Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

6 bulan mak menabung untuk belikan laptop anak.Tapi anak tak nak,alasannya malu guna laptop tu sebab….

| July 31, 2018 | 0 Comments

Kisah ini dikongsikan oleh saudara Abu Hurairah Asifa di laman Facebook milik beliau. Beliau merupakan seorang peniaga yang menjual laptop terpakai. Mendapat pembeli daripada utara.

Untuk menjaga hati pelanggan,digagahkan juga ke utara menempuh perjalanan jauh bersama isteri dan anak-anak demi untuk memenuhi permintaan pelanggannya. Namun setelah sampai,pelanggan itu melihat laptop dan membatalkan untuk membeli laptop berkenaan. Marah bercampur geram bukan kerana dia membatalkan untuk membeli laptop itu,tetapi kerana… Ikuti kisah realiti anak remaja kini.

Hari ini,

2 pelanggan membatalkan pembelian laptop.

Alasannya adalah anak mereka tak minat dan tak mahu, walau setelah seminggu saya hantar gambar dan juga harga.

“Maaf ustaz. Anak saya kata macam calar-calar. Dia nak yang macam baru.”

“Maaf ustaz. Boleh kurang ke? Anak kata duit diskaun tu boleh guna untuk beli buku.”

Saya teringat kisah jual laptop pada seorang pelajar, yang mana saya sanggup drive sampai utara, bawak anak isteri semata-mata sebab ibunya nak minta sangat satu laptop untuk anaknya. Yang paling sedih, maknya sanggup berhutang dan simpankan duit pada saya selama 6 bulan hanya untuk anaknya yang perlukan sebuah laptop.

Sampai saja di kolejnya, saya pun jumpalah pelajar ini di kantin.

Saya keluarkan laptop. Dan tunjukkan padanya.

“Cik cubalah dulu”

Dia tengok je. Sambil tengok kiri kanan. Kemudian, dia keluarkan handphone, dan taip sesuatu.

Ting! Whatsapp saya masuk.

“Ustaz, anak saya macam tak minat lah. Tapi, saya kata guna laptop ni dulu. Nak beli baru saya tak mampu”

Saya pandang je budak ni. Pandang kali ni sekali dengan perasaan yang cukup geram.

“Macamana cik? Tak nak cuba ke. On dulu, kemudian tengok lah. Saya dah format dan install semua software sekali antivirus. Cik guna je”

Dia macam tulah. Senyum pun tidak. Bagi salam pun tak masa jumpa. Muka lawa tapi? Allahu. Saya cuba tahan sabar.

Ting! Whatsapp masuk lagi.

“Ustaz, saya minta maaf. Tengah pujuk ni. Dia kata laptop ni buruk. Malu nanti nak bawak pergi belajar. Dia nak yang laptop terbaru”

Cukup! Saya letak handphone!

“Cik, saya minta maaf kalau laptop ni nampak macam buruk. Macam lama tapi ini lah yang mak cik mampu belikan. Harga dia RM599 tapi semua masih baik. Saya dah belikan sekali charger baru, bateri baru. Cik tahu tak, mak cik kumpul duit 6 bulan, simpan dengan saya, hutang dengan orang semata-mata nak belikan untuk cik. Saya datang beratus kilometer ni sebab mak cik tau tak? Sebab mak. Mak tu sumber berkat. Mak tu jiwa dan hati kita!”

Kali ni sabar tak mampu dah saya pegang.

Saya tak kisah soal laptop ni sangat, cuma saya lebih fikirkan soal mak dia yang bersusah payah demi laptop ni. Ya, itu yang menyakitkan hati ni!

Dia diam dan masih kayu kat depan ni.

“Baiklah. Saya pulangkan duit pada mak cik. Cik tak minat kan? Takpe. InsyaAllah, esok lusa adalah pembeli yang beli nanti. Jagalah hati mak. Apa yang mak bagi, ambillah. Yang penting, berkat cik. Berkat. Tak berkat hidup ni, belajarlah tinggi mana pun tak kemana. Saya minta maaf ya”

Saya berlalu dengan penuh rasa di jiwa.

Penat lagi. Masa yang habis lagi.

Ting! Whatsapp masuk lagi.

Saya tak mampu baca lagi. Mak dia sedih dan menangis sebab anaknya tak nak laptop yang dibelikan dengan jerih dan payah.

Ingat wahai anak.

Setitis airmata ibu kerana keterasaannya pada kita, akan membuatkan Allah menutupkan segala pintu syurga.

Titik!

Loading...

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Category: kisah viral

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *