Alat Pengesan Logam Tiba² Berbunyi, Apa Yg Lelaki Ini Temui Sangat MENGEJUTKAN !!!

| October 3, 2017 | 0 Comments

Alat Pengesan Logam Tiba² Berbunyi, Apa Yg Lelaki Ini Temui Sangat MENGEJUTKAN !!! | Hutan Sherwood sangat sinonim dengan legenda Robin Hood yang menjadi dikenali oleh penduduk kampung sebagai ‘penjenayah yang baik hati’. Hal ini kerana Robin Hood melakukan aktiviti jenayahnya dengan merompak harta orang kaya untuk diberikan kepada masyarakat miskin.

 

Menurut laporan EraBaru, seorang pemburu harta karun telah bernasib baik setelah beliau menemui sebentuk cincin purba di sekitar kawasan hutan Nottinghamshire berkenaan. Cincin purba ini dikatakan ditemui di dalam tanah dan dipercayai berasal dari abad ke-14. Malahan, anggaran nilai cincin purba ini juga dikatakan mencapai sehingga RM367,000 ($87,000)!

Artifak yang sungguh bernilai ini telah ditemui oleh Mark Thompson yang sepanjang hidupnya bekerja sebagai pengecat jentera forklift. Namun, hidupnya mulai berubah 360 darjah apabila alat penjejak logamnya mengeluarkan bunyi sewaktu Mark sedang menjejak barangan logam di kawasan itu.

Mark yang berusia 34 tahun mula berminat untuk mengumpul barangan logam kira-kira 18 bulan yang lalu. Pada awalnya, Mark melakukannya sekadar hobi dan suka-suka dan berharap akan menemui duit syiling ataupun barangan lain yang tercicir oleh para pengunjung.

Sebaik sahaja alat penjejaknya berbunyi, Mark mula menggali tanah sebelum melihat pancaran sinar emas di dalam tanah tersebut. Sebaik sahaja membersihkannya, Mark mendapati ianya adalah sebentuk cincin dengan perhiasan batu nilam yang sangat cantik dan besar.

Mark kemudiannya membuat laporan mengenai penemuan tersebut yang kini sedang dalam proses mengenalpasti ketulenan harta karun berkenaan. Dia kemudian dimaklumkan oleh para pelelong bahawa nilai cincin tersebut berkemungkinan boleh mencecah di antara RM105,568 sehingga RM367,375.

“Ia adalah satu penemuan yang sangat berharga sepanjang hidup. Saya benar-benar tidak menjangkakannya dan ia mungkin boleh mengubah hidup saya”.

Menurut Mark, dia yang selama ini duduk di rumah sewa berharap untuk membeli sebuah rumah dan berpindah ke tempat lain yang lebih selesa.

Dot Boughton, pegawai perhubungan daerah mengesahkan bahawa cincin tersebut telah dibawa ke Muzium British bagi menjalani ujian dan kes ini telah dirujuk ke pihak atasan supaya ianya boleh diklasifikasikan sebagai khazanah negara.

Cincin tersebut yang turut dihiasi dengan ukiran seorang bayi Kristian pada satu bahagian dan seorang wanita Kristian pada bahagian lain dipercayai berasal daripada abad ke-14 (tahun 1301 hingga 1400).

Setelah cincin ini dinilai oleh pakar dan disahkan sebagai khazanah, ianya akan ditawarkan kepada pihak muzium untuk membelinya. Sebagai individu yang bertanggungjawab menemui cincin berkenaan, Mark akan menerima ganjarannya.

Selain Mark, seorang lagi pemburu harta karun amatur di utara Yorkshire bernama Lee Rossiter telah menemui sebentuk cincin Tudor yang sangat bernilai. Atas penemuan tersebut, lelaki berkenaan menerima ganjaran wang tunai dalam nilai lima angka!

Cincin berkenaan dikatakan berasal dari abad ke-15 dan mengandungi 80% emas tulen serta dihiasi batu zamrud dan batu delima. Ianya ditemui dengan alat pengesan logam murah yang dibeli daripada laman eBay.

Sumber: EraBaru

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: kisah viral

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *