Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Isteri suka marah² itu bukan saja². Percayalah,isteri sebenarnya sudah cukup penat.

| August 2, 2018 | 0 Comments

Isteri yang selalu marah-marah ini selalunya bersebab. Bukan sahaja kerana gangguan hormon,tapi boleh jadi ia juga berpunca daripada emosinya yang sudah berat. Akhirnya wanita/isteri ini tidak mampu menanggung amarahnya lalu dilepaskan kepada anak-anak. Lebih parah marahnya isteri kepada anak-anak ada yang membawa penderaan sehingga meragut nyawa anak tanpa disedari.

 

Disebabkan itu,para suami perlu memahami isteri,berusaha menyelami masalah isteri,cuba untuk menenangkan perasaannya. Sekiranya ada masalah bawalah berbincang agar dapat selesaikan dengan cara yang terbaik. Hal ini berkesan untuk membantu mengurangkan marah-marah isteri tu. Para suami pun tenang lah duduk rumah bila isteri tak marah-marah dan kena bebelkan. Nak lagi tips ,jom baca perkongsian saudara Abu Hurairah Asifa ini.

 

Ini Cara Boleh Sejukkan Hati Isteri
Sejak akhir-akhir ni, isteri kerap marah.

Masuk kereta marah, balik rumah marah, tengah mandi marah, dekat dapur marah, tengah suap makan marah, tengah jalan marah.

Allahu, kadang tak mampu menghadapi isteri yang marah ni. Lihat wajahnya sudahlah ngeri, senyumannya menjadi masam macam susu basi, kata-katanya seperti petir yang menyambar bumi. Hanya rupanya masih lah seorang siti.

Bila dia marah, saya lebih banyak diam. Selawat dan minta Tuhan tolong kuatkan hatinya. Kuatkan jiwanya. Kuatkan segalanya. Saya cuba faham tapi tak boleh tanya kenapa.

Kadang berhari-hari melayani marahnya.

Ada masa sejam dua kemudian tambah seminit tiga semula.

Diam dan sabar sahaja, itu kuncinya. Walau demi Allah, tak pernah mudah.

Selesai isteri marah, saya ajak makan. Bagi dia makan apa yang dia suka. Ajak dia pergi Ikea atau mana tempat yang dia suka. Pergi bata beli kasut baru untuknya.

Cuba Tanya Dan Selami Hati Seorang Isteri
Dalam kereta, saya tanya biasa saja.

“Boleh abang tahu kenapa awak marah-marah? Saya kesian dengan awak. Tapi, saya mampu diam sebab saya tak tahu apa masalah sebenar”

Isteri diam. Dia tundukkan wajahnya.

Rupanya dia terbeban. Ya, apalagi dalam hidup hari ini, suami dan isteri perlu saling memburu untuk kelangsungan hidup, maka itu amat menekan emosi isteri.

Dalam dia sibuk bekerja, sebenarnya dia mahu duduk dirumah. Dia mahu hiburkan suaminya. Dia mahu jaga anak-anaknya. Dia mahu masak yang sedap-sedap untuk orang yang dia sayang. Dia mahu memeluk mesra suami dan anaknya.

Tapi, dia tak boleh. Dia juga kena bekerja. Dia juga kena berusaha.Dia kena mencari rezeki bersama. Dia juga tertekan dengan rakan dan stafnya. Dia juga menhadapi bisnes yang turun dan naik.

Itu membuatkan isteri kita akan jadi marah.

Maka, dia bukan marahkan suaminya. Dia cuma tak tahu nak meletakkan marah itu dimana.

Sebab itulah yang kita lihat banyaknya status luahan di KRT atau FB adalah dari wanita yang begini rupa. Mereka marah tanpa mereka sedar.

Jadi apa yang kita boleh buat sebagai suami?

Sama ada kita suka atau tidak, kita hadapi saja marahnya. Panasnya. Emosinya. Rajuknya. Leternya.

Kenapa Isteri Begitu?
Sebab, hanya suami yang isteri kita ada.

Isteri tidak pandai main futsal untuk hilangkan tensen macam kita. Isteri tak reti download movie dan menontonnya sambil suka-suka. Isteri tak pandai keluar berhibur tanpa anak dan suaminya.

Apabila isteri cuba bicara tentang masalah mereka, pada pandangan pihak suami pula terasa yang mereka diberi tanggungjawab untuk memberi penyelesaian pada masalah tersebut.

Tidak! Tak perlu selesaikan pun.

Di sini suami harus faham dimana mereka tidak perlu mencanangkan sebarang penjelasan atau penyelesaian tetapi apa yang perlu dibuat adalah mendengar dan memahami apa yang diluahkan dari hati wanita.

Kerana, apabila isteri mahu meluahkan apa yang dia rasa, itu tanda kita lelaki yang paling dia cinta dan percaya.

Selamat berjuang buat suami yang selalu sabar dengan karenah isteri mereka.

Termasuk saya.

Isteri kita, bukti cinta kita pada Tuhan kita.

 

Kredit: Mingguanwanita.my

Loading...

Category: Agama

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *