Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Di Jepun,inilah pekerjaan paling bahagia.Namun di Malaysia ramai anggap biasa².

| August 6, 2018 | 0 Comments

Osaka: Sebuah kilang memproses makanan berasaskan udang di sini, mungkin menjadi tempat kerja paling bahagia di dunia apabila pekerjanya boleh datang dan balik serta bercuti pada bila-bila masa yang mereka suka.

Semuanya bermula lima tahun lalu, apabila pihak pengurusan kilang itu mengambil keputusan untuk mengurangkan kos tenaga kerja bagi meningkatkan pendapatan syarikat.

Bagaimanapun, syarikat itu tidak membuang pekerja sebaliknya ia menghapuskan konsep jadual bekerja.

Pekerja kini boleh datang dan balik pada bila-bila masa yang mereka suka dan apa yang perlu lakukan adalah menulis beberapa jam mereka bekerja di papan yang disediakan.

Lebih menarik lagi, pekerja kilang itu juga boleh mengambil cuti pada bila-bila masa yang mereka suka tanpa memberitahu atau meminta kebenaran daripada majikan.

SEORANG pekerja menuliskan jumlah jam bekerja di kilang berkenaan sebelum dia pulang. FOTO Facebook
Pada mulanya, ramai berpendapat membiarkan pekerja menguruskan waktu kerja mereka sendiri bakal menyebabkan produktiviti menurun atau kilang sering mengalami masalah kekurangan bekerja.

Namun, produktiviti kilang itu dilaporkan meningkat dan kos pengurusan berjaya dikurangkan kepada hampir satu pertiga.

Dalam tempoh lima tahun, setiap pekerja di kilang itu hanya mengambil cuti sebanyak satu hari.

Kerja di kilang itu termasuk membuang kulit udang, menimbang, memasak dan mengetin produk makanan laut yang dihasilkan syarikat berkenaan untuk dipasarkan.

Sumber: hmetro.com.my

 

16 Pekerjaan Gaji Tinggi Di Malaysia Tanpa Perlukan Ijazah.

 

Di Malaysia untuk bekerja di mana-mana agensi swasta atau kerajaan, perlu diingat bahawa kelulusan minima yang perlu ada ialah SPM (Sijil Pelajaran Malaysia). Bukan itu sahaja tetapi pelajar juga harus aktif dalam ko-kurikulum dan mendapat komen positif dalam sijil berhenti sekolah. Ini adalah penting, walaupun seseorang itu tidak berminat, berkemampuan atau layak untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading, perkara yang disebutkan tadi mestilah ada untuk rujukan bakal majikan. Ini perlu difahami dan senario ini mungkin berbeza dengan negara-negara lain. Berikut adalah 17 kerjaya yang yang boleh memberi pulangan yang lumayan kepada yang berminat, walaupun anda tidak mempunyai ijazah dari universiti.

1. Juruterbang.

Kerjaya ini memerlukan modal yang besar kerana kursus yang ditawarkan sebelum anda menjadi seorang juruterbang bertauliah boleh sampai ke ratusan ribu ringgit. Walaubagaimana pun, gaji yang bakal anda terima juga amat lumayan sekali. Terdapat beberapa akademi yang menyediakan kursus Commercial Pilot Licence, seperti Malaysian Flying Academy yang terletak di Melaka

2. Penasihat kewangan.

Juga dikenali sebagai wealth advisor merupakan individu yang mengurus dan memberi khidmat nasihat terhadap pelaburan kewangan anda, sebagai contoh dalam unit amanah. Semua bank dan institusi kewangan ada menawarkan banyak pilihan kepada pengguna untuk melaburkan wang mereka.

3. Agen Insuran.

Cara untuk menjadi ejen insuran ialah pemohon perlu lulus ujian berkaitan. Antara syarikat yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia dan popular di Malaysia adalah Takaful Ikhlas Sdn Bhd, Prudential BSN Takaful Berhad, Etiqa Takaful Berhad dan lainlain. Terbukti telah ramai yang berjaya malah menjadi jutawan selepas menceburi bidang ini.

4. Agen hartanah.

Menjadi ejen hartanah atau property agent juga boleh mendatangkan pulangan dan kepuasan yang besar kepada sesiapa yang berminat. Baca di sini berkaitan pensijilan yang diperlukan untuk menjadi ejen hartanah profesional. Broker Rumah, Broker Tanah, ini adalah istilah lain yang biasa kita dengar. Mereka ini telah berjaya mengaut keuntungan yang amat lumayan hasil daripada ‘mark-up’ harga hartanah yang dijual. Ada yang menjangkau angka RM50,000 untung atas angin selepas satu jualan yang telah dihasilkan.

Bagi mereka yang berminat untuk bekerja di dalam bidang oil and gas seperti di Petronas, MMHE, Schlumberger, Talisman Energy, untuk menjadi tenaga kerja pakar dan berkelayakan, anda perlu menduduki sijil-sijil profesional yang ditawarkan oleh CSWIP dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (SkillsMalaysia). Rig Operator / Operator pelantar minyak di antara kerjaya yang menjanjikan pendapatan tinggi. Kebaikan sijil yang dikeluarkan CSWIP ialah ia diiktiraf diperingkat antarabangsa dan bukan sahaja di Malaysia. Antara sijil, dan seterusnya kerjaya yang anda boleh ceburi ialah;

5. Welding Inspector.

6. Welding QC Co-ordinator.

7. Plant Inspector.

8. Offshore Inspection.

9. Non-destructive Testing.

10. Plastics Welders.

11. Welder (ini juga terdapat pelbagai-bagai pengkhususan)

Satu lagi badan yang banyak menawarkan sijil-sijil profesional ialah NIOSH atau National Institute Of Safety and Health (Malaysia).

12. Safety & Health Officer.

Bidang tugas ialah untuk memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja di sesuatu premis pekerjaan / organisasi itu mengikut standard DOSH. (Jangan lupa, gaji besar tetapi tanggungjawab juga besar)

13. Rig Operator / Operator pelantar minyak.

Pekerja am yang membantu kerja-kerja di atas pelantar minyak. Kebanyakkan latihan diperolehi dari masa ke semasa semasa menjalankan tugas. Elaun harian yang diterima pastinya dapat menambahkan pendapatan. namun perlu ingat bahawa kerjaya sebegini‚ perlu berkorban untuk berjauhan dengan keluarga.

14. Wireman.

Untuk melaksanakan pemasangan elektrik dan pengujian di tapak. Wireman ini juga mempunyai pelbagai peringkat membolehkan mereka mengendalikan litar satu fasa atau tiga fasa untuk kawasan kediaman atau komersil.

15. Chargeman.

Mengendalikan sistem elektrikal Voltan Melebihi Voltan Rendah (Tanpa Talian Aerial dan Stesen Janakuasa Voltan Melebihi Voltan Rendah

16. RoHS officer.

RoHS atau Restriction of Hazardous Substances Directive adalah satu arahan untuk menyekat penggunaan daripada bahan-bahan berbahaya tertentu dalam peralatan elektrik dan elektronik. Di Malaysia, banyak syarikat pembuatan antarabangsa memerlukan pegawai RoHS untuk memeriksa dan mengesahkan barangan mereka memenuhi standard RoHS. Terdapat banyak agensi yang menyediakan kursus pensijilan kepada mereka yang berminat untuk menjadi pegawai RoHS.

Kepada pelajar yang mempunyai keputusan SPM yang tidak begitu cemerlang, jangan takut. Banyak jenis pekerjaan yang boleh anda ceburi. Apa yang anda perlu ada ialah usaha dan semangat yang tinggi untuk berjaya. Ramai orang sangka bahawa untuk memulakan sesuatu perniagaan online‚ memerlukan modal besar, namun anda silap kerana anda mampu berjaya dalam bidang ini tanpa menggunakan modal yang besar. Anda boleh bermula dengan konsep dropship, di mana anda tidak perlu mengeluarkan modal untuk stok barang. Cukup dengan mengeluarkan kos iklan dan pemasaran. Anda hanya perlu mengambil order sahaja.‚ Pos barang dan produk semua diurus pemilik produk. Mudah bukan? Ramai yang sudah berjaya menambahkan pendapatan mereka dengan hanya berusaha keras sebagai ejen dropship

Sumber: baituljannah.com

Loading...

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Category: Informasi

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *