Histeria Ketika Menonton Filem “Annabelle”. Saksi Kejadian DEDAH Cerita SEBENAR !!!

| August 10, 2017 | 0 Comments

Histeria Ketika Menonton Filem “Annabelle”. Saksi Kejadian DEDAH Cerita SEBENAR !!! | Seorang wanita tiba-tiba meracau ketika sedang menonton filem seram Annabelle Creation malam tadi menjadi viral di media sosial. Kejadian dipercayai berlaku di sebuah panggung wayang di Kuala Terengganu. Wanita itu dikatakan tiba-tiba menjerit-jerit kesakitan semasa filem di ditayangkan.

Kejadian itu disedari oleh orang awam yang berada disitu dan pihak pawagam bertindak menghentikan tayangan filem itu dan meminta bantuan perubatan.

Walaubagaimanapun, kisah histeria di pawagam Kuala Terengganu yang menjadi tular itu bukanlah seperti yang digembar gemburkan malam tadi.

Sebaliknyanya, wanita itu hanya mengalami kekejangan otot kerana suhu penghawa dingin yang terlalu sejuk di dalam pawagam.

“Saya tahu situasi sebenar yang berlaku sebab saya duduk di barisan hadapan dia. Kaki dia cramp sebab sejuk air condition, bukan kena rasuk,” tulis seorang saksi, Sis Biela di Facebooknya.

Filem prekuel Annabelle Creation itu mula ditayangkan di seluruh Malaysia pada malam tadi dan mendapat reaksi positif daripada penggemar filem seram.

Posted by Metafora Anafora on Wednesday, August 9, 2017

Filem Annabelle Creation mengisahkan pasangan suami isteri yang telah kehilangan seorang anak perempuan, Bee, yang maut akibat kemalangan.

Disebabkan terlalu obses dengan anak tunggal mereka, Mereka telah membuat perjanjian dengan syaitan untuk membolehkan pasangan itu melihat kehadiran anaknya di rumah.

Sumber:- Astro Gempak

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: kisah viral

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *