Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Amaran!! Saman akan dikeluarkan oleh JPJ kepada yang melakukan “Keke Challenge”

| August 4, 2018 | 0 Comments

JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak akan berkompromi dalam mengambil tindakan kepada orang ramai yang didapati sengaja berhenti untuk melakukan tarian ‘Keke Challenge’ di jalan raya.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Seri Shaharuddin Khalid berkata, pihaknya akan melihat pada kerangka undang-undang yang ada untuk mengambil tindakan terhadap orang ramai terutama anak muda yang ghairah melakukan tarian berkenaan sehingga mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya lain.

“Perbuatan demikian sudah tentu tidak dibenarkan dan sekiranya didapati terdapat pelanggaran undang-undang termasuklah membahayakan pengguna jalan raya yang lain, kita akan mengambil tindakan.

“Malah, bukan kita sahaja, pihak polis trafik juga turut akan mengeluarkan saman kepada mereka yang melakukan aksi berkenaan sehingga melanggar undang-undang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan tinjauan dan lawatan kerja ke Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (KIK) Bukit Kayu Hitam, Bukit Kayu Hitam, hari ini.

Sebelum ini tular di media sosial di seluruh dunia termasuk Malaysia, yang mana ramai orang begitu ghairah untuk melakukan gerak tari yang dinamakan ‘Keke Challenge’.

Tarian itu memerlukan penarinya melompat keluar dari kereta yang sedang bergerak, seterusnya menari mengikut alunan lagu, ‘In My Feelings’ nyanyian penyanyi Amerika Syarikat, Drake.

Tarian yang dicetuskan oleh pelawak, Shiggy itu kini menjadi ikutan apabila rakaman video yang dimuat naiknya meraih lebih lima juta tontonan dalam tempoh singkat.

Selain itu, selebriti seperti Will Smith dan Ciara turut meniru aksinya.

Kegilaan baru yang tular di media sosial itu bukan hanya popular di luar negara, malah ramai artis tempatan turut menunjukkan aksi mereka dalam pelbagai gaya.

Sumber: penmerahpress.com

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hari ini menasihatkan pengguna jalan raya supaya tidak terjebak dengan aktiviti menari dengan kereta bergerak, Keke Challenge di jalan raya sehingga membahayakan diri sendiri dan orang lain.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Shaharuddin Khalid berkata,pihaknya boleh mengeluarkan saman kepada individu terbabit jika didapati berlaku perlanggaran undang-undang.

“JPJ mempunyai kerangka undang-undang untuk kita ambil tindakan ke atas pesalah jalan raya dan perbuatan sedemikian juga dilihat tidak mengikut kesopanan dan etika masyarakat.

“Kalau ia melibatkan perlanggaran undang-undang dan ada isu bahaya, mungkin kita akan saman tetapi setakat ini kita akan kaji mengikut undang-undang sedia ada,” katanya pada sidang akhbar dalam lawatan rasminya ke Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam, di sini hari ini.

Keke Challenge tercetus apabila pelawak, Shiggy melakukan tarian tersebut dan rakaman video yang dimuat naik meraih kira-kira lima juta tontonan.

Tarian tersebut memerlukan penarinya melompat keluar dari kereta yang bergerak seterusnya menari mengikut alunan lagu, In My Feelings yang dinyanyikan Drake.

Beberapa selebriti ternama turut meniru aksi tersebut sehingga ia menular ke negara ini.

Pihak polis baru-baru ini turut menasihatkan orang ramai terutama golongan muda supaya berhenti melakukan tarian itu di kawasan jalan raya kerana membahayakan nyawa.

Sumber: Utusan.com

Loading...

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Category: Berita Semasa

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *