Lepas Baby Shima, Mas Idayu Buat Hal Lagi. Pergaduhan Yang Buat Ramai TERGAMAM !!!

| November 25, 2017 | 0 Comments

Lepas Baby Shima, Mas Idayu Buat Hal Lagi. Pergaduhan Yang Buat Ramai TERGAMAM !!!  | KUALA LUMPUR: ‘Saya marah kerana sayangkan dia… Saya tahu potensi dirinya dan sudah beri segala-galanya sebelum persembahan.’ Begitulah penjelasan ratu dangdut, Mas Idayu yang sejak beberapa hari lalu, ‘panas’ apabila video yang memaparkan dirinya memarahi Baby Shima, peserta negara dalam program realiti, D’Academy Asia di Jakarta, Indonesia, hangat diperkatakan netizen.

Memberitahu BH Online, Mas Idayu berkata, dia tidak berniat memalukan Shima ketika mengulas persembahannya, sebaliknya kesal dan kecewa dengan aksi yang ditunjukkan.

“Siapa yang kenal saya tahu sikap tegas saya dalam mendidik. Ini kerana bagi saya, dia (Shima) seperti anak saya sendiri. Pasti saya berharap dia memberikan yang terbaik.

“Peminat tidak tahu, saya bersama Shima bersengkang mata sehingga jam 3 pagi sebelum konsert diadakan pada sebelah malam. Kami sama-sama berlatih untuk memberi persembahan terbaik sebagai wakil Malaysia,” katanya.

Dalam insiden itu, Shima atau nama sebenarnya, Nor Ashima Ramli, dimarahi Mas Idayu selepas mendendangkan lagu Wulan Merindu pada konsert minggu ketiga pertandingan yang membariskan peserta dari Asia itu.

Selain Shima, Malaysia diwakili seorang lagi peserta iaitu ahli kumpulan Forteen, One.

Mas Idayu yang popular dengan lagu Sengol-Sengolan Cubit-Cubitan itu berkata, dia tidak dapat berkompromi dengan apa yang disifatkannya sebagai persembahan ‘tidak menjadi’ Shima pada malam itu.

Tambahnya, duduk di kerusi hakim bersama juri dari negara lain membuatkan dirinya malu dan kecewa dengan persembahan Shima.

“Kita kena sedar peserta dari negara lain memberi persembahan yang sangat bagus dan ada kualiti tersendiri.

“Saya mahu Malaysia mampu memberi saingan dan tidak lemah,” katanya.

Mas Idayu berkata, dia marah kerana Shima mempunyai pakej lengkap sebagai penyanyi dan berpotensi pergi lebih jauh jika dia lebih fokus dalam kerjaya nyanyiannya.

Akui Mas Idayu, sudah menjadi tanggungjawabnya untuk mempertahankan peserta Malaysia, namun apakan daya, Shima gagal memberikan persembahan yang baik.

“Saya sedih kerana Shima seolah-olah tidak beroleh ilmu yang saya ajar. Kalau saya sanggup bersengkang mata, dia juga perlu sama-sama menghargainya dan mampu memberi persembahan terbaik,” katanya.

Mengenai kritikan netizen terhadapnya, Mas Idayu enggan mengambil kisah dan menganggap peminat tidak tahu cerita di sebalik insiden itu.

“Tidak mengapalah… Mereka tak tahu apa yang berlaku dan ini membantu Shima popular. Pada masa sama, ia juga memperkuatkan karektor saya sebagai juri.

“Kritikan dan hentaman mereka menguatkan lagi saya sebagai juri dan misi membawa nama negara,” katanya.

VIDEO PERGADUHAN MAS IDAYU DAN SOIMAH

Soimah dan Mas Idayu kayak kucing dan anjing, berantem terus! Mau lihat keseruan mereka di D’Academy Asia?

Sumber:- AstroGempak

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: kisah viral

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *