Mahathir.

Beliau juga tidak pasti jika perdana menteri akan memasuki kereta yang ditempatkan kepadanya, kerana terdapat lima kereta lain di sampingnya dan beliau merasa bangga apabila Dr Mahathir memilih kenderaan yang dinaikinya.

Mahathir yang sebelum ini mengkritik Geely membeli pegangan dalam Proton kini berharap kerjasama strategik berkenaan akan memanfaatkan proses memperbaiki kereta Proton.

“Semasa Proton diperkenalkan, Geely belum wujud. Kita menghantar enam kereta Proton ke sini (China)… dan kita sangat bangga atas pencapaian itu.

“Namun, seperti yang anda tahu, Geely sudah menandingi kita dari segi kualiti dan produktiviti industri kita.

“Dan saya percaya Proton boleh meraih manfaat daripada kerjasama dengan Geely,” katanya pada 18 Ogos lalu, selepas menyaskikan perjanjian antara Proton dan Geely, di ibu pejabat Geely di Hangzhou. (Sumber: Malaysiakini)

Video Viral Wanita Sebelah Mahathir Semasa Proton Testing

MENTERI PENGANGKUTAN TOLAK HADIAH BUAT RAMAI RESPEK

Menteri Pengangkutan Anthony Loke melaksanakan keseriusan kerajaan dalam polisi tidak menerima hadiah hari ini dengan menolak menerima hadiah berupa sebuah telefon bimbit.

Beliau diberikan telefon bimbit Huawei Nova 3i sebagai cenderamata kerana melancarkan aplikasi khidmat kereta Diffride.

Bagaimanapun, dengan pantas Anthony memulangkan kembali hadiah tersebut.

“Saya tidak boleh terima (hadiah) ini, harganya lebih RM500,” katanya.

Harga runcit telefon itu ialah RM1,249 menurut laman pusat beli-belah dalam talian, Lazada.

Pada sidang akhbar selepas itu, Loke mengingatkan penganjur majlis mengenai dasar pentadbiran Pakatan Harapan terhadap pemberian hadiah kepada penjawat awam.

“Kami mengamalkan apa yang diikrarkan, sebagaimana sebentar tadi apabila saya diberikan cenderamata penghargaan, tetapi saya mahu tegaskan kami tidak memerlukan penghargaan sebegini pada masa hadapan.

“Kerajaan baru, semua menterinya mesti cakap serupa bikin.

“Ini peringatan kepada semua penganjur majlis pada masa hadapan, tolong ambil perhatian ini peraturan baru kerajaan ini,” maklum beliau.

Pada Jun lalu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan kerajaan akan menguatkuasakan dasar perkhidmatan awam tidak boleh menerima hadiah, dengan pengecualian bunga, buah-buahan dan makanan.

Jumaat lalu, ketika sambutan 100 hari pentadbiran HARAPAN, Mahathir berkata kerajaan sedang merangka dasar yang lebih ketat mengenai hadiah dan sumbangan kepada penjawat awam. (Sumber: Malaysiakini)

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , , ,

Category: Berita Semasa

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *