Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

PM Dedah Rundingan Kontrak Mega Zaman Najib Dan China Buat Rakyat Terkedu

| August 21, 2018 | 0 Comments

PM Dedah Rundingan Kontrak Mega Zaman Najib Dan China Buat Rakyat Terkedu | Tun Mahathir yang berada di China terkejut bila mengetahui isi kandungan kontrak mega zaman Najib dengan China buat rakyat terus terkedu. Tak sangka.

TUN MAHATHIR – RUNDINGAN “PALING BODOH” DALAM SEJARAH MALAYSIA

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir tanpa berselindung mengkritik pentadbiran terdahulu pimpinan Datuk Seri Najib Razak mengenai rundingan projek mega dengan syarikat China.

Menurut Dr Mahathir, negara ini tidak pernah menyaksikan kebodohan sebegini dalam merundingkan hal kontrak.

“Kebodohan sebegini tak pernah dilihat dlaam sejarah Malaysia,” katanya.

Mahathir bercakap pada sidang akhbar di Beijing. Beliau dalam rangka lawatan rasmi ke China bagi merundingkan projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) dan dua projek saluran paip gas oleh Suria Strategic Energy Resources (SSER).

Beliau berkata jumlah pampasan projek ECRL dan SSER masih belum diputuskan lagi tetapi menjangkakannya sebagai “quite substantial” (agak banyak).

“Kami perlu mencari jalan untuk keluar daripada projek ini (ECRL) dan sebolehnya pada kos yang paling sedikit dan kami perlu membayar pampasan.

“Tetapi ini kebodohan orang kita sendiri. Kita tidak boleh salahkan China untuk hal ini,” katanya lagi.

Bukan Berdasarkan Kerja Yang Dibuat

Mahathir selanjutnya menempelak Najib kerana bersetuju menandatangani kontrak seperti SSER, yang mana wang dibayar berdasarkan tempoh masa dan bukan perkembangan kemajuan kerja-kerja penyiapan projek.

“Saya tidak pernah mendengar kontrak yang mana kamu membayar pada masanya tanpa kerja-kerja disiapkan. Selalunya, kami membayar berdasarkan kerja-kerja yang telah dibuat. Kebebalan apakah ini?” Soal beliau.

Sebelum ini, China menyatakan minat terhadap projek Kereta Api Laju Singapura- Kuala Lumpur (HSR) tetapi Putrajaya juga sedang mengkaji untuk menangguhkan projek berkenaan.

Perdana menteri mengesahkan Putrajaya menangguhkan ECRL dan SSER dan menyifatkan HSR sebagai “tidak perlu”, berkata kerajaan perlu bersedia mengumpulkan sejumlah dana bagi membayar pampasan.

“Baik, jika kami perlu membayar pampasan, maka kami perlu membayarnya.

“Ini kebodohan perundingan sebelum ini. Kenapa perlu bersetuju dengan perjanjian sebegini yang mana kamu perlu membayar sejumlah pampasan yang besar jika kamu membatalkannya. Dalam semua perjanjian, perlu ada klausa menarik diri daripada perjanjian dan klausa itu perlu adil kepada kedua-dua pihak.

“Tetapi jika kami tidak dapat menyelesaikannya, kami perlu membayar sejumlah besar wang pampasan untuk HSR. Kami telah merundingkannya namun jika kami gagal melakukannya, maka pampasan (yang perlu dibayar) itu berjumlah lebih setengah bilion ringgit,” jelas beliau lagi. (Sumber: Malaysiakini)

POLIS AMBIL KETERANGAN LIM GUAN ENG BERIKUTAN RM19 BILLION HILANG

Polis telah mengambil keterangan Menteri Kewangan Lim Guan Eng atas dakwaan kehilangan RM19.25 bilion dalam Tabung Bayaran Balik Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Katanya, keterangan itu diambil bawah siasatan Seksyen 409 Kanun Keseksaan, berkaitan pecah amanah jenayah mengenai harta.

Lim tidak mendedahkan butiran lanjut proses merakamkan kenyataannya itu.

Kehilangan itu, dakwa Lim, yang menjejaskan 121,429 syarikat dan individu yang tidak dapat bayaran balik sejak 2015, 2016, 2017 dan 2018.

“Di bawah undang-undang GST 2014, bayaran balik untuk cukai input yang dituntut mesti dibayar dalam tempoh dua minggu.

“Sebaliknya ada yang tidak dapat bayaran balik sejak 2015,” katanya dalam kenaytaan hari ini. (Sumber: Malaysiakini)

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Berita Semasa

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *