Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

100 Hari Pakatan. Ini Komen Dr Maszlee Buat Ramai Cikgu Cikgi Tumpang Bangga

| August 19, 2018 | 0 Comments

100 Hari Pakatan. Ini Komen Dr Maszlee Buat Ramai Cikgu Cikgi Tumpang Bangga | Sedar tak sedar, dah 100 PH memerintah negara. Dan komen terkini yang mengejutkan dari Dr Maszless ni buat ramai cikgu cikgi tumpang bangga. Tak sangka.

43 INISIATIF PENDIDIKAN DILAKSANA HANYA DALAM TEMPOH 100 HARI

Sebanyak 43 inisiatif berkaitan pendidikan dilaksanakan kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) sepanjang 100 hari mentadbir negara, kata Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik.

Beliau berkata sebahagian daripada inisiatif tersebut merupakan antara perkara yang dijanjikan di dalam manifesto HARAPAN seperti mengeluarkan nama peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) daripada senarai hitam Jabatan Imigresen.

Dalam satu kenyataan di Putrajaya hari ini Maszlee berkata janji manifesto yang ditunaikan pada 8 Jun – iaitu dalam tempoh 30 hari pentadbiran kerajaan baru – menyaksikan seramai 429,945 peminjam dibantu.

Selain itu, katanya kementerian juga memulakan langkah untuk memastikan golongan berpendapatan rendah boleh menangguhkan bayaran balik PTPTN melalui sistem bayaran semula pinjaman fleksibel atau income-contigent loan repayment (ICLR).

Beliau berkata kementerian itu juga mengambil pendekatan lebih holistik untuk membina martabat sistem pendidikan termasuk memberi kuasa autonomi kepada institusi pengajian tinggi dan memberi kebebasan bersuara lebih luas kepada mahasiswa dengan menghidupkan semula sudut pidato.

Maszlee berkata selaras dengan manifesto HARAPAN, kementerian itu juga memulakan langkah melakukan kajian inklusif untuk memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) melalui jawatankuasa khas yang dibentuk, manakala universiti awam turut digalak menganjurkan lebih banyak perbahasan atau dialog dengan pihak-pihak berkepentingan bagi tujuan tersebut.

“Usaha memperkasa pendidikan tinggi juga menyaksikan cadangan dan syor daripada pihak berkepentingan kini diterima dalam soal pelantikan ahli-ahli lembaga pengurusan universiti dan calon-calon naib canselor dan timbalan naib canselor,” katanya.

Kempen Dekad Membaca

Maszlee berkata fokus awal beliau di peringkat 100 hari menerajui kementerian pendidikan juga melibatkan usaha mengurangkan beban guru daripada tugas perkeranian; memperkasa sekolah kebangsaan dan pendidikan khas; memastikan murid tidak lagi menggalas beg berat; meningkatkan penguasaan bahasa Melayu dengan memperkasakan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan menggalakkan pelajar menguasai lebih daripada tiga bahasa.

Beliau berkata bagi memastikan guru berfokus tugasan hakiki, kementerian menghapuskan proses audit bagi Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2) pada 7 Jun lepas sebagai langkah permulaan ke arah mengurangkan beban kira-kira 500,000 guru di seluruh negara.

Maszlee berkata usaha lain yang dilakukan dalam tempoh 100 hari pertama mengetuai kemeterian juga meliputi beberapa inisiatif lain yang tidak termasuk dalam manifesto HARAPAN.

“Antaranya membentuk Jawatankuasa Kajian Semula Sistem Pendidikan Negara untuk menyemak dasar dan operasi sistem pendidikan agar sesuai dengan zaman revolusi industri 4.0, melancarkan proses ke arah Kempen Dekad Membaca Kebangsaan serta menubuhkan Jawatankuasa Pemerkasaan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Malaysia,” katanya.

Maszlee yang juga anggota parlimen Simpang Renggam menambah usaha lain yang dibuat ialah melakukan siasatan dan semakan dalaman ke atas kontrak-kontrak bernilai besar seperti solar-hibrid genset di Sarawak, dan pembekalan internet 1Bestarinet yang selama ini bermasalah.

Tidak ketinggalan katanya kementerian itu mengambil tindakan bagi membolehkan Sekolah Seni Malaysia dibuka pada sesi 2019 seperti disasarkan.

Dalam aspek kebajikan golongan orang kurang upaya (OKU) Maszlee berkata kementerian melakukan kolaborasi bersama badan bukan kerajaan bagi menambah baik pendidikan khas dalam sistem pendidikan kebangsaan selain memberi perhatian dalam meningkatkan pencapaian akademik murid Orang Asli di seluruh negara untuk kepentingan kaum itu.

Maszlee berkata institusi pendidikan agama dan tahfiz turut diperkasa dengan menambah baik program tahfiz, memulakan perbincangan dengan beberapa negara Timur Tengah untuk membolehkan pelajar meneruskan pengajian Islam dan bahasa Arab di rantau berkenaan.

“Juga menyediakan peruntukan RM30 juta kepada sekolah agama bantuan kerajaan dan menawarkan pakej latihan kepada guru-guru institusi tahfiz swasta bagi memastikan tenaga pengajar di tahfiz adalah yang terlatih,” katanya.

Bina Sekolah Baru

Beliau berkata sekolah jenis kebangsaan tamil (SJKT) juga akan diberi perhatian lebih khusus dengan langkah meletakkan pengawasan terus sekolah itu di bawah menteri dan timbalan menteri.

“Kementerian juga kini bersikap lebih terbuka menerima pandangan akar umbi di sekolah melalui inisiatif lawatan siri kasih sayang dalam meningkatkan dan menjayakan agenda pendidikan negara,” katanya.

Berkenaan sekolah jenis kebangsaan cina (SJKC), Maszlee berkata kerajaan bersetuju membina enam buah sekolah baru iaitu empat di Johor dan masing-masing sebuah di Selangor dan Pulau Pinang.

Katanya pembinaan empat sekolah baru juga akan diteruskan di empat lagi kawasan yang sedang dikenal pasti mempunyai keperluan mendesak.

“Perpindahan enam sekolah kurang murid akan diteruskan setelah mengenal pasti keperluan mendesak masing-masing,” katanya.

Katanya, Kementerian Pendidikan akan mendapat peruntukan sebanyak RM30 juta tahun ini untuk tujuan pembinaan dan perpindahan sekolah-sekolah tersebut.

Peruntukan RM50 juta dalam bajet 2018 sebagai Tabung Khas akan disalurkan kepada Sekolah Bantuan Kerajaan mengikut keperluan masing-masing,” katanya. (Sumber: Malaysiakini)

Loading...

Tags: , , , ,

Category: Berita Semasa

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *