Selepas Pengakuan ‘Panas’ Joy. Ini Respon Terbaru Hafiz Yg Buat Ramai SETUJU !!!

| October 11, 2017 | 0 Comments

Selepas Pengakuan ‘Panas’ Joy. Ini Respon Terbaru Hafiz Yg Buat Ramai SETUJU !!! | PENYANYI Hafiz Hamidun tidak mahu melayan segala ‘drama’ yang dibangkitkan isterinya Siti Arifah Amin atau Joy Revfa mengenai status perkahwinan mereka. Hafiz, 33, juga meminta Joy berhenti memberikan sebarang kenyataan membabitkannya.

“Kes kami masih dalam perbicaraan. Sepatutnya dia tidak boleh memberikan sebarang kenyataan. Segala keputusan hanya diketahui pada 9 November ini.

“Lagipun, saya juga sudah melantik peguam bagi menguruskan kes ini. Sementara menunggu tarikh perbicaraan semula, saya berharap dia tidak mengeluarkan sebarang kenyataan membabitkan saya. Saya takkan layan ‘drama’ daripada dia,” katanya.

Hafiz mendakwa, kenyataan dibuat Joy itu seperti membangkitkan rasa benci orang ramai sekali gus menghentam dirinya.

Joy menerusi Instagramnya semalam mendakwa keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam mengesahkan perceraiannya dengan bekas suami, Mohd Rayos Abdul Rahim jatuh dengan talak satu dua tahun lalu sekali gus menafikan dia masih berstatus isteri orang ketika berkahwin dengan Hafiz pada 1 Mei lalu.

Sementara itu, Hafiz menerusi kenyataan di Twitter menafikan kenyataan Joy bahawa mereka pernah bersama (mengadakan hubungan kelamin) seperti yang dimuat naik di Facebook dan Instagram Joy.

Hafiz berkata, keputusan mahkamah semalam adalah berkaitan perceraian Joy pada perkahwinan pertamanya dan ia tiada kaitan dengan kes perkahwinan mereka.

“No, saya menafikan. Tak pernah bersama pun. Sah bercerai hari ini (semalam) tapi kenapa dia nak cakap perkahwinan dengan saya sah?

“Sabar dulu, kes mahkamah antara saya dan Siti Arifah belum selesai lagi pun. Jangan buat spekulasi apa-apa,” tulisnya.

Sumber:- Harian Metro

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: kisah viral

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *