Suami beri duit pada mak,tetapi dimaki hamun isteri siap dibabikan.

| August 8, 2018 | 0 Comments

Apabila seorang lelaki dan perempuan berjanji setia untuk hidup bersama,maka mereka haruslah menerima segala keebihan dan kekurangan yang dimiliki pasangan. Hal ini kerana perkahwinan bukanlah satu perjalan hidup yang menjanjikan kebahagian sepanjang masa,tetapi akan ada masa susah dan senang semasa menjalani kehidupan bersama. Perkahwinan juga adalah perkongsian hidup antara suami dan isteri.

Apabila isteri sudah menerima seseorang lelaki yang bernama suami,isteri bertanggungjawab wajib untuk taat kepada suami selagi suami tidak menyuruh membuat perkara mungkar. Manakala suami mempunyai tanggungjawab untuk memberikan nafkah kepada isteri dan anak-anak.

Selain tanggungjawab kepada keluarga,suami sebagai anak lelaki juga harus berbakti kepada kedua orang tuanya,kerana syurga anak lelaki dibawah tapak kaki ibu.Manakala syurga isteri dibawah tapak kaki suami. Hal ini menjadi masalah apabila terdapat isteri yang masih tidak memahami tanggungjawab masing-masing lalu ia akan mengakibatkan pergaduhan dan perpecahan didalam rumah tangga.

Berikut adalah perkongsian seorang suami yang mempunyai masalah apabila cuba membantu ibu bapanya yang susah,namun dihalang oleh isteri.

Saya nak minta pandangan mcm mana nak selesaikan masalah Saya ni. tiap2 bulan Saya laki Bini asyik bergaduh ja pasal duit. masalah Saya isteri Saya ni x suka kalau Saya bagi duit kat org tua Saya, bukan byk pun paling byk pun sebulan rm100 Saya bagi, kadang2 rm50, kadang2 kalau gaji Saya x cukup Saya x bagi.

Saya anak sulung, adik2 Saya ada yg dah berkahwin Dan ada yg belum berkahwin.kadang2 Saya x faham dgn isteri Saya apa yg dia nak sebenarnya. dulu isteri Saya x bekerja Dan Sekarang dia bekerja sebab dia kata Saya x mampu nak bagi apa yg dia nak, x macam suami yg lain, barang kemas handbeg,etc. walaupun dia bekerja Saya tetap bagi duit utk isteri Saya rm300 sebulan. bil2 rumah,duit rumah barang dapur semua Saya yg tanggung. dia bekerja semata2 utk diri dia, bayar hutang Kereta dia Dan lain2 termasuk bayar pengasuh utk anak2.

Bagi Duit Kat Mak Dan Ayah, Lelaki Ini Dimaki Hamun Isterinya Yang Cantik Siap Dibabikan

Yg bab bayar duit ngasuh ni saya x ambil tahu sebab dari awal dia nak bekerja saya dah bgtau kalau nak bekerja duit mengasuh saya x nak ambil peduli sebab bukan saya paksa dia bekerja,dia nak bekerja kerana dia rasa apa yg saya bagi setiap bulan x cukup.

Saya nak Tanya salah ke Saya nak bagi duit utk IBU bapa saya, bukannya byk pun. kadang2 Saya rasa Mali dgn adik beradik Saya, sepatutnya Saya yg sulung yg kena tanggung IBU bapa bukan mereka. Mak Saya lumpuh separuh badan, ayah Saya x bekerja kerana nak uruskan Mak Saya. rumah sewa Mak Saya adik perempuan Saya tanggung. barang rumah, bil2 api air adik2 Saya yg duduk sekali dgn Mak ayah Saya kongsi sorang sikit.

Apa yg patut Saya lakukan, patut ke Saya ceraikanisteri Saya tu tapi Saya sayangkan anak2 Saya. x habis2 dia merungut pasal duit, ambil hantar anak g sekolah. bukannya sebulan hari2 dia g hantar ambil, Saya kerja shift, bila Saya shift pagi ja dia teruk sikit. kerja petang Saya hantar ambil, bagi makan siap2 sebelum Saya pergi kerja Dan hantar rumah mengasuh.

Kalau Saya kerja malam x hantar rumah mengasuh. tu pun kalau Saya kerja pagi Saya bagi duit kat dia utk buh minyak Dan beli makan utk anak2 Saya.

 

 

Semoga keluarga kita terhindar daripada pergaduhan seperti ini.

Sumber: kisahrumahtangga.my via blogmazeer.com

7 Jenis balasan kepada isteri yang derhaka kepada suami

 

Seorang isteri sudah semestinya mempunyai tanggungjawab dan tugas yang berat terhadap suami. Tanggungjawab ini sudah semestinya satu tugas yang serius dan tidak boleh diabaikan. Isteri yang mengabaikannya dikhuatiri mendapat laknat dan termasuk dalam kategori isteri derhaka.

1. Balasan wanita yang tidak mensyukuri kebaikan suami
Rasulullah saw bersabda : ” Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka terdiri daripada wanita.” Mengapa demian ya Rasullulah ?

Rasulullah menjawab, “Wanita mengingkari suaminya dan menolak ihsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyakpun, dia masih belum rasa berpuas hati dan cukup.”
(Riwayat Imam Bukhari)

2. Balasan wanita yang suka menyakiti hati suami
Rasulullah saw bersabda : “Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya, pada hari kiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat ke belakang tengkuknya.”

3. Balasan wanita yang bermasam muka terhadap suami
Rasulullah saw bersabda : ” Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung hati suami, maka wanita itu dimurkai Allah swt sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.” (al-hadis)

4. Balasan wanita yang lari dari rumah
Rasulullah saw bersabda : “Apabila lari wanita dari rumah suaminya, tidak diterima sembahyangnya sehingga ia kembali dan menghulurkan tangannya kepada suaminya(meminta maaf)(Riwayat Hassan)

5. Balasan wanita yang berhias bukan untuk suami
Rasulullah saw bersabda : “Perempuan yang mengenakan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami)adalah seumpama gelap-gelita pada hari kiamat, tiada nur baginya”.

6. Balasan wanita yang meminta cerai daripada suaminya
Rasulullah saw bersabda : “Mana-mana wanita yang meminta suaminya menceraikannya dengan tiada sebab yang dibenarkan oleh syarak maka haramlah baginya bau syurga”. (Riwayat Abu Daud dan Tarmizi)

7. Balasan wanita yang keluar rumah tanpa izin suami
Telah datang seorang wanita kepada Rasulullah saw lalu bertanya, ‘Apakah hak suami ke atas isteri?’ Jawab baginda, ” Tunaikanlah hajat suami sekalipun engkau berada di belakang unta. Jangan berpuasa sunat melainkan seizin suami. Keluar dari rumah juga memerlukan izinnya. Jika keluar juga akan dilaknat malaikat rahmat dan malaikat azab sehinggalah dia kembali ke rumahnya”.

Semoga point-point yang ditekankan ini dapat memberi manfaat dan kesedaran kepada kita semua, khususnya kepada kaum hawa yang bergelar Isteri.

 

Sumber: webilmuislam.blogspot.com

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Category: Kisah Rumah Tangga

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *