Dengar Suara ANEH Minta Tolong Buang Tanah Pd Mata Pembajak. Apa Terjadi Sangat MENGEJUTKAN !!!

| August 9, 2017 | 0 Comments

Dengar Suara ANEH Minta Tolong Buang Tanah Pd Mata Pembajak. Apa Terjadi Sangat MENGEJUTKAN !!! | PARIT BUNTAR: Azman Shah Baharudin sedang memandu traktor pembajak di Kampung Parit Haji Wahab, Tanjung Piandang, apabila tiba-tiba mendakwa mendengar ‘suara’ memintanya membuang tanah yang melekat pada mata pembajak.

Jam sekitar 12.30 tengah hari pada Ahad lalu, ketika mengendalikan jentera itu, Azman, 32, mendakwa suara itu memanggil dan meminta pertolongan supaya membuang tanah yang melekat pada mata pisau jentera dikendalikannya.

Katanya, dia kemudian memberhentikan jentera tetapi mata pembajak masih berputar, untuk membuang tanah yang melekat.

“Ketika memberhentikan jentera, saya terus mencari suara itu dan ianya berulang kali meminta saya menendang ketulan tanah di hujung pisau jentera yang berputar.

“Saya seperti terpukau dengan suara itu dan sebaik menghulurkan kaki pada pisau itu, terus kaki saya ditarik dan pisau membelah tapak kaki saya.

“Sejurus sedar kejadian itu dan berasa sakit, saya merentap kaki daripada pisau yang berputar itu dan terus menghubungi dan meminta bantuan bapa mentua,” katanya dihubungi di sini hari ini.

Azman cedera parah apabila tapak kaki kanannya terbelah manakala ibu jari kaki berkenaan patah dan terpaksa dipotong akibat terkena mata pisau jentera itu.

Sementara itu, bapa mentua mangsa, Md Nayan Hanapiah, 56, berkata kejadian berlaku tidak jauh dari rumah mereka dan sebaik tiba di lokasi kejadian mendapati tapak kaki menantunya terbelah dan mangsa berada dalam kesakitan akibat kecederaan teruk selain mengalami pendarahan yang banyak.

Katanya, menantunya itu kemudian dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk rawatan lanjut sebelum dihantar ke Hospital Taiping dan menjalani pembedahan dan keadaan mangsa stabil.

Sumber:- BeritaHarian

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Seram

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *