Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

GEMPAR Cahaya Misteri Disusuli Letupan Kuat Di Sabah. Ini Jawapan Pengarah Meteorologi.

| August 21, 2018 | 0 Comments

GEMPAR Cahaya Misteri Disusuli Letupan Kuat Di Sabah. Ini Jawapan Pengarah Meteorologi. | Malam tadi penduduk Sabah gempar dengan kehadiran cahaya misteri dan disusuli letupan kuat buat ramai terkedu. Akhirnya ini jawapan Pengarah Meteorologi Sabah yang mengejutkan ramai. Ada video. Seram la pulak.

KEBANYAKKAN TERKEJUT DENGAN KEHADIRAN CAHAYA DAN LETUPAN KUAT

Video PENUH ada di penghujung artikel. “Saya terkejut, tiba-tiba cahaya sangat terang di langit melintas sebelum mengecil dan hilang,” kata Lojumi Galapan, 52, mendakwa melihat cahaya misteri disusuli letupan kuat, malam tadi.

Lojumi berkata, cahaya terang itu melintas di ruang udara rumahnya di Kampung Marak-Parak , di sini, ketika dia berehat di beranda.

“Cahaya itu hilang. Tidak pasti ia menjunam ke bawah atau sebaliknya sebelum mengeluarkan bunyi seolah-olah letupan atau guruh tetapi tiada hujan atau petir.

“Cahaya itu kelihatan dari arah barat ke timur. Selepas itu keadaan langit kelihatan kembali seperti biasa, bunyi kuat pula kedengaran kira-kira lima hingga lapan saat,” katanya ketika dihubungi NSTP.

Letupan pada kira-kira jam 11.30 malam itu dapat didengar dan dirasai penduduk sekitar Kota Kinabalu, Kota Marudu, Kota Belud, Tuaran.

Susulan kejadian itu, netizen di laman sosial mengaitkannya dengan kejadian tahi bintang dengan ada yang mendakwa sempat merakamkan pergerakan cahaya terang di langit.

Penduduk di Tuaran, Hashim Taitun, 33, berkata di berada di beranda rumahnya dan terkejut apabila terdengar letupan dua kali disusuli gegaran beberapa saat.

“Letupan kuat kedengaran dan rumah bergegar menyebabkan saya keluar untuk lihat apa yang berlaku. Beberapa jiran juga keluar dari rumah mengatakan ada letupan dan gegaran. Namun tiada perkara buruk berlaku,” katanya.

Yong Ted Phen, 49, dari Kota Kinabalu berkata dia menyangka petir namun keadaan cuaca agak baik sebelum mendapati ramai penduduk negeri ini berkongsi kejadian itu di laman sosial.

“Ada yang mengatakan letupan itu dari meteor yang jatuh di kawasan Tuaran. Tetapi beberapa komen mengaitkan letupan itu adalah latihan kapal perang milik Amerika Syarikat yang berlabuh di perairan Kota Kinabalu,” katanya.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah. ketika dihubungi, memaklumkan belum menerima sebarang laporan atau panggilan kecemasan berhubung dakwaan gegaran dan cahaya misteri berkenaan. (Sumber: Berita Harian)

LETUPAN KUAT MUNGKIN TAHI BINTANG

Letupan kuat disusuli gegaran di beberapa daerah di Sabah lewat malam tadi, kemungkinan adalah akibat tahi bintang atau meteor.

Pengarah Jabatan Meteorologi Sabah, Azemi Daud, berkata pihaknya tidak dapat memastikan lokasi kejadian itu.

“Kalau ada pun (meteor) susah untuk dikesan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, maklumat awal juga menunjukkan tiada ribut petir lewat malam tadi.

“Boleh jadi juga, letupan itu kemungkinan terhasil daripada meteor yang terbakar ketika memasuki di ruang angkasa.

“Ini kerana meteor atau tahi bintang adalah cahaya terang yang kelihatan melintasi langit malam dengan begitu pantas dan secara tiba-tiba. Ia biasanya adalah habuk dan debu yang terbakar apabila memasuki dalam atmosfera bumi.

“Namun meteor yang besar boleh membunuh juga dan meteorit ialah nama serpihan batuan yang mungkin jatuh atas bumi,” katanya.

Letupan pada kira-kira jam 11.30 malam itu dapat didengar dan dirasai penduduk sekitar daerah ini, Kota Marudu, Kota Belud, Tuaran.

Susulan kejadian itu, netizen di laman sosial mengaitkannya dengan kejadian tahi bintang dengan ada yang mendakwa sempat merakamkan pergerakan cahaya terang di langit.

Selain itu, ada juga mengaitkan kejadian berkenaan dengan latihan tentera di Kem Paradise, Kota Belud. (Sumber: Berita Harian)

Video Cahaya Misteri Dan Letupan Kuat Di Sabah

Loading...

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , ,

Category: Berita Semasa

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *