Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

PRK Seri Setia. Tindakan Lokman Adam Buat Ramai Ahli PAS Tersentap

| August 18, 2018 | 0 Comments

PRK Seri Setia. Tindakan Lokman Adam Buat Ramai Ahli PAS Tersentap | Hari ni merupakan penamaan calon bagi PRK Seri Setia yang menyaksikan calon PH lawan satu sama satu dengan calon dari PAS. Tapi yang mengejutkan adalah tindakan Lokman Adam yang buat ahli PAS terus tersentap. Tak sangka.

BAJU MESRA UMNO-PAS MENARIK PERHATIAN RAMAI

Mungkin untuk memberikan semangat agar lebih membara, proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil (PRK) Seri Setia dimeriahkan dengan kehadiran bekas Datuk Lokman Noor Adam.

Lokman ialah calon BN yang mendapat sokongan PAS pada PRK Sungai Kandis namun gagal merampas kerusi dewan undangan negeri (DUN) berkenaan daripada Pakatan Harapan (HARAPAN).

Lebih menarik Lokman – bekas panel pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) yang sudah dibubarkan itu – hadir dengan memakai baju istimewa berwarna merah dan hijau melambangkan ‘kemesraan’ baru PAS dan Umno.

Baju yang dihasilkan oleh pereka Mega Mahir itu juga tertera satu logo menunjukkan dua tangan saling bersalam, mewakili Umno dan PAS.

Menurut Lokman baju yang dipakainya itu mungkin contoh pakaian rasmi untuk Umno dan PAS sekiranya kedua-dua parti itu benar-benar bergabung kelak.

“Tak ada apa simbolik, saya buat sebagai tanda sokongan padu pada PAS.

“Dalam konteks hari ini PAS jadi sebahagian kerjasama dengan Umno maka ini mungkin contoh uniform kita akan datang,” katanya kepada Malaysiakini.

Baju Dapat Reaksi Positif

Lokman, 45, ditemui semasa proses penamaan calon PRK Seri Setia di Dewan Majlis Bandaraya Petaling Jaya pagi ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 8 Sept ini untuk hari pengundian bagi PRK Seri Setia dan diadakan serentak dengan PRK Balakong.

HARAPAN menurunkan muka baru, Halimey Abu Bakar, 46, untuk mempertahankan kerusi yang dimenangi Allahyarham Dr Shaharuddin Badaruddin pada PRU ke-14 lalu. Beliau memenangi kerusi berkenaan dengan kelebihan 19,372 undi mengalahkan calon BN Yusoff M Hanis yang mendapat 9,878 undi dan Mohd Ghazali Daud (PAS) yang cuma memperoleh 4,563 undi.

Kali ini PAS sekali lagi mencabar dengan mempertaruhkan bekas exco Selangor Dr Halimah Ali. Pada 9 Mei lalu Dr Halimah, 58, gagal mempertahankan kerusi DUN Selat Kelang yang dimenanginya selama dua penggal sejak 2008.

Umno pula memberi laluan kepada PAS sebagai menghargai kerjasama diberikan parti itu di Sungai Kandis sebelum ini.

Lokman hari ini hadir dan berjumpa dengan penyokong yang mengiringi Dr Halimah.

Hadir sama, Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Ketua Wanita Umno Datuk Noraini Ahmad dan Exco Pemuda Umno Wan Muhammad Azri Wan Deris yang lebih dikenali dengan nama Papagomo.

Menurut Lokman beliau belum mengusulkan reka bentuk baju tersebut kepada pimpinan parti namun mendapat maklum balas positif daripada orang yang sudah melihatnya.

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata Lokman tampil dengan cara kreatif namun pakaian tersebut tidak menggambarkan realiti hubungan antara parti PAS dan Umno.

Kata anggota parlimen Kota Bharu itu ada kemungkinan lebih banyak rekaan corak dan baju baru akan muncul selepas ini.

Pada masa sama kata Takiyuddin apa yang dipakai Lokman itu adalah bersifat peribadi dan hasil inisiatif sendiri.

“Hari ini kita tengok kebanyakan (orang) PAS (pakai) baju PAS dan Umno baju Umno. Cuma Lokman seorang sahaja baju lain, (dan ia) tak memberikan gambaran keseluruhan.

“Apa yang penting kita nak lihat kejadian hari ini satu tanda lebih jelas kerjasama terjalin lebih akrab, baju (cuma) sebagai salah satu elemen kecil,” katanya. (Sumber: Malaysiakini)

Loading...

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , ,

Category: Berita Semasa

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *