Gara-gara tergelincir di bilik air,berus jamban tertusuk mata hingga tembus tengkorak kepala.

| August 8, 2018 | 0 Comments

Sungguh malang tidak berbau, boleh berlaku dimana-mana sahaja.Penyebabnya adakalanya sungguh tidak diduga. Pesanan buat semua, berhati-hatilah ketika berada didalam bilik air.Keadaannya yang basah, lembab dan licin berisiko untuk jatuh tergelincir sekaligus boleh mengakibatkan kecederaan pada diri.

Seorang lelaki maut dan menemui ajal selepas tergelincir dalam bilik air dan terjatuh ke atas berus pencuci tandas menembusi tengkorak menerusi mata kanan.

Gambar ngeri menunjukkan mangsa berusia 60 tahun itu terbaring di katil hospital di Moscow dengan berus yang berlumuran darah masih terjulur dari kepalanya.

Pakar bedah terpaksa ‘mengopek tengkorak mangsa’ untuk mengeluarkan pemegang berus berkenaan, lapor Daily Mail.

Namun keadaannya semakin teruk dan meninggal dunia beberapa hari kemudian kerana tidak sedar daripada koma.Akhbar tempatan, Moskovsky Komsomolets melaporkan, mangsa tergelincir pada lantai bilik air di rumahnya di Istra.

Menurut laporan, berus berkenaan dikerat tetapi pemegangnya tidak dapat terus dikeluarkan.

“Doktor mengopek tengkoraknya dan membuang serpihan tulang berkenaan sebelum mengeluarkan pemegang berus berkenaan.

“Pada mulanya pembedahan nampak berjaya, namun pesakit itu tidak terjaga dari koma dan akhirnya meninggal dunia,” lapor akhbar berkenaan.

Jadikan kisah ini satu pengajaran.Semoga kita lebih berhati-hati dan berwaspada ketika berada didalam bilik air, bagi mengelakkan risiko yang boleh mendatangkan bahaya pada diri seperti terjatuh mahupun tergelincir ditempat sebegini.

Sumber: Hmetro  via mingguanwanita.my

 

Tips dan panduan keselamatan didalam bilik air.

 

Ramai orang mengambil mudah keselamatan di bilik air. Berapa ramai mengetahui kemalangan di bilik air menduduki tempat kedua selepas dapur. Hal ini berlaku kerana kurangnya kesedaran tentang mengambil langkah-langkah keselamatan didalam bilik air.

Bilik air yang licin sentiasa berair dan basah memang mempunyai risiko yang tinggi untuk mengakibatkan seseorang cedera jika langkah-langkah keselamatan tidak diambil. Risiko yang tinggi juga berlaku pada golongan warga emas yang memasuki bilik air kerana keadaan fizikal mereka yang semakin lemah. Apabila sudah tua,kaki mereka tidak lagi kuat,dan mereka sangat terdedah dengan risiko tergelincir didalam bilik air.

Oleh itu,perlu untuk kita memastikan bilik air yang digunakan sentiasa berada didalam keadaan yang selamat.Berikut adalah antara panduan keselamatan di bilik air:

* Jangan memasang lampu jenis boleh ubah suai atau gantung di bilik air kerana dikhuatiri terkena percikan air.

* Jika mahu memasang lampu di bilik air, pastikan tangan kering. Seeloknya pasang mentol bersama penebat kerana bukan saja menutup bahagian logam tetapi melindungi mentol.

* Jangan sesekali menggunakan pencahayaan suram dalam bilik mandi bagi mengelakkan kemalangan akibat kurang cahaya.

* Jauhkan punca elektrik daripada sumber air.

* Pasang lampu kecil dalam kabinet menyimpan peralatan membersih diri bagi mengelakkan daripada tersalah ambil terutama malam hari.

* Pisahkan ruang kering yang merangkumi kabinet menyimpan peralatan mandi, sinki dan tandas dengan ruang basah menempatkan tempat mandi dan rak tuala bagi mengurangkan risiko tergelincir.

* Letak alas kaki di luar dan dalam bilik air bagi mengelakkan tergelincir jika keluar dengan kaki yang masih basah.

* Jika lantai dalam bilik air berkemasan licin, gunakan pelapik getah yang membenarkan laluan air sebagai pelapik lantai.

* Pastikan lantai bilik air kering terutama selepas digunakan bagi mengelakkan orang yang bakal menggunakan tergelincir.

* Jika menggunakan tirai sebagai pelindung tab, pastikan dimasukkan ke dalam tab ketika mandi supaya renjisan air mandi tidak mengalir ke lantai.

* Sediakan bangku kecil terutama jika bilik air digunakan oleh kanak-kanak bagi meninggikan kedudukan mereka supaya dapat menggunakan sink dengan selesa.

* Jika bilik air digunakan golongan tua, pastikan rel dipasang pada dinding bagi memudahkan mereka berpaut.

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Category: Berita Semasa

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *