Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Virus HFMD semakin menggila di Ibu Kota.Ajarkan anak lakukan perkara ini,utk elak dijangkit.

| August 1, 2018 | 0 Comments

Bilangan 1,379 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) direkodkan di seluruh negara dari 5 Jun hingga 11 Jun iaitu peningkatan sebanyak 83 kes (6.4 peratus) berbanding minggu sebelumnya (1,296 kes).

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata trend peningkatan kes HFMD dikesan dari 24 April hingga 30 April, dengan 794 kes direkodkan melebihi paras amaran – 644 kes seminggu.

Hal ini amat membimbangkan jika berterusan. Ibu bapa perlu mengambil langkah-langkah pencegahan awal serta mengajar anak untuk selalu mencuci tangan agar terhindar daripada di jangkiti oleh virus HFMD. Berikut adalah beberapa langkah awal yang boleh diambil oleh ibu bapa yang dikongsikan oleh Puan Nur Hidayah Razali

 

HFMD Dah Makin Parah Di Kuala Lumpur
Tolong jaga anak kita. Penyakit HFMD sedang mengganas di Ibu Negara Kuala Lumpur!

Di Pulau Pinang katanya dah sampai 1,616 kes penyakit kaki, tangan dan mulut ni! Banyak tu! Berpuluh taska pun dah ditutup.

Itu la kenapa kalau anak kita ada je tanda-tanda ni terus bawa ke klinik kesihatan ataupun hospital :

+ Kurang selera makan
+ Demam
+ Ruam pada bahagian kaki dan tangan
+ Ulser yang banyak di dalam mulut

Benda Paling Penting Mak Ayah Wajib Tahu!
1. Virus penyakit HFMD ni berjangkit dan merebak melalui air liur, cairan kudis, hingus dan najis anak

2. Kalau cairan ni semua kena pada meja ke baby chair ke pemegang pintu ke mainan ke semuanya boleh jadi asbab dan punca penyakit sebab virus tu boleh hidup dan hinggap kat benda ni semua sampai berhari hari hingga berminggu!

3. 2 benda paling penting kita WAJIB KAWAL pada anak kecil kita kalau dah kena HFMD ni. Pertama kawal suhu tubuh supaya tak terlampau tinggi dan kedua, kena jaga minum dia supaya tak dehidrasi. Kalau dah dehidrasi teruk, kena cucuk masuk air la pula nanti

4. Kalau anak dah kena HFMD ni tolong la kuarantin. Kedasyatan penyakit ni adalah dia mampu menularkan sehingga 5 orang budak yang lain. Kiranya kalau 1 orang yang kena dalam sebuah taska, dia mampu menjangkiti 5 orang kawan kawannya

Pesan wanita ini, dia meminta orang ramai kongsi info ini buat mak ayah di luar yang mungkin masih ramai tak tahu pasal HFMD.

Apa pun, mak ayah perlu dedahkan kepada anak-anak supaya lebih kerap membasuh tangan, termasuk menggunakan sabun dan cecair nyah kuman. Malah kalau anak-anak mempunyai tanda demam, tolonglah segera bawa jumpa doktor untuk pemeriksaan kesihatan.

Dan sekiranya betul anak sah kena HFMD, janganlah bawa mangsa yang sakit itu ke tempat awam, sekolah, tadika dan taska bagi mengelakkan kanak-kanak lain turut menerima jangkitan.

 

Apa itu HFMD?

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), penyakit HFMD adalah endemik di Malaysia dan berlaku sepanjang tahun, serta mempunyai tren ’cyclical’ dengan kemuncak setiap tiga tahun.

Penyakit ini disebabkan oleh beberapa jenis virus dan kebanyakannya adalah ringan ke sederhana sahaja. Walau bagaimanapun jangkitan dengan enterovirus 71 (EV71) boleh menjadi teruk dan boleh membawa kematian.

Bagaimana ia merebak?

Virus ini merebak secara kontak dengan air liur, cecair lepuh (blister) dan najis mereka yang berpenyakit dan tempoh inkubasi adalah antara 3-5 hari.

Tanda-tanda penyakit

Kebiasaan jangkitan adalah ringan (mild) dengan gejala 3 demam diikuti ruam melepuh (blister) pada tangan, kaki, mulut dan lidah.

Kanak-kanak pula boleh mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan, muntah, cirit birit dan kurang selera makan.

Namun, hampir keseluruhan pesakit yang menghidap penyakit HFMD pulih tanpa rawatan perubatan dalam masa tujuh hingga sepuluh hari.

Walau bagaimanapun, menurut KKM, jangkitan EV71 boleh menyebabkan komplikasi teruk seperti encephalitis, pulmonary edema dan myocarditis. Namun, ianya jarang berlaku.

Langkah berjaga-jaga

Menurut kenyataan KKM, penyakit ini cepat menular di kalangan kanak-kanak, terutamanya di premis tempat tumpuan kanak-kanak seperti di taska atau tadika.

Oleh itu, KKM menasihatkan ibu bapa kepada kanak-kanak yang mempunyai tanda-tanda jangkitan untuk mengamalkan langkah-langkah seperti berikut.

i. Tidak membawa anak ke tempat-tempat awam/sekolah/taska/tadika/ pusat asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan.

ii. Membawa anak yang mempunyai tanda jangkitan berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan.

iii. Mengamalkan kebersihan dengan mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin, dan selepas menyentuh/merawat lepoh

iv. Membersihkan (basmi kuman menggunakan larutan chlorine based) permainan anak serta lantai rumah terutama tandas.

v. Memastikan pembuangan lampin pakai-buang dibuat dengan betul.

vi. Menggunakan peralatan makan dan minum yang berasingan dan tidak berkongsi barangan dengan anak-anak yang lain.

 

Loading...

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Category: Informasi

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *