Ramai Guru DIPAKSA Jaga Sekolah Waktu Cuti, Ini Respon MENGEJUTKAN Menteri Pendidikan !!!

| November 25, 2017 | 0 Comments

Ramai Guru DIPAKSA Jaga Sekolah Waktu Cuti, Ini Respon MENGEJUTKAN Menteri Pendidikan !!! | Bagi guru yang mengajar di sekolah yang jauh dari kampung halaman, cuti sekolah merupakan masa terbaik untuk mereka pulang ke kampung untuk menjenguk keluarga. Tambahan pula bagi suami isteri yang berjauhan, waktu cutilah sepatutnya waktu yang diperuntukan bersama suami isteri. Tetapi waktu berharga mereka seringkali terganggu dengan pentadbir sekolah yang memanggil mereka untuk bertugas “menjaga” sekolah.

Perkara ini bagaikan tiada kesudahan dan seolah-olah keluhan mereka tidak didengari. Mungkin kerana ada klausa yang membenarkan mereka dipanggil untuk bertugas semasa cuti. Sebaiknya klausa itu dikaji semula oleh pihak berwajib supaya guru mempunyai lebih masa bersama keluarga kerana sudah maklum tugas guru sekarang semakin hari semakin bertambah.

Cuti akhir tahun baru bermula dan seolah ada sinar yang menanti dihujung sana bagi para guru dengan terbitnya sebuah posting dari  facebook menteri pendidikan yang menyatakan guru tidak sepatutnya dipanggil untuk menjaga sekolah bergilir-gilir kerana itu bukan tugas mereka. mereka hanya boleh dipanggil untuk tugasan rasmi sahaja seperti kursus, atau mengawas peperiksaan awam sahaja.

Cuti sekolah akhir tahun: Guru hadir tugasan rasmi sahaja seperti kursus, mengawas peperiksaan awam seperti SPM dan…

Posted by Mahdzir Khalid on Friday, November 24, 2017

Posting ini mendapat 3200 like dan 1700 share dalam masa 4 jam menunjukkan rata-rata guru tidak bersetuju dengan tindakan pihak pentadbir memanggil guru untuk bertugas menjaga sekolah pada waktu cuti. Ini sebahagian komen yang sempat di screenshoot.

Diharap pihak berwajib dapat menyelesaikan perkara ini dengan mengeluarkan pekeliling baru supaya perkara ini dapat diselesaikan.

Sumber:- Khalifah Media Networks

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: kisah viral

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *