Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Cara Kesan Kalau Ada Jin Dalam Badan Kita Yang Ramai Tak Tahu

| August 13, 2018 | 0 Comments

Cara Kesan Kalau Ada Jin Dalam Badan Kita Yang Ramai Tak Tahu | Siapa sangka rupanya ramai dari kita ada jin dalam badan tapi tidak kita sedari. Ikuti nasihat ustaz ni untuk kesan jin dalam badan dengan cara mudah. Tak sangka.

3 LANGKAH KESAN JIN DALAM BADAN

Video penuh ada di penghujung artikel. Apa itu jin? Jin menurut bahasa Arab berasal dari kata ijtinan, yang membawa maksud sesuatu “tersembunyi” atau “tidak terlihat”.

Dalam Islam dan mitologi Arab pra-Islam, jin adalah salah satu bangsa mahkluk yang tidak terlihat dan diciptakan dari api. Ia dinamakan sebagai jin, kerana ia tersembunyi wujudnya dari pandangan mata manusia.

Itulah sebabnya jin dalam wujud aslinya tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia. Kalau adapun manusia yang dapat melihat jin, maka jin yang dilihatnya itu adalah jin yang sedang menjelma dalam wujud makhluk yang dapat dilihat mata manusia biasa.

Tanpa kita sedari, jin dapat masuk ke dalam tubuh manusia dan menetap di dalamnya. Mereka mengalir bersama aliran darah atau tinggal di kuku manusia yang panjang dan kotor.

Biasanya jin akan merasuki manusia yang imannya lemah. Justeru itu, bagaimanakah caranya untuk mengesan kehadiran jin dalm tubuh badan kita?

Sebenarnya, terdapat beberapa kaedah yang boleh dilakukan untuk mengesan adakah dalam badan kita benar-benar ada gangguan jin, ataupun sebaliknya. Jadi, dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan dengan anda kaedahnya. Dalam menjayakan kaedah ini, ada tiga langkah yang perlu dilakukan. Langkah-langkah tersebut dinyatakan di bawah.

Langkah 1: Mendengar Bacaan Ruqyah

Di bawah ini ada disertakan video bacaan ruqyah yang telah dikongsikan oleh CahayaIslam.net. Apa yang anda kena buat dengan video di bawah? Mudah saja caranya. Anda hanya perlu mainkan bacaan ayat ruqyah di bawah. Kemudian anda dengarlah sehingga habis. Pastikan anda dengar bacaan tersebut dengan menggunakan earphone dan bacaan yang kuat.

Langkah 2: Dengar Bacaan Ruqyah Dengan Teliti

Pejamkan mata anda dan dengar dengan teliti bacaan ruqyah tersebut. Tapi pastikan anda jangan ikut bacaan ayat-ayat ruqyah ini baik di mulut ataupun di dalam hati.

Langkah 3: Perhatikan Tindakbalas Yang Berlaku

Selepas anda selesai mendengar bacaan ruqyah, cuba perhatikan sebarang tindakbalas yang berlaku pada diri anda. Jika anda mengalami gejala-gejala seperti di bawah, pastikan anda terus berjumpa dengan mana-mana perawat Islam untuk mendapatkan rawatan yang sepatutnya. Antara gejala tersebut adalah:

1 Batuk

2 Berpeluh-peluh

3 Terasa nak muntah

4 Jantung berdegup dengan laju

5 Berdebar-debar

6 Terasa benda bergerak di bawah kulit

7 Sendawa

8 Mengantuk

9 Pening kepala

10 Menguap

Jika anda mengalami gejala-gejala di atas, ini menunjukkan bahawa memang ada makhluk dari kalangan jin yang tinggal di dalam badan anda. Maka di sini, kisahseram.com menasihatkan anda agar segera mendapatkan rawatan. Bimbang jika dibiarkan, ianya akan menjadi lebih sukar untuk dirawat.

Video Penuh Tanda Jin Ada Dalam Badan

Anda dapat sesuatu? Jika jawapan anda adalah ya, jangan lupa untuk kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan anda yang lain. Semoga bermanfaat. (Sumber: Kisah Seram)

Loading...

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , ,

Category: Agama

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *