Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Jho Low Kata Tun Mahathir Cakap Bagi Pihak DOJ. Ini Respon Balas PM Buat Ramai Kagum

| August 12, 2018 | 0 Comments

Jho Low Kata Tun Mahathir Cakap Bagi Pihak DOJ. Ini Respon Balas PM Buat Ramai Kagum | Baru ni kapal layar mewah Jho Low diambil kerajaan. Dan Jho Low tuduh Tun Mahathir “bercakap bagi pihak DOJ”. Lepas ditanya wartawan, ini respons balas PM buat ramai kagum. Memang betul-betul sempoi. Tak sangka.

PM – KALAU MACAM TU, SAYA LEBIH HEBAT DARI TRUMP

Video Penuh Ada Di Hujung Artikel. Tun Dr Mahathir Mohamad menolak dakwaan jutawan kontroversi Jho Low bahawa perdana menteri itu ‘bercakap bagi pihak’ Jabatan Keadilan AS (DOJ) berhubung penyitaan kapal layar mewah Equanimity.

“Saya sangat bangga kerana saya boleh bercakap bagi pihak kerajaan AS.

“Saya mesti lagi hebat daripada Trump,” kata Mahathir secara sinis kepada pemberita selepas menghadiri pameran seni ‘Tun M: A Forever Legacy’ di Maeps, Serdang hari ini.

Beliau berkata Low sepatutnya bertanya pihak berkuasa AS sama ada beliau bercakap bagi pihak mereka atau memaksa mereka. (Sumber: Kini TV)

Video Temuramah Tun Mahathir Berkaitan Isu Tuduhan Jho Low

KERAJAAN AKAN BAWA PULANG JET MEWAH JHO LOW PULAK

Selepas penahanan kapal mewah Equanimity, kerajaan akan membawa pulang jet peribadi milik jutawan Low Taek Jho atau Jho Low yang dirampas di Singapura kerana didakwa mempunyai kaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, rundingan untuk membawa pulang pesawat tersebut sedang dijalankan oleh mereka yang terlibat.

“Kita akan membawa pulang jet itu,” katanya selepas menghadiri pameran seni bertajuk Tun M: A Forever Legacy di Universiti Perdana di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya adakah kerajaan akan membawa pulang jet Bombardier Global 5000 itu yang dirampas ketika mendarat di sebuah hangar di Lapangan Terbang Seletar Singapura.

Ketika ditanya adakah keputusan itu sudah dimaklumkan kepada Singapura, Dr Mahathir berkata, rundingan sedang dilakukan.

“Ada pihak sedang melakukan rundingan dan kita sedang berusaha untuk mendapatkan semula wang yang dicuri daripada kita,” katanya.

Tahun lalu, tersebar berita mengatakan jet tersebut ditahan namun kerajaan Singapura enggan mendedahkan sebarang maklumat terhadap penahanan tersebut.

Pesawat itu juga didakwa sebahagian daripada kira-kira aset AS$1 bilion yang didakwa diperoleh melalui dana yang diseleweng daripada 1MDB yang kerajaan Amerika Syarikat sedang berusaha untuk menyitanya

Selasa lalu, Equanimity selamat tiba di Boustead Cruise Centre selepas berlepas dari perairan Batam, Indonesia.

Perhantaran kapal itu dikatakan dibuat atas permintaan Dr Mahathir ketika kunjungannya ke Indonesia, Jun lepas. (Sumber: Sinar Harian)

Loading...

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , ,

Category: Berita Semasa

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *