Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Nauzubillahminzalik. Inilah azab Allah kepada ibu yang enggan menyusukan anak.

| August 6, 2018 | 0 Comments

Wanita ialah makhluk yang sangat mulia yang Allah ciptakan di dunia ini. Tanpa mereka, hidup kaum lelaki di dunia ini menjadi kosong.

Malah, dalam Islam sekali pun, mereka menduduki tempat yang sangat mulia dalam Islam. Allah menganugerahinya mengandung dan melahirkan. Disamping itu, nikmat menyusu diberikan kepada seorang yang bergelar ibu. Allah mengurniakan air susu buat ibu yang melahirkan zuriat. Susu ibu sangat tinggi khasiatnya jika dibandingkan dengan susu formula. Semahal mana pun, susu formula tidak mampu menyaingi khasiat susu ibu. Itulah kelebihan yang Allah kurniakan pada seorang yang bergelar wanita yang bergelar ibu.

Malah, dalam satu hadith, jika ibu dan ayahmu menyuruhmu secara serentak, pangilan siapakah yang harus dipenuhi dahulu?

Jawab Baginda, ibumu, ibumu, ibumu..kemudian baru ayahmu.

عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ جَاءَ رَجُلٌ إِلَى رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ :يَا رَسُوْلَ اللهِ، مَنْ أَحَقُّ النَّاسِ بِحُسْنِ صَحَابَتِي؟ قَالَ أُمُّكَ، قَالَ ثُمَّ مَنْ؟ قَالَ أُمُّكَ، قَالَ ثُمَّ مَنْ؟ قَالَ أُمُّكَ، قَالَ ثُمَّ مَنْ، قَالَ أَبُوْكَ

Dari Abu Hurairah radhiyallaahu ‘anhu, belia berkata, “Seseorang datang kepada Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam dan berkata, ‘Wahai Rasulullah, kepada siapakah aku harus berbakti pertama kali?’ Nabi shalallaahu ‘alaihi wasallam menjawab, ‘Ibumu!’ Dan orang tersebut kembali bertanya, ‘Kemudian siapa lagi?’ Nabi shalallaahu ‘alaihi wasallam menjawab, ‘Ibumu!’ Orang tersebut bertanya kembali, ‘Kemudian siapa lagi?’ Beliau menjawab, ‘Ibumu.’ Orang tersebut bertanya kembali, ‘Kemudian siapa lagi,’ Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam menjawab, ‘Kemudian ayahmu.’” (HR. Bukhari no. 5971 dan Muslim no. 2548)

Namun, ada sesetengah ibu yang tidak menghargai nikmat dan kemuliaan yang diberikan olehnya. Sehinggakan melepaskan tanggungjawab besar menyusui anak dengan berbagai alasan. Sebagai contoh, sibuk berkerja dan ingin menjaga tubuh badan agar kekal cantik dan sebagainya. Sehingga mendatangkan kemudharatan kepada anaknya.

Dari Abu Ummah, Rasulullah SAW berkata, “Kemudian Malaikat itu menjemput saya untuk meneruskan perjalanan, tiba-tiba saya melihat beberapa wanita yang payudara hancur oleh ular yang ganas. Saya bertanya: ‘Mengapa mereka?’ Malaikat itu menjawab: ‘Mereka adalah wanita yang tidak mahu menyusui anak mereka (tanpa sebab sharjah).’ menyatakan: “Ini adalah hadis sahih dari Abu Umamah Al Bahili radhiyallahu ‘anhu.” Hadis ini juga dianggap sahih oleh Imam Al-Albani).

Dalam hadis lain Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Jika ular di neraka menyengat satu gigitan, akan menyebabkan panas demam selama empat puluh musim. Demikian juga kala jengking di neraka, ketika menggigit satu gigitan akan menyebabkan panas demam selama empat puluh musim,” (HR. Al-Baihaqi).

 

 

Sumber: Islamikinfo.com

 

Apakah faedah penyusuan badan?

Menyusukan bayi anda memberi banyak faedah. Berikut adalah di antaranya:
Ia mengurangkan risiko bayi mengalami sindrom kematian bayi mengejut (SIDS).
Ia membantu bayi anda melawan jangkitan dan membentuk bakteria baik dalam sistem pencernaannya. Bayi anda mendapat kesemua nutrien yang diperlukan untuk membesar dengan baik daripada susu anda, disamping mendapat perlindungan daripada bakteria berbahaya.

Susu ibu mengandungi antibodi daripada badan anda yang membantu melindungi bayi anda daripada sakit perut (gastroenteritis), selesema, jangkitan dada dan jangkitan telinga.
Ia membantu membentuk ikatan rapat di antara ibu dan anak, dan dapat membantu mengelakkan kemurungan selepas bersalin (meroyan).

Ia mempersiap-sediakan bayi anda merasa pelbagai rasa yang berbeza. Berbanding dengan susu formula, susu ibu mempunyai rasa berbeza, bergantung kepada apa yang anda makan. Dengan ini, bayi anda akan kurang cerewet dalam memilih makanan apabila dia sudah bercerai susu kelak.

Apabila bayi anda sudah besar sedikit, penyusuan badan menjadi satu cara untuk menenangkan bayi jika dia tidak sihat dan tidak lalu makan. Susu ibu juga membantu bayi sembuh daripada penyakit dengan lebih cepat. Apabila bayi anda sudah mula makan makanan pejal, anda masih boleh meneruskan penyusuan badan.

Selain antibodi dalam susu anda, badan anda berfungsi menghasilkan antibodi-antibodi baru sebaik saja anda terdedah kepada jangkitan. Bayi anda mungkin terkena jangkitan, dan sebaik sahaja anda sendiri dijangkiti, badan anda segera bekerja untuk menghasilkan antibodi. Antibodi ini seterusnya dipindahkan ke dalam susu anda, sedia untuk diterima bayi sebaik saja dia menyusu.

Jika anda menyusukan bayi anda secara eksklusif selama enam bulan yang pertama, dalam jangka masa setahun hidupnya bayi anda kurang berkemungkinan terkena jangkitan, dan sembuh lebih cepat jika sakit. Oleh itu, anda mungkin mahu berfikir panjang jika hendak menghentikan penyusuan badan atau menggabungkannya dengan susu formula.

Susu ibu juga mengurangkan risiko bayi mendapat masalah nafas berdehit dalam zaman awal kanak-kanaknya dan ekzema yang teruk. Malah ia juga membantu mengelakkan bayi mendapat penyakit serius seperti leukimia, serta membantu bayi membesar dengan berat badan yang sihat. Ini seterusnya membantu anak mengelakkan penyakit berkaitan berat badan seperti kencing manis jenis ke-2 apabila dia lebih besar.

Susu ibu mempunyai rantai ganda asid lemak politaktepu, yang penting untuk membantu perkembangan otak bayi.

Penyusuan badan juga merupakan pilihan yang paling sihat bagi anda. Ia membantu anda mengurangkan berat badan dan mengekalkannya di kemudian hari. Ia mengurangkan risiko anda mendapat kencing manis jenis ke-2, kanser payudara pra-menopaus dan kanser ovari. Untuk satu jangka masa, penyuan badan juga menghentikan sementara ovulasi, maka anda bebas daripada haid untuk tempoh tertentu.

Dari sudut praktikal, satu faedah besar penyusuan badan ialah ianya sangat mudah diurus. Tiada apa untuk dicuci, disteril atau disediakan.

Anda dan bayi anda akan gembira melakukannya, dan anda akan merasakan satu kepuasan melihat dia membesar dan berkembang. Dan semua itu disebabkan usaha anda!

Disemak oleh pendidik antenatal dan kaunselor penyusuan badan, Jennifer Hor. Beliau juga merupakan penulis bersama Asian Parenting Today.

 

Sumber: babycenter.com.my

Loading...

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Category: Agama

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *