Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Sesat Di Padang Pasir Sebelum SESUATU Yang Menakjubkan. SUBHANALLAH.

| August 15, 2018 | 0 Comments

Sesat Di Padang Pasir Sebelum SESUATU Yang Menakjubkan. SUBHANALLAH. | Akibat ribut pasir pelik, seorang pengembara telah sesat di padang pasir Arab dan terkejut bila temui “sesuatu” yang menakjubkan. Allahu tak sangka. Ada video dan gambar-gambar.

KAWAH GUNUNG BERAPI DI TENGAH PADANG PASIR

Video penuh ada di hujung artikel. Seorang pengembara yang sedang sesat di padang pasir arab terkejut dengan apa yang dilihatnya.

Mulanya seperti sebuah kawasan yang dihentam oleh meteor tapi sebenarnya…. Terdapat banyak fenomena aneh di dunia. Perkara seperti itu menjadi daya tarik traveler untuk melihatnya dari dekat. Di Arab Saudi terdapat satu kawah besar di tengah padang pasir yang luas.

Kawah tersebut bernama Al Wahbah dan lokasinya berada di barat dataran tinggi Hafer Kishb. Kawah ini berada di 254 km dari Kota Taif atau sekitar 4 jam lebih dari Bandar Jeddah. Yang pastinya anda bakal melewati padang pasir yang luas sebelum tiba di sana.

Perjalanan yang melelahkan pastinya terbayar apabila anda melihat kawah Al Wahbah dari dekat. Kawah ini kelihatan seperti tempat hentaman meteor. Mirip dengan kawah yang ada di Arizona, AS. Al Wahbah berada di kedalaman 250 meter dengan diameter 2 km.

Menurut ahli geologi, kawah ini terbentuk oleh aktiviti gunung berapi dalam bentuk letupan magma cair di bawah tanah di masa lalu. Wilayah tersebut dipercayai dahulunya adalah kawasan gunung-ganang.

Di salah satu sisi kawah itu terletaknya sebuah kon abu gunung berapi, yang tersisa dari gunung berapi. Yang unik, permukaan kawah Al Wahbah berwarna putih. Warna itu berasal dari kristal natrium fosfat putih.

Melihat kawah Al Wahbah dari dekat. Seolah-olah, terdapat lingkaran berwarna putih besar. Bagi anda yang suka fotografi, kawah Al Wahbah adalah objek foto yang indah, yang mungkin hanya ada satu di dunia.

Video PENUH Kawah Al Wahbah Di Padang Pasir Arab. Subhanallah.

Sumber: Malaysiakubaru via Dairishare

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , ,

Category: Pelik

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *