Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Lelaki Tanam Pokok Tanpa Henti Di Sebuah Pulau. Lepas 40 Tahun Ramai Jadi Terkedu Tak Caya

| August 14, 2018 | 0 Comments

Kisah Ni Wajib Dijadikan Inspirasi Kepada Semua. Amalan Istiqamah, Walau Kecil Akan Menghasilkan Result Menakjubkan. Allahu.

Lelaki Tanam Pokok Tanpa Henti Di Sebuah Pulau. Lepas 40 Tahun Ramai Jadi Terkedu Tak Caya | Seorang remaja tergamam selepas lihat sekumpulan ular mati di sebuah pulau nekad menanam pokok tanpa henti. Siapa sangka selepas 40 tahun, “sesuatu” terjadi di pulau tersebut buat ramai tak caya. Allahu subhanallah.

KISAH LELAKI DAN PULAU MAJULI DI INDIA BUAT RAMAI TERHARU

Video Penuh Ada Di Penghujung Artikel. Pulau yang terletak di laluan sungai dan terbesar di dunia bernama Majuli di India mungkin akan lenyap pada suatu hari nanti. Selama 70 tahun, Majuli semakin mengecil dari saiznya yang asal, dan dalam masa 20 tahun ia mungkin akan tenggelam.

Pulau Majuli kini mengalami ancaman hakisan yang semakin serius apabila ia tidak dapat mengelak daripada menerima kesan pada setiap kali musim monsun melanda. Sejak tahun 1991, sebanyak 35 kawasan penempatan dan kampung telah lenyap dibawa arus akibat banjir dan terus hilang dari kawasan pemetaan.

Salah seorang penduduk di Pulau Majuli ialah Jadav Payeng atau dikenali sebagai ‘Forest Man of India’ , yang juga merupakan seorang aktivis alam sekitar.

Pulau Majuli berada dalam ancaman kepupusan kesan hakisan tebing dan tanah yang terjadi setiap tahun ketika tiba musim monsun.

Selama 70 tahun, Majuli telah mengecil dengan separuh dari saiznya yang asal telah lenyap kerana hakisan. Dalam masa 20 tahun Majuli mungkin akan tenggelam dan akan terus lenyap dari peta dunia.

Akan tetapi, Majuli mungkin akan terus kekal dan bertahan lebih lama disebabkan hasil usaha yang telah dilakukan oleh Jadav Payeng setiap hari.

Segalanya bermula pada tahun 1979 semasa Jadav Payeng masih remaja dan berusia 16 tahun.

Jadav telah menemui sekumpulan ular yang mati bergelimpangan akibat cuaca panas melampau selepas banjir besar melanda yang menghakis kesemua pokok sehingga dihanyutkan ke kawasan beting pasir di tepi sungai.

Melihat ancaman serius yang akan berlaku, Jadav telah membuat keputusan untuk mendedikasikan diri seumur hidup untuk menyelamatkan Majuli daripada terus terhakis dengan menanam pokok.

Jadav Payeng telah menanam pokok setiap hari di sebuah pulau yang pada mulanya kosong dan terasing di Majuli selama hampir 40 tahun.

Jadav telah menanam pokok di pulau ini sehingga membentuk satu kawasan hutan simpan seluas 550 hektar, iaitu lebih luas daripada Central Park di New York yang hanya seluas 340 hektar.

Dan kini hutan ini menjadi habitat dan tempat tinggal beberapa spesies haiwan.

Termasuk spesies haiwan terancam harimau Bengal dan badak sumbu India.

Sehingga sekawanan 100 ekor gajah juga akan menziarah hutan simpan ini setiap tahun.

Sebab mengapa Majuli menjadi semakin mengecil adalah disebabkan oleh pembentengan besar yang telah dibina di sepanjang Sungai Brahmaputra.

Penduduk sekitar membina benteng-benteng sebagai perlindungan daripada menghadapi musim monsun dan banjir yang akan melanda setiap tahun.

Akan tetapi pembinaan benteng telah membangkitkan kemarahan Sungai Brahmaputra dan menyasarkan dengan menghakis Pulau Majuli.

Jadav Payeng tidak mahu melihat Pulau Majuli terus terhakis dan lenyap dari pandangan peta dunia. Kini usaha wira dan aktivis alam sekitar ini telah membuahkan hasil dan beliau akan terus mendedikasikan diri untuk tujuan murninya. Jangan lupa untuk SHARE kisah inspirasi ni ye.

Ikuti video dokumentari pendek “Forest Man of India” di bawah.

Gambar Pulau Majuli Jadav Payeng Forest Man 1

Gambar Pulau Majuli Jadav Payeng Forest Man 2

Gambar Pulau Majuli Jadav Payeng Forest Man 3

Gambar Pulau Majuli Jadav Payeng Forest Man 4

Gambar Pulau Majuli Jadav Payeng Forest Man 5

Gambar Pulau Majuli Jadav Payeng Forest Man 6

Sumber: Malaysiakubaru via Era Baru

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , , ,

Category: Dunia, Lelaki

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *