KECOH Telur Ikan BERACUN ! Setelah Disiasat, Ini Jawapan Jabatan Perikanan Malaysia !!!

| October 28, 2017 | 0 Comments

KECOH Telur Ikan BERACUN ! Setelah Disiasat, Ini Jawapan Jabatan Perikanan Malaysia !!! | Baru-baru ini viral di media sosial tentang telur ikan beracun. Banyak page-page yang membuat perkongsian maklumat tersebut tanpa mendapatkan maklumat sebenar dan menyiasat terlebih dahulu maklumat. Ini respon jabatan perikanan tentang  kesahihan telur ikan beracun yang viral di media sosial baru-baru ini.

JABATAN PERIKANAN MALAYSIA (DOF) SIASAT TULAR KESAHIHAN TELUR IKAN BERACUN DI MEDIA SOSIAL

1. Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) mendapati terdapat satu berita yang kini tersebar dalam media sosial mendakwa bahawa terdapat telur ikan beracun yang ditularkan (viral) sejak 26 Oktober 2017 yang lalu.

2. Berdasarkan gambar yang ditularkan (viral) di media sosial, didapati ikan tersebut adalah dari spesis ikan tamban.

3. Bahagian Biosekuriti Perikanan dan Institut Penyelidikan Kesihatan Ikan (NaFISH), Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) telah menyiasat kesahihan maklumat seperti yang ditularkan ini. NaFISH telah melalui perbincangan awal bersama Jabatan Perikanan Sabah, FRI Bintawa dan unit makmal Biosekuriti negeri-negeri untuk melakukan pra-pemeriksaan sampel ikan di lokasi-lokasi yang mempunyai musim ikan tamban.

4. Sampel ikan tamban/sardin di pasar atau di jeti pendaratan ikan diambil untuk pemeriksaan fizikal (warna dan perubahan bahagian abdomen) seterusnya dibelah bagi tujuan penyelidikan.

5. Unit Biosekuriti Perikanan di setiap negeri juga digerakkan untuk melakukan pemantauan serta mengenal pasti spesis-spesis ikan yang didaratkan.

6. Buat masa ini, hasil dari pemeriksaan dan ujian yang dijalankan oleh pihak biosekuriti negeri-negeri dan juga NaFISH mendapati tiada penemuan ikan seperti yang ditularkan (viral) dalam negara.

Sumber: Jabatan Perikanan

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: kisah viral

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *